“Woi anak Kim kau nak pergi mana tu?” Tanya sehun pada taehyung apabila melihat taehyung membawa beg bagasi ke rumahnya.
“Woi anak Oh kau lupa ke semalam kita dah bincang nak pergi malaysia untuk buat assignment tu?”
“Alah tapi aku tak nak pergi malaysia! Kat sana tak ada apa yang best pun. Nak Australia!”
Sehun memberontak. Dia langsung tak setuju demgan keputusan taehyung sejak mula lagi.
“Kau memang nak fail exam nanti eh? Cepatlah, flight kita nak dekat dah ni.”
Marah taehyung.
“Ha yelah. Eh tae kau rasa nanti kita terserempak tak dengan jihyo dan jungkook kat airport nanti?”
“Mana lah aku tahu. Kau ingat aku ni spy dorang?”
“Orang tanya je tak payah lah nak marah-marah macam baru lepas datang bulan.”
Sehun segera mengemas barang-barangnya untuk ke malaysia selama 3 hari. Selesai mengemas, telefonnya diambil. Dia ingin menghantar mesej pada jihyo.
Welcome back jihyoSaya tak ada kat korea utk 3
hari ni. Saya pergi malaysia
dengan anak kim tu.Awak sampai korea pukul
berapa?[Message not seen]
“Seronok sangat ke dengan jungkook tu sampai tak ada masa nak bukak whatsapp. Tunggulah nanti”
Sehun merungut. Kalau ikutkan hati nak saja dia teleport ke Australia tu. Tapi apakan daya, dia tak ada kuasa macam tu. Haish susah betul nak kawal perasaan ni.
+++++
"Haaa akhirnya sampai jugak korea”
Jungkook merenggangkan badannya. Lenguh duduk dalam flight berjam-jam.
“Eh jihyo tu bukan taehyung ke tu? Dia buat apa kat airport ni?”
Tanya jungkook.
“Mana?”
“Tu. Saya nampak dia dengan sehun sekali"
Jihyo memandang ke arah yang jungkook tunjuk. Tak ada sesiapa pun.
“Mana ada sesiapa kat situ. Imaginasi je kot tu. Awak rindu dorang kot hahahaha"
Jihyo cuba mengusik jungkook
“Ergh rindu? Memang tak lah”
“Tak baik nak menafikan benda yang betul” Kata jihyo.
“Kalau rindu tu caㅡ Eh jungkook tunggu! ”
Jihyo mengejar jungkook yang meninggalkannya di belakang keseorangan.
“Cepatlah saya dah ngantuk ni”
Jerit jungkook dari depan.
“Yelah. Haih”
‘Hm asal aku rasa macam tak sedap hati je ni. Letih je kot?'
Monolog jihyo. Memang dari dia turun dari kapal terbang tadi lagi dia tak sedap hati. Seolah-olah benda buruk bakal berlaku?
++++
“Tae , kau nampak tak apa yang aku nampak?
Tanya sehun sambil menarik beg bagasinya.
“Aku rasa aku tak nampak apa yang kau nampak tu. Kau nampak apa? Hantu?”
“Aku nampak ji.....”
Macam biasa, sehun tak sempat nak habiskan ayatnya itu.
“Flight ke malaysia akan berlepas lagi 5 minit. Penumpang yang akan ke malaysia diminta masuk ke dalam kapal terbang sekarang”
Tiba-tiba suara pekerja perempuan yang bertugas di situ berbunyi.
Maka anak kim pun bersorak gembira. Yela, kali pertama kot naik kapal terbang, gila tak excited?
“Jom sehun cepat! Aku nak duduk tepi tingkap. Nak tengok awan bergerak, burung terbang, langit biru”
Taehyung menarik tangan sehun. Berlari-lari dia nak pergi kat kapal terbang tu.
Sehun hanya mengikut taehyung. Hal tadi? Hm lupakan jelah! Terus tak ada mood nak cerita dengan anak kim yang terlebih aktif tu.
Kapal terbang sudah pun bertolak dari korea ke malaysia. Sehun masih tidak dapat lupakan apa yang dia nampak kat airport tadi. Ikutkan hati nak je pergi dekat jihyo tapi dia takut salah orang, nanti buat malu je.
‘Hm imaginasi aku je kot. Rindu maybe?'
Monolog sehun. Telefon bimbitnya diambil dan menyemak mesej yang dihantar pada ji hyo. Tapi ji hyo masih tidak membaca mesej tu. Sehun putus asa. Telefonnya dimatikan.
“Sehun kau okay tak?”
“Okay"
“Nampak macam tak okay je"
“Aku okay jelah"
“Kau ni cubalah happy sikit. Kita nak pergi malaysia ni. Kawan aku kata kat sana ramai perempuan cantik. Ha bolehlah ngorat wei. Nanti kita pergi klcc. Sana ramai perempuan cun!”
“Taknak. Aku nak buat assignment tu cepat lepastu nak balik cepat”
“Ok kau buat assignment. Biar aku cari awek. Setuju?”
“Tak”
“Ei kau ni kan. Meh duduk sebelah tingkap ni pandang luar. Tenang je fikiran. Cuaca memang teruk sikit tapi kau lek je.”
“Tak nak lah anak kim. Baik kau makan cepat sebelum aku makan makanan kau tu”
“Yelah anak oh yang hensem lagikan menawan ergh!”
Kata taehyung sambil membuat aegyo nya. Makanan di hadapannha itu dicapai
“Perhatian kepada semua penumpang. Anda semua diminta menutup langsir dan tingkap kapal terbang. Tali pinggang juga perlu dipakai berikutan cuaca yang tidak begitu elok. Ini semua untuk keselamatan penumpang, sila patuhi.”
Penumpang di dalam kapal terbang hanya mengikut sahaja arahan itu. Termasuk taehyung dan sehun.
“Omo sehunnie tolong wei aku takut. Macam mana kalau kapal terbang ni terhem...”
“Shuttt diamlah. Mulut kau ni dahlah masin.”
Marah sehun pada taehyung. Pantang betul dia bila taehyung cakap benda buruk. Mesti kadang-kadang jadi kenyataan.
YOU ARE READING
[C] Challenge + Oh Sehun
Fanfic❝ Sehun terima cabaran omma tu ❞ cover and storyline by @kihyuns- ❀♡ [completed!] ❀