팔 | butterfly

797 94 18
                                    

Last destination is Butterfly Garden yey!

"Ji hyo?"

"Ye?"

Sehun menjatuhkan pandangannya pada tangannya yang masih digenggam erat oleh ji hyo. Sehun melemparkan senyuman.

"Eh erk lupa pulak"

Ji hyo melepaskan pegangan tangannya dengan tangan sehun.

"Eh alaaaa pegang lah lagi"

Sehun merengek kecil. Ji hyo hanya mengendahkan rengekan sehun itu.

"Ji hyo"

"Apa lagi?"

"Nak tahu tak apa perbezaan rama-rama dengan saya?"

"Apa?"

Ji hyo mula excited untuk mendengar ayat pick up line dari sehun.

"Rama-rama terbang ke atas, saya terbang ke hati awak"

Kata sehun sambil melemparkan flying kissnya.

"Asyik kat hati je, tak best lah. Kat fikiran lah pulak"

"Takpe biar hati awak full dengan saya je."

Tiba-tiba seekor rama-rama hinggap di kepala ji hyo.

"Ji Hyo, atas kepala awak ada rama-rama"

"Apa?! No!"

Ji hyo terus pergi ke arah sehun dan memeluk sehun kuat.

"Hahaha lawaklah ji hyo ni"

Sehun menghalau rama-rama itu. Walaupun rama-rama sudah pergi tapi ji hyo masih memeluk sehun erat sebab dia masih lagi tidak tahu akan ketiadaan rama-rama tu.

Manakala penjaga zoo yang tadi sibuk pula menangkap gambar sehun dan ji hyo berpeluk kerana sehun sempat membuat isyarat pada penjaga zoo itu.

"Dah pergi ke rama-rama tu?"

"Belum lagi. Macam mana ni? Saya takut jugak kat rama-rama ni, tak berani lah pulak nak halau dia"

Tipu sehun.

"Alahai sweetnya siap berpeluk-peluk bagai."

"Tulah, bukannya ada apa-apa pun. Lainlah kalau ada binatang kat badan tu bolehlah peluk-peluk"

"Kau ni ganggu dorang jelh. Dahlah jom"

Kata pelawat di situ. Pfttt kantoi.

Pelukan dilepaskan. Muka ji hyo kelihatan merah. Tak tahulah dia marah ke blushing tu?

"Eii awak ni tipu je lah! Malu nya huaa"

"Lek, saya gurau je hehe"

"Awak jahat! Malu tau malu!"

Badan sehun dijadikan tempat ji hyo membals dendam. Ji hyo menumbuk-numbuk dada sehun. Geram betul dengan namja di hadapnnya ni.

"Sakitlah"

"Apa? Ingat saya tak sakit ke? Sakit menahan malu, awak apa tahu?"

Marah ji hyo. Aktiviti tumbuk badan sehun masih diteruskan.

"Nanti orang fikir lain pulak. Ei gatal betul lah. Kalau awak buat lagi, saya...... "

CUPPPPP

Sehun melepaskan kembali ciuman itu.

"Ha diam pun. Bising sangat."

"Ei awak buat apa tadi?!"

"Kunci mulut awak lah, apa lagi?"

"Ei malulah. Nampak tu orang tengok kita lagi? Saya..."

Sehun mendekatkan dirinya dengan ji hyo. Ji hyo terus senyap.

"Eh sambunglah cakap. Hahaha"

Sehun menjelirkan lidahnya pada ji hyo.

Ji hyo membuka langkahnya. Penat melayan namja di depannya tu. Asyik nak ugut je.

"Ji hyo tunggulah"

Sehun mengejar ji hyo.

"Ala janganlah merajuk. Jom balik? Nanti dalam perjalanan balik saya belanja awak makan nak?"

"Belanja? Saya? Makan? Biar betul? Yey!"

"Yelah. Dah jangan banyak tanya. Cium kang"

Sehun menarik tangan ji hyo menuju ke kereta. Mereka terus menuju ke restoran.

++++

Sedang mereka khusyuk makan tiba-tiba seekor rama-rama datang lagi ke arah mereka.

"Eh ji hyo , rama-rama tu datang lagi lah! Dia cari awak"

Usik sehun.

"Sehun tolong!"

"Hahaha rilek lah dia tak pergi pun lah kat awak tu. Cepat sambung makan"

Mereka sambung makan. Rama-rama tadi masih lag berterbangan sekitar sehun dan ji hyo.

"Haaaa!!!!!"

Ji hyo menjerit apabila rama-rama itu hinggap di tangan ji hyo. Nasib baik tak tercampak pinggan tu.

"Hahahahaha rilek lah. Aduh lawaklah."

"Erkhh"

"Awak pernah ke buat apa2 dekat rama2 ni sampai dia duk hinggap je kat awak"

"Mana ada"

Ji hyo memberi jelingan maut pada sehun. Mana tidaknya, sehun tu tak habis-habis duk usik ji hyo.

++++

Lepas makan, sehun terus menghantar ji hyo pulang memandangkan hari telah malam.

"Haa cantiknya bintang-bintang tu"

Ujar ji hyo sambil melihat ke arah langit.

"Bintang tu memang cantik tapi bagi saya awak lagi cantik daripada bintang tu."

Sehun cuba membuat pick up line lagi.

"Hahaha ada-ada jelah awak ni"

Keadaan menjadi senyap hinggalah mereka sampai di hadapan rumah ji hyo.

"Thanks ji hyo sebab teman saya keluar. Esok nak jalan-jalan lagi?"

"Esok saya ada kelas, mianhei"

"Ouh awak masih belajar kat kolej rupanya? Ouh takpe takpe, saya pun rasa esok saya ada kelas."

"Nanti kalau saya free lagi saya bagitahu. Bye"

Ji hyo melambaikan tangannya pada sehun. Sehun pula telah bertolak balik ke rumahnya.

"Wuuu ji hyo siapa tu?"

"Woi kau ni terkejut aku. Kawan aku lah, kenapa?"

"Hensem!"

Ujar Eun ji, kawan ji hyo

"Yah, jangan berani ya!"

Ji hyo mengetuk kepala kawannya. Suka hati dia je nak rampas sehun tu.

"Eleh tadi kata tu kawan. Kantoii"

"Ergh, yang kau datang sini ni dah kenapa?"

"Tak ada apa-apa. Saja je"

[C] Challenge + Oh SehunWhere stories live. Discover now