BAB ENAM

244 8 0
                                    


Suasana di stesen komuter kelihatan sesak dengan pelbagai jenis manusia. Hari Sabtu, memang biasalah permandangan ini. Memang hari Sabtu biasanya lebih sibuk dari hari-hari yang lain.

Subhan berjalan bersama-sama dengan kumpulan rakan-rakannya mendaki anak tangga untuk menuju ke platform dua. Entah apa mimpi kawan-kawannya hari ini tiba-tiba sahaja mahu ke Midvalley menaiki komuter. Selalu boleh aje naik kereta. Ini tidak lain tidak bukan mesti sebab Mus mahu usyar awek baru. Itu yang dari tadi dok menempel sahaja dengan kumpulan wanita di hadapan mereka itu.

Hingar bingar suara mereka bergelak ketawa. Sampai sahaja di anak tangga terakhir, matanya menangkap kelibat seseorang yang dia kenal. Andrea Hanna!

Sudah lama mereka tidak bersua muka, sejak dari hari kejadian di IOI tempoh hari. Maklumlah dia dan Hanna bukanlah dari fakulti dan kolej yang sama, jadi peluang mereka terserempak amat jarang-jarang sekali.

Subhan dan rakan-rakannya berdiri di suatu sudut untuk menunggu ketibaan komuter yang akan sampai dalam masa setengah jam lagi. Rakan-rakannya riuh bersembang, tapi Subhan seorang sahaja yang seolah-olah hilang dalam dunianya sendiri. Matanya masih lagi tidak lepas daripada memandang Hanna. Kelihatan gadis itu sedang khusyuk benar dengan novel di tangannya. Langsung tidak sedar dengan keadaan di sekeliling.

"Han, nanti kita pergi makan dulu tau! Aku dah kebulur dah ni." Ammar tiba-tiba mengalih perhatiannya ke arah Subhan. Tapi tiada apa-apa riaksi yang dia terima daripada lelaki itu.

Mata Subhan masih tertumpu pada Hanna. Di dalam otaknya sedang memikirkan ke mana kah destinasi Hanna kali ini, berseorangan pula tu! Dia tidak pula perasan ada mana-mana teman Hanna yang selalu kelihatan bersama-samanya di situ. Itu yang dia naik risau. Kalau Hanna bersama-sama dengan rakan-rakannya, tidak lah dia risau sangat.

"Oiii! Kau dengar tak apa aku cakap ni? Kau pandang apa je ni?" Ammar menepuk bahu Subhan.

Seraya itu, serentak kepala mereka semua tertoleh ke arah sorotan mata Subhan itu. Masing-masing sudah tersenyum-senyum sendiri. Patut lah mata tidak lepas-lepas memandang, tengah pandang awek rupanya!

"Awek cun rupanya, patutlah mata tak lepas pandang." Mus berseloroh menyakat Subhan.

Selalunya di antara mereka, Subhan lah yang paling baik sekali. Jarang lah dapat melihat Subhan bermain-main mata dengan mana-mana gadis. Setakat kawan itu memang ramai, tapi layan pun ala kadar sahaja lah, tak ada lebih-lebih. Kalau perempuan-perempuan itu semua yang syok sendiri, itu lain cerita lah.

"Hesy! Awek apanya? Kawan aku tu." Subhan bersuara perlahan, namun matanya masih setia pada sekujur tubuh Hanna.

"Weh, tu ke budak perempuan yang kau cakap hari tu?" Entah sejak bila Ammar mendekatinya, tiba-tiba sahaja Subhan terdengar suara bisikan rakannya itu.

Subhan memilih untuk tidak membuka mulut sebaliknya dia hanya mengangguk, mengiyakan.

"Hmmm, patut lah kau boleh tersungkur kali ni Han. Cun gila budak dia!" Ammar mengusik kemudian tersengih-sengih.

Mendengarkan kata Ammar itu, Subhan terus kalih muka dan pandang Ammar. Riaknya jelas nampak tidak puas hati.

"Apa yang kau sengih-sengih hah?"

"Amboi, aku puji dia cun pun marah! Teruk dah kau ni Han." Sakat Ammar lagi.

"Diam lah kau Ammar. Kau orang tunggu sini kejap, aku nak pergi sana." Subhan meminta diri. Ingin berlalu dan menegur Hanna. Dia bimbang melihat Hanna hanya berseorangan dan tiada sesiapa menemaninya. Jika dia tahu destinasi Hanna, sekurang-kurangnya lega sedikit perasaan bimbangnya.

Cairkan Hati Beku Dia (Versi Cetak)Where stories live. Discover now