Pili paip dibuka, sepasang tapak tangan yang bersih mula menakung air jernih yang mengalir laju ditarik oleh daya graviti. Bibir terkumat kumit membaca suatu kalimah suci.
Air dimasukkan kedalam mulut dan dikeluarkan setelah berkumur. Seterusnya, muka bersih tanpa sebarang cacat cela dibasahi pula sebanyak 3 kali pada keseluruhannya. Diikuti tangan kanan dan kiri.
Ubuh-ubuh yang selalu dikucup oleh ibubapa tika kecil dibasahkan juga. Air diratakan pada kedua-dua belah telinga yang selama ni selalu membuat dosa telinga.
Kaki kanan diangkat separas pinggang, tangan kanan memainkan peranan dengan meratakan air pada hujung kaki sehingga buku lali. Kemudian ia bertukar pula pada kaki kiri.
Akhir sekali, kedua belah tangan diangkat paras bahu. Bibir mula mengucapkan setiap butir kalimah suci tanpa kegagapan.
"Amin"lembut perkataan ini diucap.
Muka ditatap pada cermin berbentuk segi empat yang terletak cantik di dinding berwarna biru laut itu.
Terukir segaris senyuman pada bibir milik sang teruna yang telah selesai mengambil wuduk.
'Alhamdulilah'ucapnya didalam hati.
Kaki membuka langkah keluar dari bilik air menuju ke penjuru katil. Suatu tikar sejadah diambil dari atas katil lalu dihemparkan pada lantai kayu yang memenuhi di segenap ruangan bilik teruna itu.
Sayup sayap kedengaran azan berkumandang pada pagi yang penuh rahmat ini.
Songkok dikenakan pada kepala teruna itu. Berdiri tegak diatas sejadah. Takbir diangkat dan bermulanya solat subuh 2 rakaat itu.
"Assalamualaikumwarahmatulallah"ucapnya lembut. Kepala toleh kanan ke kiri sambil memberi salam. Tangan diangkat tanda meminta doa.
Lantunan ayat suci dan kalimah suci itu jelas kedengaran disetiap pelusuk bilik.
"Amin Ya Rabbal Alamin"tangan ditekupkan pada muka.
Teruna itu bangun lalu melipat sejadah dan diletakkan diatas katil. Kain pelekat yang elok dililit pada pinggangnya dibuka lalu cepat-cepat disarungkan seluar berwarna biru gelap itu.
Baju pagoda putih ditukar pada baju kemeja biru laut berlengan panjang.Tali leher dikemaskan pada leher jinjang miliknya.
Kot diambil lalu disarung kemas pada badan kurusnya. Rambut disisih rapi mengikut alur rambutnya. Bedak diambil lalu ditepekkan pada muka bersih miliknya.
Pengilap bibir diambil lalu dicalitkan pada bibir lipis agar tidak kelihatan kering dek kerana kekurangan air.
Minyak wangi berjenama Polo Black disemburnya sedikit dibahagian pergelangan tangan. Ditatapnya sekilas pada cermin lalu tersenyum
'Alhamdulilah.. Segak dan bergaya jugak aku ni.. 'Pujinya didalam hati.
Teruna tersebut sempat membuat pelbagai gaya. Antaranya, gaya ultraman, gaya dap, gaya peach dan macam-macam lagi.
Iphone yang berada disisi katil diambilnya lalu..
Clik!
Gambar selfienya diambil lalu di pose kan pada instagram miliknya.
Caption: First day school and Alhamdulilah i ready for today challenge 😊 (smile emoji)
Huh lelaki ke perempuan ke semua suka selfie.. Well lumrah hidup tok!
Jam pada screen IPhone dipandang.
"Astafirullahhalazim! Dah pukul 6.45!" mengucap teruna itu.
YOU ARE READING
Times
ActionManja? kau ingat comel? Darling? eeeuuuuwww wekkk Mama/mummy? oit simpang malaikat 44 baby/bie/B? baby ke bab..tutututu barbieee okayy huhuhu sayang!!! eemmm okay sikit Well, tak kira pangkat, umur, darjat atau tua dan muda.. Everyone will use th...