Bab 13

9K 218 3
                                    

"BALIK negeri kat sini ke?"

Melompat aku sebab terlalu terkejut. Tiba-tiba saja dijerkah ketika aku sedang leka melayan calla lily. Terus aku pandang muka dia. Dapat juga dia cari aku di sini. Maknanya memang sia-sialah persembunyianku selama ini.

"Di sini rupanya awak bersembunyi," katanya lagi sambil bermain dengan bibir. Pandang aku atas bawah.

"Errr... Macam mana encik tahu saya kat sini?" Aku pandang dia. Sebenarnya memang takut gila. Serupa terserempak dengan hantu pun ya. Pertama, sebab T-shirt dia. Kedua, pasal kes suami tu. Sah-sahlah dia tahu aku tipu dia.

"Cameron Highlands ni bukannya besar mana pun..." Dia seperti buang sesuatu dari bajunya, kemudian dia pandang aku tepat.

Aku memang tak sangka rupanya dia betul-betul berusaha mencari aku. Anehnya, tak lama mana dia boleh jumpa aku.

"Saya nampak awak semalam di homestay. Jadi, saya fikir awak mesti ada di sekitar sini saja. Di mana awak tinggal dua malam ni?" soalnya.

"Saya menumpang rumah kawan saya."

"Menumpang rumah kawan semata-mata nak lari dari saya?"

"Habis tu saya nak buat macam mana lagi dah encik nak saman homestay?" Perlahan suaraku. Bukan hendak meraih simpati, tapi aku benar-benar tidak tahu untuk berbuat apa lagi kalau betul dia mahu saman homestay.

"Awak ingat dengan larikan diri macam ni boleh selesaikan masalah?" soalnya dengan nada sedikit keras tetapi masih berlagak selamba. Dia buat aku seperti benar-benar orang bersalah.

"Maaflah, saya tak dapat nak ganti baju encik tu. Saya langsung tak ingat baju encik yang mana satu. Tapi tolonglah jangan saman homestay. Kalau encik nak suruh juga saya ganti, saya ganti dengan baju lain. Saya harap encik dapat tolong anak yatim piatu macam saya ni." Aku buat rayuan. Mana tahu mampu melembutkan hatinya yang keras tu.

"Tak sangka dalam berani awak, ada juga pengecutnya." Dia ketawa perlahan. Tiba-tiba saja dia ketawa. Sedangkan mati-mati aku ingat dia ni ada sawan tak boleh ketawa. Nak saja aku koyak mulut yang baru ketawa tu. Menyakitkan hati betul.

"Kalau saya sorang saja masuk penjara, saya tak kesah. Jangan melibatkan orang lain." Aku berusaha untuk bersabar dengan tingkah laku dia. Ikutkan hati bukan saja nak koyak mulut dia, nak sumbat dengan tanah pun ya juga. Boleh lagi dia ketawakan aku.

"Apa hal pula nak sampai ke penjara? Lagipun baju saya tu tak hilang. Saya salah letak..."

Mendidih darahku tiba-tiba. Ini memang benar-benar menguji kesabaranku.

"Encik ni, kan..." Aku terus tolak dia dengan kuat. Memang sengaja nak dera aku rupanya. Rasa hendak menangis pun ada. Aku sudahlah separuh nyawa rasa takut walaupun aku memang tidak bersalah langsung.

Dia ketawa lagi.

"Baik encik blah dari sini sebelum saya bunuh encik." Sekali lagi aku tolak badannya.

"Berani pula awak nak bunuh saya."

"Encik tu dah melampau sangat. Tergamak tuduh saya jadi pencuri."

"Awak pun tergamak tipu saya cakap dah kahwin."

"Bukan saja-saja nak tipu, tapi terpaksa."

Dia masih ketawa dan pandang aku. Makin mendidih aku rasa. Kenapalah aku boleh berhadapan dengan manusia macam dia ni? Dan kenapalah dalam ramai-ramai orang, dia pilih aku untuk jadi mangsa?

"Saadiah Za'azie Rissa!" Dia panggil nama penuh aku bila aku tak layan dia.

Aku sambung buat kerja.

Cik Sederhana Dan Encik SegakWhere stories live. Discover now