육 | succeed

1K 115 9
                                    

Selepas selesai membuat hati masing-masing cair dengan ayat pick up line, kami pergi bersiar-siar pula sekitar taman.

"Haaa kasut roda! Nak!"

Jerit ji hyo. Fuh dah lah dia duduk sebelah aku je tapi jeritan tu ibarat aku tengah duduk dekat malaysia tau.

"Aduh sakit telinga saya"

Aku merengek kecil. Kedua-dua belah telingaku ditutup.

"Hehe mianhei. Saya terlalu excited.Sakit sangat ke telinga tu? Meh sini"

Arah ji hyo padaku. Badanku direndahkan sedikit memandangkan ji hyo lebih pendek daripada aku.

Kedua-dua belah telingaku ditiup oleh ji hyo.

Omaigaddd someone call the doctor please! Actually telinga tu tak ada lah sakit sangat. Aku je yang terlebih berlakon hehe.

"Dah okay ke?"

"Dah dah. Gumawo ji hyo"

"Nae. Nak kasut roda"

Ujar ji hyo sambil membuat puppy eyes nya. Oyemji kenapa hari ni terlalu panas wei? Nak tercair dah ni!

"Hahaha boleh boleh. Jom sewa dulu"

Kami pergi ke arah kasut roda tu.

"Sepasang kasut ni berapa?"

"3700 won untuk sejam"

*3700 won sama dengan rm15 :) *

Jihyo mengeluarkan dompetnya. Aku menepis tangannya supaya dia hentikan kegiatannya yang membazirkan duitnya itu.

"Nak dua pasang"

Aku menghulurkan 7400 won pada ahjussi yang sewa kasut roda itu.

"Gumawo sehun"

Ji hyo yang terlalu teruja memeluk badanku. Aku terpatung sekejap. Macam tak percaya.

"Nae, tak apa"

Aku membalas pelukannya. Omg sehun apa ni omma tak ajar kamu untuk menyentuh anak dara orang lah!

"Sweet betullah korang dua ni. Sepadan"

Ujar ahjussi itu sambil menepuk bahuku. Dengan serta merta pelukan kami terlerai. Muka masing-masing kemerahan.

"Hehe tak ada lah. Ahjussi ni ada-ada je"

Ujar ji hyo sambil memandang ke bawah. Nak sorokkan muka dia yang kemerahan lah tu.

"Jom main kasut roda ni."

Aku mengajaknya. Kesian pulak dia blushing lama-lama dekat situ.

Akhirnya selesai juga pakai kasut roda ni.

"Ready? Jom jalan-jalan"

"Hm sehun. Saya tak reti nak guna kasut roda ni"

Aku tergelak kecil lagi. Lawaklah ji hyo ni.

"Lah tadi awak yang terlebih excited nak naik kasut roda ni."

"Hehe sebab ni first time saya pakai kasut roda"

"Tak apa biar saya yang ajar awak sampai awak reti. Pegang kuat-kuat tangan saya"

"Nae."

Aku memimpin pergerakan ji hyo. Mula-mula agak perlahan pergerakan kami tapi aku melajukannya kerana nampaknya ji hyo macam dah okay dengan kasut roda ni.

"Wahhh laju lagi sehun!"

"Nae! Pegang tau kuat-kuat"

Baru sahaja nak menukar kelajuan, ji hyo hampir terjatuh. Tapi nasib baik aku sempat tangkap ji hyo.

[C] Challenge + Oh SehunWhere stories live. Discover now