사 | blind date 3

1K 122 14
                                    

Ini hari ketiga aku jalankan blind date aku. Aku harap hari ni okay je. Baekhyun ada cakap yang nanti kawan dia nama Ahn Hee Yeon akan tunggu aku dekat Restoran Destiny Seoul.

Sampai sahaja di restoran itu, aku cari kelibat manusia yang bernama Ahn Hee Yeon. Okay seriously, ramai gila kat restoran tu. Baekhyun ni pun satu, bukannya nak bagi gambar perempuan tu kat aku ke apa.

Dengan beraninya, aku bertanya dengan seorang demi seorang dekat dalam restoran itu kalau-kalau nama dorang Ahn Hee Yeon.

First target, perempuan yang tengah main telefon yang duduk belakang sekali.

“Awak Ahn Hee Yeon ke?”

“Bukan”

Second target, perempuan yang tengah kira duit.

“Nama awak Ahn Hee Yeon ke? ”

“Tolong ada orang nak curi duit!”

Jerit perempuan itu. Eh rilek lah aku tanya nama je. Okay semua tengah pandang aku. Aku segera menjauhi perempuan tu. Bahaya kalau duduk situ lama-lama.

Perempuan yang tengah membetulkan make up nya menjadi sasaran aku seterusnya.

“Adakah awak Ahn Hee Yeon?”

“Eleh nak buat pick up line lah tu. Bukan. Shuhh pergi sana”

Eh perasan betul minah ni. Siapa lah yang nak buat pick up line malam-malam ni.

Okay kali ni dah kali ke 9 aku tanya soalan yang sama. Aku buka langkahku ke perempuan yang sedang membaca novel. Ok ni last,  kalau bukan jugak dia, maka blind date yang ketiga ni pun failed dengan serta-merta. Enough, i'm tired.

“Excuse me, nama awak Ahn Hee Yeon ke?”

Please lah jawab ya.
Please.

“Ya itu saya. Btw panggil je saya Hani. Awak ni Oh Sehun eh?”

“Ha'ah saya oh sehun. Maaf sebab lambat.”

“Tak apa. Duduklah, makanan pun baru je sampai ni.”

Aku hanya ikut katanya. Hm kali ni perempuan yang aku jumpa ni nampak macam nerd sikit. Pakai cermin mata berbentuk segi empat, pakai braces dan pakaiannya agak longgar. Hm.

Buku novelnya ditutup. Kini, dia makan bersama denganku.

Tiba-tiba dia bersuara walaupun dalam mulutnya penuh dengan makanan. Fuh telanlah dulu baru tanya.

“Umur awak berapa?”

“19 tahun. Masih belajar”

Puffftt

Habis sisa makanan dalam mulut dia tu tersembur dekat muka aku yang kacak lagikan hensem dan menawan ni. Omg dahlah jarang muka aku kotor wei lumpur pun tak pernah kena!

Ada masalah ke duh kalau umur aku 19 tahun? Kenapa dengan orang yang umur 19 tahun ni? Apakah salah mereka? Kasihani lah oh sehun yang hensem ini.

“Sehun! Maaf sehun. Tak sengaja"

“Eh tak apa. Btw kenapa dengan umur saya?”

“Awak terlalu muda bagi saya. Umur saya 26 tahun”

Uish beza 7 tahun duh! Patutlah.

BYUN BAEKHYUN KENAPA ENGKAU CARI ORANG YANG UMUR LEBIH TUA DAN JAUH LEBIH TUA DARIPADA AKU!!

“Hahahaha"

Hanya ketawa yang kosong saja oh sehun mampu balas.

“Eh saya pergi tandas dulu eh. Nak bersihkan muka"

Dengan sopan santunnya aku pun meminta kebenaran. Pertama kali dalam hidup wei minta kebenaran untuk pergi tandas. Kat sekolah pun aku main keluar kelas je , tak ada pula nak minta kebenaran drpd cikgu.

Hani hanya mengangguk kepalanya.

+++

“Fuh macam ada tanda-tanda gagal lagi je kali ni” duga aku sendirian sambil berjalan ke meja selepas keluar dari tandas.

Langkahku terhenti apabila melihat perbuatan Hani yang agak mencurigakan dari jauh. Aku sendiri tidak percaya dengan apa yang dinampak.

‘Tak apa sehun, jom kita ikut dulu permainan dia ni.’

Maka dengan beraninya sehun membuat muka sucinya ke mejanya tadi.

“Hey tak makan ke?” tanya aku pada hani yang sedang khusyuk baca novelnya sebaik sahaja aku duduk kembali di tempatku tadi.

“Tak. Saya tunggu awak tadi. Rasa bersalah pulak”

”Ouh okay. Jom sambung makan.”

“Kejap. Nak habiskan dulu muka surat ni.”

‘Ya sehun, inilah peluangnya’ monolog aku sendirian.

Dengan berhati-hatinya aku menggerakkan tanganku ke gelas hani.

Gelas aku ditukar dengan gelas Hani. Nasib baik hani khusyuk baca novel sampai tak perasan apa yang aku buat tadi.

Buku novel hani ditutup olehnya dan kembali ke dunia realiti ceh.

“Jom raikan. Selamat berkenalan” ujar hani sambil memegang gelasnya ke udara tanda meminta aku berbuat begitu juga.

Ha minumlah, nasib baik dia tak tahu aku letak apa dalam gelas dia’ kata hani dalam hati.

‘Heh terlalu innocent lah dia ni. Nak tipu aku pun agak-agaklah. Oh sehun ni pintar orangnya’ monolog sehun lagi.

“Ha ngantuknya” ujar Hani sambil kepalanya diletakkan di atas meja.

“Kau ingat aku tak tahu ke kau letak ubat tidur dalam air aku? Heh dahlah tua, jahat pulak tu. Oh lagi satu, kurang pandai” kata aku sambil tergelak kecil.

Maka dengan bangganya oh sehun keluar meninggalkan Hani di restoran itu. Biarlah dia.

Sampai di rumah, buku nota yang amat aku rindui lagi dikasihi itu aku ambil.

blind date 3 : failed sebab cubaan menganiaya.

[C] Challenge + Oh SehunWhere stories live. Discover now