Bosan menunggu, Hanna meliarkan pandangan ke sekeliling. Boleh tahan juga kafe ni. Suasana pun tenang, dekorasi pun cantik! Dan yang penting, sangat bersih!
Tapi dalam ketenangan yang dirasakan Hanna, ada juga yang datang menganggu. Dia perasan mata lelaki yang duduk berhadapan dengannya, selang dua meja daripada mejanya itu sejak tadi asyik mencuri pandang ke arahnya, membuatkan Hanna rasa tidak selesa.
Tidak lama kemudian, tiba-tiba sahaja lelaki itu bangun dan menghampiri mejanya. Hanna sudah menjulingkan matanya ke atas. Memang dah agak!
"Errr, excuse me miss."
"No. Don't even try. I'm not interested." Hanna terus mencantas.
Berkerut sedikit dahi lelaki itu, terpinga-pinga dia di situ.
"Errr? Pardon?"
Hanna mendengus dan memusingkan sedikit tubuhnya supaya menghadap lelaki itu. Riak garang dan berlagaknya ditayangkan.
"Kalau you nak jual produk, I tak interested. Kalau you nak mintak nombor I atau nak berkenalan, I lagi tak interested.Whatever it is, I'm not interested at all. So please..." Hanna mendepakan sebelah tangannya, mempersilakan lelaki itu pergi.
Kalau tadi dahi lelaki itu yang berkerut, tetapi kali ini giliran Hanna pula yang kerut dahi apabila dia lihat lelaki itu sedang menahan tawa.
"Cik, I tak nafikan cik ni memang cantik manis orangnya. Tapi I datang sini bukan nak jual produk ataupun nak berkenalan dengan cik."
Spontan Hanna rasa pipinya seperti kena lempang sedas! Berbahang wajahnya, malu!!!
"Habis tu nak apa?" Garang Hanna menjerkah, dah malu punya pasal!
"I cuma nak ambil paper bag tu. Tadi I duduk sini then I pindah meja sana tapi terlupa pulak nak ambil paper bag tu. Itu yang I terjengah-jengah dari sana tu, nak tengok betul ke I tertinggal paper bag tu dekat sini."
Ya Tuhan!!! Demi mendengarkan kata-kata lelaki itu, Hanna terasa seperti mahu membenamkan kepalanya ke dalam tanah sahaja. Sumpah, dia malu yang amat sangat!!!
Hanna terus mencapai paper bag yang berada di kerusi sebelahnya kemudian bag itu dihulurkan kepada lelaki itu.
"Nah!" Sedikit kasar cara Hanna menghulur. Dan sedikit pun dia tidak pandang wajah lelaki itu. Malu punya pasal!
"Oh, thanks. By the way, sorry kalau saya ganggu cik." Usai lelaki itu mengambil paper bag huluran Hanna, terus dia berlalu. Di bibirnya terlekat sebuah senyuman.
YOU ARE READING
Cairkan Hati Beku Dia (Versi Cetak)
रोमांसVersi ni adalah versi yang telah diedit dan yang akan dicetak nanti akan guna version yang ni ya. Yang lama punya saya tak akan padam cuma akan unpublish yang mana patut sahaja, so korang still boleh baca dua-dua version Thanks for reading! Love ch...