03: Panah

97 12 1
                                    

Suasana hening dan tenang di pagi hari, kelihatan suatu figura yang mengenakan pakaian serba kehijauan dan solekan tipis pada wajahnya dapat melembutkan hati si pemandang.

Suatu suasana yang tenang itu tiba-tiba bertukar serta merta..

ZUP!

laju saja anak panah 12-24 PCS mencacak pada target yang berbentuk 'bear' maya itu. Selaju tangan gadis itu, memanah 2 ekor beruang dengan menggunakan 1 anak panah sahaja.

Your target success!

Lancar saja hologram itu berkata.

Lia, give me more bears!

Ujar gadis berbaju hijau itu. Senyuman semerah hatinya itu kelihatan pada bibir comel miliknya.

Sidnor Oliver Queen Pink Arrow Women Quiver tersemat rapi dibelakang badan gadis itu berserta anak panah 12-24 PCS yang masih berbaki 3 batang itu, digalasnya megah.

Kelihatan bears maya itu mula bergerak satu demi satu. Dengan pantas, eyepatch maya menunjukkan ketepatan pada target agar mudah untuk mengsasarkan anak panah itu.

Bagi gadis itu, satu anak panah adalah harta yang boleh menembak mati 3 ekor bears maya sekali gus. Tak perlu membazir..

Target lock!

Kelihatan segaris perkataan pada eye patch hologram maya itu.

Tenaga dari seluruh badan disalurkan pada tangan kiri yang menarik bowstring.

Nafas ditarik pelahan, sabar..

'Tumpukan perhatian, you can do it. Just Zup! And 3 bears in front of you will dead' omelnya didalam hati.

Hembusan nafas dilepaskan dengan tenang dan..

PRANG!

ZUP!

Membulat mata gadis itu.

You miss your target, queen!

Ujar Lia si hologram didalam bilik kebal itu lancar.

Denyutan jantung gadis itu meningkat. Ditolehnya kebelakang agar mencari punca mengapa dia boleh hilang focus nya.

Tangannya yang masih setia dalam posisi memanah itu hampir terlepas dari tangan.

Kush! Semangat!

Ujar gadis itu lalu tersenyum melihat sesuatu yang telah meragut fokusnya sebentar tadi.

Kelihatan seekor kucing russian berwarna kelabu dan bermata biru cair diatas meja yang dipenuhi dengan pelbagai jenis finger tab.

Kon kaca yang telah pecah dan berselerak diatas lantai dipandangnya sekilas. Kemungkinan ia pecah angkara kenakalan si kucing itu.

"Hai Tom! See habis pecah kon kaca tu. Eeee nakalnya.. Nanti mama rotan Tom"ujar gadis itu acah-acah marah.

Si tom yang perasan 'mama'nya marah diatas perbuatannya, cepat-cepat melarikan diri. Maybe dia terfikir, yang 'mama' dia akan panahnya barangkali.

Gadis itu hanya tergelak kecil dan menggelengkan kepalanya.

Dia kembali ke posisi asalnya. Tanganya ligat menarik bowstring dan tumpuan diberikan.

"Breath in" ujarnya pelahan.

Disedutnya udara didalam bilik itu dengan cermat. Matanya dipejamkan untuk mencari fokus.

"Okay! Aku dah bersedia" bisiknya lagi.

Pandangan tajam dihalakan tepat pada kelemahan target. Senyuman sinis terukir dibibir.

TimesWhere stories live. Discover now