"Sarah bangun la, lambat nak ke sekolah nanti, kena tinggal bas pandai-pandailah tanggung sendiri" jerit mama dari dapur. Malasnya nak bangun dari katil. My bed is my lover you know. Dengan
Hujan dekat luar, buatkan mata aku makin berat."Sarah! " Nak tak nak kena bangun . Mengamuk pulak kang mama singa tu.
"Ye, ye bangun dah" . Minggu-minggu terakhir sekolah ni, bukan ramai pun yang hadir. Segelintir je yg rajin. Budak SPM je la paling ramai nak SPM kan, yang kita orang dah habis exam ni buat kacau je sebenarnya atau dengan kata lain buat semak je. Tapi mama kata time akhir-akhir ni lah kita dapat luang kan mase dengan kawan-kawan. Aku pun ikut je la.
"Dah mandi dah? Ni makan sarapan kejap lagi bas sampai, kelam kabut jadinye" bebel mama pagi-pagi. Hari-hari macam ni la pagi aku. Aku anak anak tunggal so aku manja sikit dengan mama dan abah.
"Ye la mama, eh abah mane? Tak keje?" .
"Dah, abah pagi-pagi lagi dah pergi, cepat makan".
Kami dua beranak pun menikmati sajian pagi mama, nasi goreng special Kena cepat ni, kena tinggal pulak kejap lagi.
"Ma, sarah pegi dulu la, dah lambat ni okay, sayang mama" aku menyalam tangan lembut mama kemudian peluk mama dengan erat. Aku tak tahu kenapa rasa nak peluk mama pulak hari ni, selalunya lepas salam terus blah.
"Ye la, sayang jugak kat mama ye. Hati-hati jalan" mama usap kepala aku. Tak tahu kenape aku rasa berat hati nak pergi sekolah hari ni. Macam ada sesuatu yang tak kena.
"Bye ma."
Cuaca yang sejuk mendung, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa ni, berat mata aku , mana bas ni. Dah 10 minit aku tunggu dekat stesen bas ni. Aku kena tinggal ke? Tak pe la, tunggu lagi 5 minit kalau tak jalan kaki lah aku hari ni. Nasib tak panas, hujan pun dah berhenti.
Semasa aku sedang melayan perasaan yang melayang entah kemana, sebuah kereta memecut laju dihadapan aku dan memercikan sejumlah air yang banyak ke arahku daripada lopak yang betul-betul ada dekat depan aku.
"Shit! Babi la ! Habis basah baju aku, sial punye kereta! " macam mana ni.
Semasa aku mengibas-gibas baju, bas pun datang.Perfect. Baru nak sampai. Kejap tapi ni bukan bas ke sekolah aku ni. Alamak, kena tinggal lagi.
Aku memulakan larian pecutan Ala-ala Usian Bolt aku, mungkin baju aku boleh kering. 7:30 sempat ni.
Sampai sahaja di depan pagar sekolah, loceng pun berbunyi. Yes sempat bisik aku, pergi tandas dulu lah.Shit, baju aku ada tanda kekuning-kuningan di tempat yang terkena lopak air tadi. Aduh macam mane ni. Nak tak nak kena lah jugak masuk kelas.
7:59.
Perlahan-lahan aku sneak in kedalam kelas, Encik Azhar sedang menulis di papan hitam, dia lah satu-satunya Cikgu yang masih bersemangat nak masuk kelas even exam dah lama habis. Kesemua 29 mata tertumpu ke arah aku kecuali Encik Azhar.
"Apa alasan kamu kali ni Sarah?" Terpa Encik Azhar.
"Er- s-saye tertinggal bas lah Cikgu. " jawab aku malu. Tertunduk aku, aku boleh rasa yang muka aku hangat dan merah.
"Terkencing ke Sarah?" Tanye clown kelas kami Harith. Riuh satu kelas mengelakkan aku. Sial kau Harith.
"Dah diam semua, pegi duduk. " arah cikgu. Malang betul nasib aku hari ni.
YOU ARE READING
Play House
Mystery / Thriller"This is the reason of this place, this place is where you will meet your fears and deal with it." // kidnapped, violence, shooting, cursing, blood, etc.// Jangan baca if you can't handle it. Start- 10/11/16 End- 21/04/17