BAB LIMA

265 7 0
                                    

Selepas mengambil kereta di TBS tadi, terus Subhan dan Ammar singgah di IOI City Mall untuk mengisi perut. Restoran Boat Noodle menjadi pilihan mereka untuk hari itu.

Baru sahaja mereka selesai membuat pesanan, tiba-tiba kedengaran bunyi ketawa sekumpulan gadis. Terkejut mereka dibuatnya. Terus Ammar menoleh kepalanya ke belakang, kelihatan sekumpulan gadis berada tidak jauh daripada meja mereka.

"Perempuan, bila dah jumpa geng memang dah tak ingat dunia." Komennya kemudian menggeleng-geleng perlahan.

Mendengar omelan Ammar, Subhan lantas mengangkat kepalanya dan melihat ke arah sekumpulan gadis tersebut. Dia hanya tersenyum sahaja, tidak pula memberi sebarang komen. Biasa lah, perempuan.

Apabila dia mahu mengalih pandangannya, seorang gadis yang tadinya menunduk kebetulan mengangkat mukanya. Membesar sedikit mata Subhan apabila melihat gerangan itu. Andrea Hanna!

Mata Subhan setia melekat pada serut wajah Hanna. Tidak sangka, baru semalam mereka berjumpa, hari ini terserempak lagi. Ada jodoh ni! Ahaks!

"Oi, aku cakap kau buat bodoh aje kan! Kau tengok apa ni?" Terus sahaja Ammar kalih ke belakang, cuba lihat ke arah yang sejak tadi menarik perhatian Subhan.

"Mana ada tengok apa-apa." Nafi Subhan laju-laju, tapi dia tidak sedar, yang matanya masih setia di satu arah itu.

"Eh, aku nak pergi toilet kejap." Laju sahaja Subhan bangun apabila melihat Hanna sudah bangun dan beredar dari kerusinya.

Dan sebelum sempat Ammar bertanya lanjut, kelibat Subhan sudah menghilang. Dia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya, tidak faham dengan kerenah Subhan itu.

Subhan tidak terus menerjah Hanna sebaliknya dia hanya setia mengikut langkah gadis itu. Rupanya Hanna hanya melangkah ke tandas yang berada tidak jauh dari restoran tadi. Dia membiarkan Hanna masuk ke dalam tandas dan dia hanya berdiri di luar.

Lima minit kemudian, Hanna keluar semula daripada tandas. Hampir sahaja jantungnya mahu luruh apabila ada kelibat yang berdiri betul-betul di sebelah pintu tandas itu. Hanna mengangkat kedua-dua belah tangannya dan mengurut dadanya perlahan. Apabila rentak jantungnya sudah kembali stabil, laju sahaja Hanna memberikan sebuah jelingan tajam buat Subhan.

"Apa masalah you ni hah?" Garang Hanna menjerkah Subhan.

Subhan pula masih seperti biasa, menayangkan riak selambanya. Sedikit pun tidak terkesan dengan jerkahan garang Hanna itu, sudah terbiasa!

"Hari pertama balik sini dah keluar melepak?"

Laju-laju Hanna juling mata ke atas.

"You pun sama? Ada hati nak bahasakan orang!" Perli Hanna kemudian tergelak kecil, cukup sinis bunyinya.

"Datang sini naik apa? Nak I hantarkan balik nanti? Lepas makan ni, I nak terus balik aje." Tidak mempedulikan ejekan Hanna tadi, Subhan mengubah topik lain pula.

"You nak balik, balik ajelah. Bukan hal I pun! Dan I datang macam mana, nak balik naik apa, rasanya bukan hal you pun kan?" Terus sahaja Hanna mahu melangkah pergi, malas mahu bersoal jawab dengan Subhan.

"Hanna, nanti."

Tidak sempat pun Hanna nak melangkah jauh, lengannya sudah dipaut Subhan, membantutkan terus langkahnya. Hanna sudah mengeluh berat dan sekali lagi dia juling mata ke atas.

"Encik Subhan, boleh tak I nak minta tolong you?" Kali ini Hanna bernada biasa, tiada nada marah seperti selalu.

"You nak minta I jangan ganggu hidup you?" Tebak Subhan.

"Tak. I nak minta tolong supaya lenyap terus dari hidup I! Tolong jangan muncul lagi depan I boleh?" Jerkah Hanna kemudian merentap tangannya daripada pegangan Subhan.

Cairkan Hati Beku Dia (Versi Cetak)Where stories live. Discover now