일십이 | australia?!

677 77 9
                                    

"Entahlah wei. Aku tak pakar sangat dalam bab memilih ni. Aku pun tak kenal sangat bangunan bersejarah."

"Wowwwww anak oh! Aku punya tunggu 15 minit. Ni jawpan kau? Kalau tadi aku makan kan, agaknya dah 5 pinggan nasi aku dapat makan tau!"

"Ala nanti kau pilih lah sendiri. Cari google je. Yang pasti bangunan kita pilih tu kena ada banyak maklumat yang bersejarah lah ye. Dah pergi balik. Beta nak sambung beradu dan mimpi princess charming datang ke istana beta"

"Erk? Btw kat luar kenapa aku nampak ada 2 pasang selipar perempuan? Yang sepasang tu aku tahulah tu mak kau punya. Lagi sepasang siapa punya? "

Tanya taehyung pada sehun. Dirinya agak pelik sebab selalunya kalau datang rumah sehun ada sepasang selipar je.

"Ouh yang tu. Tu kakak aku punya dia baru balik dari luar negara"

Tipu sehun lagi. Ya ya dia memang mainkan watak penipu je dalam fanfic ni. Doakan lah agar dia cepat insaf okay? Tak baik menipu.

"Kau bukan anak tunggal ke? -_- "

"Eh aku anak tunggal eh? Ouhhh baru aku teringat yang tadi aku tersalah beli selipar. Selipar lama aku putus, aku beli yang baru. Kat kedai pakcik Kwang tu pulak dah habis selipar lelaki. Yang ada selipar perempuan je. Tu aku beli yang perempuan punya ni."

Sehun cuba menerangkan satu persatu pada taehyung. Menipu itu sudah menjadi benda yang wajib!

"Erk apa-apa jelah. Aku tahu yang esok kita dah kena pergi melawat bangunan ok? Apa-apa nanti aku whatsapp. Bye."

Taehyung keluar dari bilik sehun dan terus pulang ke rumahnya.

+++++

"Fuh lamanya. Dah lah bilik air tu busuk. Berapa lama tak cuci?"

Marah ji hyo sebaik sahaja keluar dari bilik air sehun. Hidungnya ditutup.

"2 bulan mungkin? Hehe"

"Btw kenapa awak tak datang kolej hari ni? Siap tipu mak awak pulak tu yang awak tak ada kelas hari ni."

"Hehe aye tak ada mood lah."

"Eleh merajuk lagi lah tu dengan hal semalam tu. Rilek lah saya kat rumah jungkook semalam 2 jam je . Bincang pasal bangunan mana nak pilih."

"Merajuk dengan girlfriend sendiri je pun, takkanlah tak boleh. Wow 2 jam? Gila lah! Asal tak tidur je kat rumah dia tu"

Perli sehun. Geram sungguh dirinya pada ji hyo.

"Kejap je lah 2 jam tu. Memang niat nak tidur tapi tiba-tiba teringatkan dekat si boyfriend yang garang. Tu tak jadi tu"

"Ha awak mengaku yang saya ni boyfriend awak yey. Bila nak melamar?"

"Dalam mimpi awak jelah saya datang melamar"

Kata ji hyo. Sehun pula sudah baring atas katil.

"Saya nak tidur jap, nak mimpi awak datang melamar saya"

"Eish dia ni merepek je -_- "

"Bangun lah. Jom pergi ruang tamu. Tak baik berdua-duaan dalam bilik ni 🌚 "

Pujuk ji hyo.

"Ha ye lah. Jom. Eh kejap. Awak ni memang sengaja je eh?"

Tanya sehun sambil memandang bajunya dan baju ji hyom

"Sengaja apa?"

"Sengaja padankan baju awak dengan baju saya. Warna biru cair."

"Kebetulan je lah tu"

"Ek eleh tipu."

"Sehun jom makan. Ajak kawan kamu sekali"

Omma sehun menyelamatkan keadaan. Thank you puan oh!

"Okay omma"

+++++

"Terima kasih aunty. Sedap makanan tu. Saya balik dulu ya."

Ucap ji hyo.

"Ok, hati-hati ya. Sehun, kamu hantarlah kawan kamu ni pulang. Hari pun dah nak malam nanti terjadi apa-apa pulak dekat ji hyo ni."

"Okay omma."

Jawab sehun ringkas.

+++++

"Thanks sehun sebab hantar saya. Esok ada kelas, datang ok jangan nak ponteng lagi. Sir namjoon rindu kat awak hahaha".

Kata ji hyo sebaik sahaja kereta sehun sampai di hadapan pagar rumahnya.

"Welcome. Ha yelah esok saya datang. Eleh padahal orang sebelah ni yang rindu saya."

Sehun menjeling pada ji hyo.

"Pffft mana ada. Lagipun esok kan last day. Nanti cuti seminggu lebih. Btw nanti assignment tu awak pilih bangunan apa?"

Tanya jihyo pada sehun.

"Entahlah not sure lagi"

"Ouh ok"

Ji hyo membuka pintu kereta.

"Kejap ji hyo. Awak pilih bangunan apa utk assignment tu?"

Sehun memegang lengan ji hyo.

"Hm"

Ji hyo memandang bawah. Takut ingin memberitahu.

"Actually saya datang tadi nak bagitahu yang saya akan pergi Australia dgn jungkook esok untuk buat assignment tu."

Ji hyo berterus-terang.

"Seriously? Ok have fun. Ingat, kat sana jangan nak menggatal. Selalu lah chat dengan saya, balas mesej saya. Jangan nak sombong pulak bila dah berkepit dengan si biskut tu. Walaupun saya jauh dengan awak tapi hati saya selalu dekat awak. Nanti datang sini jangan nak amnesia pulak sampai tak mengaku saya ni boyfriend awak. Kalau jungkook buat apa2 dekat awak bagitahu je nanti saya lebamkan biji mata dia tu. Lastly,ingatlah yang awak pergi sana sebab nak siapkan assignment bukannya nak siapkan ikatan awak dengan dia tu ehem. Ok bye , take care."

Oh Sehun meneruskan kerjayanya sebagai seorang penceramah yang berjaya ececeh.

"Hahaha ok jangan risaulah. Saya dekat sana 3 hari je bukannya untuk 3 abad. Bye sehun. I'll miss you"

Ji hyo mencium pipi sehun dan terus masuk ke dalam rumahnya.

Dia perlu tidur awal untuk pergi ke Australia esok.

'Haish tak boleh jadi ni. Dorang dah start buat, dekat Australia pulak tu. Ha aku kena jugak plan dengan taehyung tu cepat.'

Sehun bertekad untuk mula membuat assignment itu segera.

[C] Challenge + Oh SehunWhere stories live. Discover now