Bab 15

14K 360 85
                                    

SEMINGGU homestay aman. Tak ada kecoh-kecoh. Aku pula lebih fokus kepada calla lily. Harap amanlah sampai bila-bila. Selepas malam tu, Encik Ziyad langsung tak hubungi aku. Agaknya dia sedar yang aku tak berapa suka sangat dengan dia. Aku bukan tak suka dia, tapi aku tak suka dengan perangai dia yang bajet bagus tu. Dia saja yang betul. Orang semua salah.

Baru cakap nak aman, dah tak aman semula bila aku nampak orang tu berdiri di halaman rumah.

Dah sampai dah!

Aku ingat, selepas ni dia dah tak kacau aku sebab aku sudah beritahu dia aku ni jenis memilih juga orangnya. Tak sangka dia masih mahu cari aku. Ke, nak cari pasal saja dia ni?

Muka dia serius, jadi perlu ke aku senyum pada dia? Jangan harap! Nanti tak pasal dia cakap aku pula yang terlebih perasan. Buat bodoh sudah.

"Baru balik?" Dia tanya.

Aku angguk. "Encik pula bila sampai?"

"Baru lagi."

"Oh!"

Aku duduk di pangkin. Dia masih tercegat di situ.

"Bercuti ke?" soalku. Kemudian perhatikan dia. Muka dia nampak lain. Seperti berseri-seri pun ada.

"Taklah, nak tengok buah hati."

"Oh!" Aku angguk. Dah ada buah hati rupanya. Padanlah galak bercuti ke sini. Masalahnya, kata nak tengok buah hati, tapi kenapa datang lepak depan rumah aku? Hilang ingatan ke apa?

"Awak apa khabar?" soalnya. Nak juga dia tanya khabar aku.

"Alhamdulillah, sihat. Encik?"

Dia bersandar pada batang pokok besar dan lentokkan kepala. "Saya tak berapa sihat kebelakangan ni."

Padanlah tak telefon aku. Dia tak berapa sihat rupanya.

"Encik sakit ke?" soalku, ingin tahu.

"Haah. Sakit rindu."

Gatal! Menyesalnya aku tanya. Itu pun nak cakap juga ke? Macam aku pula awek dia. Tak selesanya tengok dia macam tu.

"Errr, encik datang kat sini, awek encik tak rasa apa-apa ke?"

"Entahlah. Tak kut."

Malanglah siapa dapat berpakwekan lelaki macam ni. Tak peka langsung. Apa dia ingat perasaan perempuan ni macam batu jalan? Kalau aku, memang taklah nak tunggu lelaki macam ni.

"Mana encik tahu?"

"Buah hati saya, saya tahulah." Dia senyum dan bergerak menghampiriku. Baru aku nampak dia senyum. Serius cakap, senyuman dia tu mampu mencairkan perasaan gadis-gadis di luar sana.

Dia menghampiri pangkin. Kemudian duduk dekat sangat dengan aku. Bahaya ni.

"Awak memang tak pandai nak jamu tetamu air ke?" Dia tanya.

"Encik tetamu saya ke? Saya tak ajak pun encik datang rumah saya." Tak malu. Dahlah datang rumah orang tanpa diundang. Siap minta jamu air lagi. Mana lelaki ni belajar pun tak taulah. Dulu suka sangat cari pasal dengan aku. Sekarang dah nak berbaik-baik dengan aku?

"Awak jangan lupa. Setiap tetamu yang datang tu bawa rezeki."

Tapi yang ini tetamu yang mungkin bawa bala.

"Awak buatlah air untuk saya. Saya dahaga ni..."

"La, kat Cameron Highlands ni tak ada gerai jual air ke? Tak pun encik baliklah ke homestay. Satu baldi air teh pun encik boleh minum!"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 08, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cik Sederhana Dan Encik SegakWhere stories live. Discover now