PROLOG

1.8K 78 24
                                    

Alam menyambut kehadiran jalur putih di kaki langit dengan hening sebagaimana istana Melaka meraikan kehadiran tetamu terhormat dari dalam dan luar Melaka. Ketika itu, tak sepatah bicarapun dapat didengari melainkan alunan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan dengan suara perlahan.

Sida Utama kelihatan berlarian ke balairong lalu mendapatkan Tun Sailendar. Orang kanan Tun Bija Utama itu diiringi ke kamar Sang Raja. Tak seorangpun dibenarkan memasuki bilik peraduan utama tatkala Tun Sailendar dijemput baginda Sultan Muhammad Syah, pemerintah kerajaan Melaka supaya mendekatinya.

Dalam cemas, Tun Sailendar dekatkan cuping telinga ke mulut Raja Kecil Besar. Pada hematnya, hayat Sang Raja yang masih berbaki sudah mendekati penghujung. Satu persatu bisikan Sultan Muhammad Syah didengari. Tak sedar tangannya mula saling menggenggam erat, menahan kegigilan. Tatkala diangkat tubuh menjauhi baginda Sultan, wajah Tun Sailendar pucat lesi bagaikan mayat. Amanat terakhir Raja Kecil Besar kini sudah terpikul dibahunya. Ketika Raja menghembuskan nafasnya yang terakhir, terasa bagaikan riwayat hidupnya juga turut sama tamat.

Gong besar Istana dipalu bertalu-talu, membawa tanda telah berakhirnya satu era pemerintahan dan bermulanya tampuk penguasaan yang baru. Seisi istana mula meratapi pemergian Raja mereka yang agung, yang mengabdikan dirinya untuk memperkukuhkan sistem monarki demi kesinambungan sebuah negara yang makmur. Sedangkan di dalam kamar DiRaja, Tun Sailendar masih bersandar lemah di dinding istana dengan kedua tangan memangku kepala.

 Sedangkan di dalam kamar DiRaja, Tun Sailendar masih bersandar lemah di dinding istana dengan kedua tangan memangku kepala

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lebih kurang 50 tahun kemudian.

Gong Besar Istana dipalu lagi. Seluruh isi istana gempar dengan berita yang baru sahaja diterima. Raja Muda sudah mangkat, mengembari orang mengamuk di Kampung Keling. Di atas singgahsana DiRaja, Raja Perempuan Besar Melaka, Raden Galuh Cendera Kirana jatuh terkulai. Manakala Sultan Mansur Syah duduk meratap hiba di atas pemergian anakanda yang paling akrab di hatinya.

DUA PEWARIS TAKHTAWhere stories live. Discover now