"Kakak, jom keluar hari ni." Arissa mengajak Hanna yang sedap berbaring di ruang tamu sambil menonton televisyen.
Sudah seminggu Hanna pulang bercuti, tetapi setiap hari pun dia hanya terperap di dalam rumah sahaja. Mahu rehat sepuas-puasnya dulu, penat masih terasa kerana asyik bersengkang mata semasa waktu peperiksaan hari itu. Kalau iya pun dia keluar, dia hanya pergi ke butik mamanya sahaja. Setiap kali Arissa mengajaknya keluar, pasti dia akan menolak. Malas mahu keluar!
"Nak pergi mana?" Acuh tidak acuh sahaja riaksi Hanna, matanya masih tidak lekang daripada kaca televisyen.
"Pergi Jusco 18 jom?" Beria Arissa mengajak.
Arissa memang berlainan dengan Hanna. Arissa suka keluar berjalan tidak kira masa. Tetapi Hanna kena tunggu mood berjalannya diaktifkan barulah dia semangat mahu keluar. Kalau tidak dia lebih suka menghabiskan masanya dengan melepak di rumah sahaja.
"Hmmm, buat apa pergi sana? Shopping lagi ke?" Hanna agak malas hendak keluar sebenarnya, dia masih suka bermalas-malasan di rumah. Mood berjalan masih tak aktif lagi.
"Jom lah, tak kira lah shopping ke, wayang ke? Bosan lah duduk rumah, kau tak bosan ke?" Arissa sudah masuk mode memaksanya.
"Bosan ke? Kau dah selalu keluar pun bosan lagi ke?" Hanna pelik betul dengan adiknya ini, boleh dikatakan selalu benar Arissa keluar, tidak bosan-bosan lagi kah?
"Kau ni lagi pelik kak, kau cuti 3 bulan kau boleh cakap tak bosan? Eh, jom lah kak!" Arissa sudah mengoyang-goyangkan lengan Hanna dengan lagak manja, cuba memujuk supaya kakaknya bersetuju.
Apabila Hanna tidak memberikan apa-apa respon, Arissa mula melentokkan kepalanya di bahu kakaknya itu. Menyondol-nyondol sambil membuat suara manjanya, Arissa tahu selalunya jika dia berbuat begini Hanna akan cair dan mengikut katanya.
"Hesy! Kau ni dah rupa kucing gatal je pun!" Hanna menolak Arissa dengan lengannya. Rimas dengan perangai adiknya yang satu ini.
"Jom lah. Please?" Arissa merayu dan menayangkan muka comelnya, berharap agar kali ini Hanna bersetuju.
"Selalu kau bukan keluar dengan kawan-kawan kau ke? Asal hari ni ajak aku pulak?"
"Dia orang sibuk lah, jom ah kak."
Hanna berfikir sejenak, bagus juga kalau dia mengikut Arissa keluar. Sudah lama dia tidak keluar membeli-belah, jika dia keluar hari ini boleh lah dia membeli barang-barang keperluannya yang sudah hampir habis.
"Hmmm, yelah, jom. Tapi kita pergi Parade dah lah. Malas lah pergi jauh-jauh."
"Lorhh, Parade pulak?" Arissa sudah menarik muka masam.
"Iyalah, kalau nak tengok wayang ada je panggung wayang dekat Parade tu hah! Lagipun aku nak pergi cari novel lah dekat Novel Hut."
Salah satu sebab dia bersetuju untuk keluar hari ini adalah kerana dia mahu membeli novel-novel buat stok semasa cuti ini. Jika beli di Novel Hut, banyak lah novel boleh diborongnya kerana harganya yang murah. Novel Hut merupakan kedai yang menjual buku-buku terpakai, harganya memang amat murah dan berpatutan. Kalau boleh memang dia mahu beli banyak-banyak, maklumlah cuti lama sangat.
"Kau ni kedekut sangat lah. Beli aje lah dekat Popular tu hah! Nak kata papa mama tak bagi duit, banyak je kan duit saku kau." Baru saja Arissa ingat mahu ke butik Mango untuk memborong pakaian baru, tapi kakaknya mahu menukar tempat membeli-belah pula.
"Kau ingat aku boros macam kau? Kerja nak menghabiskan duit papa mama je?" Selamba sahaja Hanna menyembur adik bongsunya itu. Dia memang kurang gemar dengan sikap Arissa yang suka menghabiskan duit sesuka hatinya sahaja. Walaupun keluarga mereka boleh dikatakan berada, tetapi bukan sikapnya untuk berbelanja boros.
YOU ARE READING
Cairkan Hati Beku Dia (Versi Cetak)
RomanceVersi ni adalah versi yang telah diedit dan yang akan dicetak nanti akan guna version yang ni ya. Yang lama punya saya tak akan padam cuma akan unpublish yang mana patut sahaja, so korang still boleh baca dua-dua version Thanks for reading! Love ch...