일십팔 | visit

466 53 20
                                    

keesokan harinya, jungkook datang ke rumah jihyo untuk membawanya keluar.

"umm, ni rumah song jihyo ke?" tanya jungkook kepada seorang ahjussi. 'mungkin ni ayah dia,' fikir jungkook.

"ya, ni rumah song jihyo, anak ni siapa ya?" tanya ayah jihyo.

'bakal menantu pakcik GAHAHAHAHAHA,'

"saya jeon jungkook, kawan jihyo. saya datang nak tengok dia. saya risau dia dah lama tak datang kolej, kerja banyak tertangguh kat sana," kata jungkook sambil tersenyum.

encik song mengangguk. "oh, kawan jihyo rupanya. nak jumpa jihyo ya? ha duduklah dulu minum, rasanya dia tengah tidur tu," jemput encik song.

jungkook mengangguk dan senyum lalu masuk ke dalam rumah tersebut.

"jieun!" panggil encik song.

jieun yang berada di dapur segera datang ke ruang tamu. "ye appaㅡ eh appa siapa ni?"

"ni jungkook, kawan kakak kamu. dia datang nak melawat. ha, tolong buatkan air untuk dia. kesian tetamu tak ada air nak minum."

"ok appa jieun pergi buㅡ"

"ㅡ eh tak apa tak apa, saya datang nak melawat, bukan nak minum," kata jungkook.

jieun mengangguk dan pergi ke dapur semula untuk menyambung kerjanya yang tertangguh.

encik song dan jungkook berbual untuk seketika.

"eh ahjussi, boleh saya tengok jihyo sekarang? lagipun sekejap lagi saya nak keluar," tanya jungkook, sopan.

encik song mengangguk. "ha, pergilah. ahjussi pun lupa kamu datang sini nak jenguk jihyo."

jungkook senyum kepada encik song sebelum naik ke atas. "eh tunggu!"

jungkook menoleh ke arah suara tersebut. ternyata orang tersebut ialah jieun.

jieun menyerahkan sebuah (?) dulang kepada jungkook yang berisi semangkuk bubur, segelas air kosong dan ubat. "tolong bagi ni dekat unnie, dia taknak makan. mungkin bila awak bagi dia, dia akan makan?" kata jieun. jungkook menerima dulang tersebut sambil tersenyum lalu naik ke atas.

sampai di atas, jungkook ternampak tiga bilik.

'hmm, mana satu eh bilik dia... yang ni mesti bilik adik dia sebab tulis JIEUN kat pintu. so antara dua ni, satu bilik dia satu lagi parents dia. i ni mi ni mai ni mo (a/n : maaf kalau salah lol) '

tiba - tiba puan song keluar daripada biliknya. "eh, anak ni siapa? kenapa pegang dulang ni?"

jungkook menundukkan kepalanya sedikit. "annyeonghaseyo. jeon jungkook imnida. saya kawan jihyo, saya datang nak melawat. adik dia minta saya pujuk jihyo sekali sebab tu dia bagi saya dulang ni," terang jungkook.

"oh, kawan jihyo ke. ok masuklah bilik dia. senyap - senyap sikit, dia tengah tidur. dia tak suka orang kacau dia tidur," balas puan song lalu turun ke bawah.

jungkook membuka pintu bilik jihyo. kelihatan frame yang mempunyai gambarnya bersama sehun pecah, baju bersepah di sana sini, senang cerita bilik jihyo memang tunggang langgang.

jungkook masuk lalu menutup pintu bilik itu. dia meletakkan dulang tersebut di atas meja kecil yang terletak di sebelah katilnya.
"jihyo, bangun. saya bawak makanan dekat awak ni," kejut jungkook.

"alahhhh jieun blah la kau, aku nak tidur, penat," kata jihyo tanpa membuka matanya.
"saya bukan jieun."

jihyo berasa pelik. "habistu? omma? kenapa suara omma pelik? kalau appa, appa jarang tengok jihyo dalam bilik," kata jihyo.

"saya sehun."

jihyo terus sedar daripada tidurnya. "sㅡseㅡsehun?"

jungkook yang menahan gelak itu tergelak juga (a/n : lol ayat apakah) . "haha jihyo ni saya lah, jungkook. awak dah lupa saya ke?"

jihyo memandang jungkook dengan marah. "jungkook! sampai hati awak! hmph!" rajuk jihyo.

"alolololo saya gurau je. saya datang ni nak melawat, bukannya nak tengok awak merajuk. tak kesian ke kat jeon jungkook ni, datang nak melawat kawan tapi kena marah pula," kata jungkook dengan nada yang gedik (?)

"hm yelah saya maafkan. tapi janji jangan buat macam tu lagi, kalau tak jihyo benci jungkook!"

"ok ok saya janji. ha makan ni, family awak kata dah lama awak tak makan. makanlah, nanti masuk angin perut tu. lepastu sakit. janganlah sebab sehun je awak sakit. saya kan ada," pujuk jungkook.

"taknak, saya kenyang."

jungkook mengendahkan kata-kata jihyo dan menyuapkan sesuap bubur ayam ke dalam mulut jihyo. jihyo akur dengan perbuatan jungkook itu dan akhirnya dia makan juga walaupun dirinya tidak mahu makan.

"haa macam ni lah girlfriㅡ eh kawan baik saya!" kata jungkook sambil menunjukkan thumbs up.

jihyo memandangnya pelik. "sejak bila kita jadi kawan baik? hmm takpe lah awak boleh jadi kawan baik saya," kata jihyo sambil tersenyum.

"ok sekarang makan ubat. saya tak kira, makan jugak kalau tak putus kawan," ugut jungkook. jihyo memukul lengan jungkook. "hish macam budak-budaklah nak putus kawan bagai!"

jungkook menjelirkan lidahnya. "heh, selama ni asyik awak je jadi budak-budak, biarlah saya jadi budak-budak sekali!"

jihyo hanya buat tidak tahu dan makan ubatnya.

"yey jihyo makan ubat!" jungkook bersorak gembira.

"psh, saya memang suka makan ubat. cuma pil ni je tak suka," terang jihyo.

*awkward silence*

"emm, jihyo..." panggil jungkook.

"eung?"

"jom keluar nak? ambil udara segar. mesti awak rindu luar kan?"

"hmm, ok lah. awak tolong tanyakan dekat parents saya. kalau mereka bagi, saya ikut awak," kata jihyo.

"mesti diorang bagi."

[C] Challenge + Oh SehunWhere stories live. Discover now