BAB SATU

471 14 0
                                    


Hanna berjalan masuk ke dalam terminal Amanjaya dengan langkah lemah. Mamanya pula dari tadi non stop bercakap. Adiknya, Arissa saja yang melayan cakap mamanya.

Hari ini dia perlu pulang ke universiti semula kerana cuti semester akan tamat dan semester baru bakal bermula dua hari lagi. Saat begini lah yang paling dibencinya. Huh, bosan!

Dalam dipaksa melanjutkan pelajaran di universiti tempatan yang semestinya bukan pilihannya, sedar tidak sedar sudah selamat 3 semester dia belajar di situ. Mahu tidak mahu, layankan sahaja lah! Berbakul-bakul pujukan pun, keputusan papa dan mamanya memang sudah muktamad. Memang sudah tiada ruang berkompromi lagi.

Lebih menambahkan kemalasannya hari ini, mama pandai-pandai pula mengaturkan dia untuk pulang bersama anak rakannya. Entahkan siapa, Hanna pun tak kenal! Selama ini elok sahaja mamanya melepaskan dia pulang sendiri. Tapi hari ini main paksa-paksa pula.

"Anak kawan mama tu belajar kat UPM juga. Mama dah pesan dengan dia minta tolong tengokkan anak dara mama ni." Itulah kata-kata mamanya yang buatkan Hanna cuak. Dia kan dah janji takkan ulang perangai liarnya yang dulu. Kenapa mama sampai nak pasang 'bodyguard' tak berbayar pula?

Tidak semena-mena, Hanna melepaskan sebuah keluhan berat. Semua berpunca daripadanya. Kalau lah dulu dia bersikap lebih matang dan tidak begitu mengikut perasaan memberontaknya, mungkin sekarang dia sudah selamat melanjutkan pelajaran di negara orang.

Akibat daripada perangainya yang tiba-tiba berubah liar, mama dan papanya hilang kepercayaan padanya. Akhirnya mereka mengambil keputusan nekad untuk hanya membenarkan dia belajar di dalam negara sahaja. Sebab itu lah dia sekarang ini hanya terdampar di UPM sahaja. Nak menyesal pun dah tiada guna, maka teruskan sahaja lah pelajarannya di sini sampai dia dapat gengam segulung ijazah.

"Han... Sorry lah, aunty lambat sikit." Tiba-tiba mamanya menegur seseorang.

"Eh, tak apa aunty. Bas pun tak sampai lagi."

Melihat gerangan orang yang ditegur, Hanna telan liur. Rasa nak sembunyi belakang mama. Muka lelaki ini memang melekat dalam fikirannya walau hanya sekali bertemu.

"Ibu Han mana?" Puan Alida memulakan bicara. Tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan Subhan.

"Ibu pergi tandas kejap."

Wajah Hanna sudah berkerut-kerut. Haishhh! Malu pun iya! Marah pun iya! Kenapa lah dalam banyak-banyak manusia dalam muka bumi ni, mamat ni juga yang jadi anak kawan mamanya???

Apa lah nasib? Kenapa? Kenapa mesti dia?! Arghhh! suara Hanna seolah-olah meronta-ronta mahu dilepaskan daripada anak tekaknya, tapi dia tak mampu! Cukup lah dia sudah pernah termalu sekali dihadapan lelaki itu dulu. Kalau kali ni dia tiba-tiba menjerit, mahunya dia dicop gila terus!

"Hanna, ni lah anak kawan mama tu. Subhan." Sesi perkenalan sudah bermula

Tak boleh nak menyorok, Hanna angguk-angguk kepala sebagai tanda perkenalan. Tetapi lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu langsung tidak dipandang.

Subhan pula masih beriak tenang. Tapi diam-diam dia sedang menyimpan senyum, terasa seperti mahu terhambur sahaja gelaknya apabila melihat riaksi Hanna yang seperti serba tidak kena itu.

Apabila terdengar suara ceria campur teruja seseorang, baru lah Hanna mengangkat kepalanya sedikit. Terlihat seorang wanita anggun sebaya mamanya sudah berdiri dalam kalangan mereka. Walaupun hati Hanna masih tidak tenang sementelah kemunculan lelaki yang tidak disangka-sangka itu, tetapi dia cepat-cepat memaniskan roman wajahnya dan menghadiahkan sebuah senyuman buat ibu lelaki itu. Apa-apa pun, orang yang lebih tua haruslah dia hormati. Laju dia hulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibu Subhan.

"Ooo... Ini lah Andrea ya? Dah besar dah kamu. Cantik kamu sekarang." Lebar senyuman Tengku Sarimah dan mulut pula tidak henti memuji kedua-dua anak gadis rakan baiknya itu.

