Chapter 19

2.2K 181 14
                                    

Snap.

Suasana jadi senyap.

•••

Selepas kejadian tu, aku tak dapat nak lelapkan mata. Siapa je boleh kalau kau tahu esok mungkin hari terakhir kau hidup? Kau akan mati terseksa. Tapi aku tak tulis pun aku nak mati or hidup.

"Shit."
Bahu aku sakit semula. Dah lama tak ada denyutan dekat bahu aku. Aku padang bahu aku, ada lampu merah menyala dalam kulit aku. What the?
Ape ni? Aku cuba pegang tapi sakit. Apa kau letak dalam bahu aku ni Niq. Bom? Kau cuba nak bunuh aku ?

Matahari semakin tinggi dekat luar, semua orang dah tegak bangun. Aku boleh nampak muka risau masing-masing. Ada yang dah mula menangis. Semua mununggu pintu tu terbuka. Aku harap pintu tu tak akan terbuka.

"Psst."
Aku pusing ke arah papan yang menghalang aku dari Qyra.

"Q-Qyra?"

"Yes, aku cuma nak cakap thanks jadi kawan aku walaupun sekejap. " aku dapat dengar esakkan yang perlahan.

"A-aku pun." Air mata aku dah bergenang. Aku rasa semua orang dah putus asa dalam ni.

Pintu kandang aku terbukak. Semua orang diam dan mengeras ditempat duduk masing-masing.

"Nama yang start dari J sampai S Bangun."
Tak da siapa berdiri. Even aku pun.

"Aku cakap bangun." Jerit lelaki yang berpakaian serba hitam.

Perlahan-lahan seorang dari kami bangun. Yang lain menuruti. Aku bangun. Beratur dalam satu barisan dengan budak yang lain. Budak depan aku ni kecik. Tinggi dia parat perut aku. Aku yakin dia masih budak lagi.

"Korang tahu apa akan jadi, so jangan banyak bunyi just enjoy this till your last breath " senyuman sinis dari Ryan.

Macam semalam, kereta besar-besar, pakaian cantik-canti. Tapi hari ni aku nampak papan tanda untuk tiket masuk. Satu tiket almost Dua ribu lima ratus seorang. Mahal macam tu just untuk bertaruh dekat budak-budak macam aku ni.

Matahari cantik dikelilingi awan-awan, redup. Mungkin ni kali terakhir aku nampak matahari, awan, langit. Sorry mama Sarah tak dapat kembali dekat mama.

Hari ni aku sampai belakang pentas, macam-macam peralatan membunuh ada. Dari kecik hingga besar, dari yang tumpul sampai lah yang tajam. Satu badan aku mengigil. Kaki aku dah tak boleh nak langkah. Tapi disebabkan tolakkan dari orang belakang aku, aku paksa jugak gerak. Jalan yang aku jalan tiba-tiba basah. Bau hancing kuat, aku pandang ke depan. Budak depan aku ni terkencing. Aku tak heran, even aku pun ada rasa nak terkucil semua.

"Stop, tunggu sini sampai nama korang kena pangil"

Fikiran aku melayang, semua kenangan aku dari kecik sampai lah hari-hari terakhir aku dengan mama even dengan Abah semua bermain-main dalam kepala aku. First ingatan aku, muka mama. Senyuman ayu mama, gelak ketawa mama semua indah aku tersenyum. Aku tak sangka sampai sini sahaja hidup aku. 17 tahun.
Mama mungkin dah perlahan-lahan lupakan aku.

Niq, tiba-tiba aku teringat dekat penculik yang dah culik hati aku. Aku tak sangka, dalam keadaan macam ni aku masih boleh tertarik dekat orang yang culik aku. We never know.

"Jack dan Qyra. Giliran korang lepas ni" Aku terkejut. Aku tak nampak Qyra dari tadi. Aku pandang kiri kanan. Aku nampak Qyra pandang aku, dia bagi aku senyuman yang aku tahu dia terpaksa. Aku balas senyuman Qyra seikhlas yang boleh. Air mata Qyra mengalir, tanpa aku sedar aku pun menangis.

Play House Where stories live. Discover now