Gerakan jari Shireen di skrin telefon bimbitnya terhenti. Dia tiba-tiba teringat pesan ibunya yang menyuruh mereka untuk membeli barang keperluan rumah sebentar tadi. Nasib baik sahaja mereka belum lagi sampai di rumah. Kalau tidak mesti abangnya mengamuk.
"Abang... Singgah mini mart dekat rumah tu kejap nanti. Irin lupa lah ibu pesan beli barang." Shirin bersuara sambil matanya tidak lepas memandang skrin telefon bimbitnya.
Tetapi apabila setelah seketika dia masih belum mendapat apa-apa respon daripada abangnya yang sedang memandu itu, Shirin lantas mengangkat kepalanya dan menoleh ke sisi. Dia melihat abangnya leka dengan pemanduannya dengan sebelah tangan memegang stereng manakala sebelah tangan lagi dibengkokkan di tingkap kereta menongkat dagu. Kecil sahaja Shireen menerenung abangnya, lama. Namun begitu, Subhan masih tidak memberi apa-apa riaksi.
'Amboi dia ni memandu ke berangan. Nanti terlanggar apa-apa, dengan aku-aku sekali kena masuk hospital dengan dia!'
"Abang! Oii!" Shirin mencuit sikit bahu abangnya.
Subhan yang tadinya jauh mengelamun tersentak apabila disergah oleh adiknya begitu. Lantas dia menoleh ke arah Shirin dan menayangkan riak 'ada apa?'.
"Bawa kereta ke mengelamun? Irin tak nak masuk hospital abang oiii!"
"Haa! Haa! Mulut tu, tak boleh nak celupar lagi?" Subhan menjeling Shirin tajam.
Shirin tersenyum kambing. Memang lah agak celupar mulutnya, tapi kan ke kenyataan! Mana boleh bawa kereta sambil mengelamun kan? Nanti kalau kemalangan tak pasal aje!
"Abang ni kenapa? Dari tadi senyap aje?" Naik pelik juga dia dibuatnya kerana sejak mereka berada di dalam kereta untuk pulang ke rumah, tiada sepatah kata pun yang keluar daripada mulut Subhan. Abangnya itu hanya diam sahaja dan fikirannya entah melayang ke mana.
"Tak ada apa-apa lah. Abang okey je ni. Hah, tadi Irin cakap apa? Abang tak dengar lah."
"Cakap apa? Irin tanya abang okey ke tak kan?" Shirin sudah tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
Subhan sudah tarik nafas dalam-dalam, sabar sahaja lah dengan Shirin ni. Kemudian selamba sahaja tangan Subhan naik dan menyekeh kepala adiknya.
"Eee dia ni, cakap slow nanti marah pula. Bukan tu lah, tadi yang mula-mula Irin panggil abang tu Irin cakap apa?"
"Aww! Sakit lah!" Shirin laju menepis tangan abangnya dan mengetap gigi tanda geram, matanya juga sudah membuntang menjeling Subhan.
"Nanti singgah mini mart kejap, ibu pesan beli barang! Hesy, dia yang berkhayal lepas tu nak marah orang pula!" Shirin membebel-bebel tidak puas hati sambil tangan tidak henti menggosok-gosok kepalanya yang disekeh Subhan tadi. Benci betul bila kena sekeh dengan Subhan, sakit gila!
"Lah, kenapa tak beli tadi?"
Shirin sudah juling mata ke atas apabila mendengar rungutan abangnya itu.
"Memang lah dalam Parade tu ada jual barang runcit kan?"
Terus Subhan terdiam. Okey, kalau barang runcit memang lah kena beli dekat luar sebab dekat Parade tak ada jual (masa ni Jaya Grocer belum wujud dekat Ipoh Parade).
Untuk seketika, kedua-dua adik beradik itu hanya diam sahaja. Subhan fokus dengan pemanduannya manakala Shirin kembali leka dengan telefon bimbitnya.
"Irin, apa tajuk lagu yang Hanna nyanyi masa mula-mula tadi?" Tiba-tiba Subhan bersuara memecahkan keheningan antara mereka.
"Hah? Hanna? Hanna tu siapa?"
Sekali lagi soalan 'blur' Shirin membuatkan Subhan rasa macam nak hentak kepala dekat stereng kereta.
YOU ARE READING
Cairkan Hati Beku Dia (Versi Cetak)
RomanceVersi ni adalah versi yang telah diedit dan yang akan dicetak nanti akan guna version yang ni ya. Yang lama punya saya tak akan padam cuma akan unpublish yang mana patut sahaja, so korang still boleh baca dua-dua version Thanks for reading! Love ch...