Hanna hanya sesekali layar senyum dan berbasa-basi sesopan mungkin. Kemudian dia hanya berdiri kaku di sebelah Arissa, adiknya. Dia diam sahaja sambil mendengar isi perbualan mereka di situ.

Manakala Arissa pula kadang-kala turut menyertai perbualan ibu dan mama mereka, dan lelaki yang bernama Subhan itu pula hanya menjawab apabila ditanya. Adik dia yang seorang itu memang terlebih ramah dan mesra alam. Dengan siapa pun dia boleh 'ngam'.

Walaupun Hanna tidak menyertai perbualan itu, tetapi dia masih memasang telinga mendengar. Bukan main rancak lagi mamanya berbual dengan Aunty Sarimah, semua cerita habis dikeluarkan mereka. Daripada topik fesyen, gosip kawan-kawan, pasal keluarga dan pastinya tidak terkecuali pasal anak-anak yakni termasuk dia, Andrea Hanna!

Kalau tak fikirkan sekarang ni dia sedang berada di hadapan orang tua, mahu sahaja rasanya dia julingkan matanya banyak-banyak kali. Mama memang! Semua benda dia nak cerita. Apatah lagi kalau dengan BFF dia!

"Ann ni memang nakal sikit, kalau tak ambil tahu, ada lah tu nanti benda bukan-bukan dia nak buat."

Sumpah, Hanna rasa macam nak angkat kaki, cabut terus! Mama! Mama! Jangan lah cakap lagi please! Hanna hanya mampu layar senyum kekok, tak tahu patut sengih ke patut menangis sekarang ni.

"Alah, biasa lah budak-budak remaja ni ada je lah nakal dia. Han ni pun, boleh tahan lah nakalnya. Bukan boleh percaya sangat." Kali ini suara Aunty Sarimah pula yang kedengaran. Dan Hanna tengok lelaki yang bernama Subhan itu pula yang terkulat-kulat.

"Han lelaki, tak ada lah risau sangat Imah. Ni yang perempuan ni yang aku risau sangat tu."

Dan, sekali lagi Hanna rasa macam nak juling mata! Apa salahnya kalau dia perempuan? Sebab dia perempuan dia tak boleh buat apa-apa? Sebab Subhan itu lelaki boleh pula lah kalau dia nak buat? Heee! Mama ni nampak sangat gender bias dia!

"Sebab itu aunty nak mintak tolong Han tengok-tengokkan Ann ni. Tiap kali dia balik sendiri tu, Tuhan je tahu perasaan aunty. Kebetulan kamu pun belajar tempat sama. Nasib baik aunty jumpa balik dengan mama kamu ni. Dah lama lost contact."

Oh Em Gee! Mama! Hanna sudah menjerit tidak puas hati di dalam hati. Akhirnya mama sebut juga benda yang paling dia tidak mahu mama sebut!Kenapa? Kenapa? Kenapa?

"Insya-Allah aunty, setakat nak tengok-tengokkan anak dara aunty ni, rasanya tak susah mana." Sopan Subhan jawab sambil layarkan senyuman manis bergula dia.

Tapi bagi Hanna, bila dia tengok sahaja senyum itu, hatinya automatik rasa terbakar, hangus terus!

Nasib baik tidak lama kemudian bas mereka sudah sampai. Maka berakhir lah penyeksaan Hanna. Penat tahu tak nak paksa diri senyum padahal dalam hati tu dah hangus terbakar dah!

Subhan dengan baik hatinya menawarkan untuk membantu Hanna mengangkat beg berodanya.

Hanna tidak pula membantah, orang dah nak tolong kan? Jadinya, dia hanya kekal kaku sahaja di sebelah mamanya dan Arissa sambil memerhati pergerakkan Subhan memasukkan beg miliknya ke dalam compartment untuk menyimpan beg.

Setelah bersalaman dengan mama dan ibu mereka, Subhan dan Hanna terus meloloskan diri ke dalam perut bas. Dia mengambil tempat di sebelah tingkap. Tapi, bila melihat gerangan orang yang duduk di sebelahnya, berubah terus air muka Hanna.

Kalau ikut hati mahu sahaja dia hambat lelaki ini supaya duduk di kerusi lain! Huaaa... Kenapa? Kenapa? Sumpah Hanna rasa seperti mahu menangis sekarang ini!

Tanpa langsung menyapa Subhan yang telah selamat mengambil di sebelahnya itu, Hanna terus mengubah duduknya mengiring ke tepi tingkap bas, kemudian dia ambil earphone dan sumbat dalam telinga. Tidak ada hati langsung mahu bersembang dengan Subhan! Rasa malunya masih menggunung!

*~*~*~*~*~*

Cairkan Hati Beku Dia (Versi Cetak)Where stories live. Discover now