Subhan merebahkan tubuhnya ke atas sofa. Lega rasanya apabila dapat berbaring begini. Perlahan-lahan, dia memejamkan matanya, ingin berehat barang sejenak.
"Eh? Sampai dah kau? Tak dengar bunyi pintu pun?"
Mata Subhan dibuka kembali apabila telinganya menangkap suara Ammar. Kelihatan kelibat rakannya itu sedang melangkah ke arahnya sambil mengelap rambut dengan tuala di tangan.
"Baru je sampai pun."
"Kau dari Ipoh ke? Bila kau balik sana? Ingatkan kau tak balik langsung?" Ammar sudah mengambil tempat di sofa one-seater di situ.
Kes Subhan ini memang agak unik sedikit. Kalau orang lain boleh senang-lenang menghabiskan masa dekat rumah masa cuti, tapi Subhan selalunya bukan boleh balik pun. Kadang-kadang sahaja dia boleh pulang, tetapi itu pun sekadar dua tiga hari sahaja.
Walaupun bergelar pelajar, tapi pada waktu yang sama dia juga bergelar pemain bola sepak buat sebuah kelab yang agak terkenal. Jadi Subhan mempunyai komitmen dan perlu menghadiri sesi latihan hampir setiap hari. Cuti semester buat seorang Muhammad Subhan, memang tidak relevan.
"Aku balik Jumaat tadi. Dapat balik sekejap pun jadi lah."
"Oh... Kau balik bas pukul berapa tadi? Lambat pulak kau sampai?" Dahi Ammar sedikit berkerut.
"Ada hal sikit tadi. Lepas tu aku balik naik Uber, itu yang lambat."
Mendengarkan kata-kata Subhan, mata Ammar spontan membesar.
"Aik? Kereta kau mana? Bukan selalu kalau kau balik naik bas, kau tinggal kereta dekat TBS ke?"
"Ha'ah. Ada dekat TBS lagi lah kereta tu." Selamba sahaja Subhan memberikan jawapan seolah-olah dia tidak kisah langsung pasal kereta yang ditinggalkannya itu.
"Weh, kau dah gila apa? Apasal kau boleh tinggal kereta kau dekat TBS ni lepas tu kau boleh pulak sampai rumah naik Uber? Tak ada kerja dah? Saja nak buat kerja dua tiga kali?" Bertalu-talu Ammar mengeluarkan soalan akibat rasa tidak percayanya.
"Tak ada lah gila sangat. Cuma ada misi penting yang aku kena buat." Subhan memberi jawapan tidak jelas sambil menari-narikan keningnya.
"Misi? Misi apa pulak dah?" Ammar makin kerut dahi, naik pelik dengan perangai Subhan itu.
"Adalah... Misi tu namanya tundukkan perempuan ego lagi kepala batu!"
"Pergh, benda baru ni! Muhammad Subhan dah mula nak pikat awek. Sampai sanggup buat kerja gila!" Ammar terjerit sedikit dan kemudian melepaskan tawa besar.
"Bila masa pulak aku cakap nak pikat awek? Aku cakap misi tundukkan perempuan ego kepala batu kan? Which part of it yang kau tak faham sampai salah tafsir ni? Ish, ish, ish! Parah kau ni Ammar oi!"
"Eleh! Pigidah engkau Han! Selama mana lah kau mampu nak simpan rahsia kau daripada aku? Ceh!" Ammar mengejek kemudian tertawa lagi.
"Tak ada lah, aku sebenarnya tengah geram! Geram yang bukan sikit-sikit kau tau tak? Perempuan seorang tu bukan main gampang lagi mulut dia, mengalahkan longkang. Harap muka aje cantik. Itu pun sabit mama dia pesan dekat aku tolong tengok-tengokkan aje tu. Kalau tak fikirkan yang minta tolong tu kawan baik ibu aku, memang dah lama kena maki dengan aku perempuan tu!"
Tanpa sedar Subhan sudah mengepal kedua-dua penumbuknya. Bila teringat semula ayat-ayat yang dituturkan oleh Hanna sebentar tadi, fuhhh! Memang berasap kepala dia dibuatnya!
YOU ARE READING
Cairkan Hati Beku Dia (Versi Cetak)
RomanceVersi ni adalah versi yang telah diedit dan yang akan dicetak nanti akan guna version yang ni ya. Yang lama punya saya tak akan padam cuma akan unpublish yang mana patut sahaja, so korang still boleh baca dua-dua version Thanks for reading! Love ch...