Epilogue

2K 176 3
                                    

Arghhhh, darah, sejuk, gelap.

Perkara pertama yang aku sedar, Sarah. Shit Sarah. Aku dah agak, ni yang akan berlaku. Pandangan aku kabur. Aku hilang banyak darah. Aku kena keluar dari sini sebelum diorang datang semula.

Mesti si bodoh Vina, tak tahu yang aku masih hidup. Ni peluang aku untuk selamatkan Sarah. Sejak aku culik dia, rasa serbasalah aku tak pernah hilang. Dengan cara ni bari aku dapat menghilangkan rasa serbasalah ini dan tunjuk dekat dia yang aku sayangkan dia.

Aku perlahan-lahan bangun,

Badan aku semua sakit, aku tekan darah yang dah mula keluar semula. Aku tahu jalan keluar. Tunggu Sarah aku akan selamatkan kau.

--
Aku ambik masa seminggu baru aku dapat cara untuk menghidupkan GPS. Aku tak tahu apa berlaku pada Sarah. Aku tahu mesti dia dah kena jual and aku pasti Vina pasti suruh Abang dia yang beli Sarah. Aku yakin.

Aku tahu dendam Vina.

Maaf Sarah, ni mesti Sakit. Aku tekan button onn.

Laptop aku serta merta menunjukkan tempat Sarah. Yes.

Aku nak jumpa kau Sarah tapi aku tak boleh.

--

Flight 567 ke New York akan berlepas sebentar lagi, sila pastikan anda berapa di gate yang telah ditetapkan.

"Tu flight abang, Nia ingatkan apa yang abang pesan,"

"Tak kan lupa, Nia dah janji nak tolong abang."
Aku usap kepala satu-satunya adik perempuan aku.

Aku akan cari kau semula Sarah.

Play House Where stories live. Discover now