"Sebab-seb " Muka Niq lain, dia jadi tak keruan.
"Sebab?" Aku nak tahu.
"Aku-aku rasa Aku su-"
"Woi bukak pintu ni sekarang! Aku tahu korang ada dekat dalam."
Aku dengan Niq pandang sesama sendiri, apa yang aku nak buat ni, habis mesti aku mati hari ni. Shit.
*
"Chill, kau tunggu sini. Jangan keluar aku uruskan." Muka Niq tenang. How can dia boleh relex dalam situasi macam ni."T-tapi aku-kau-nanti" aku dah start nangis, aku takut. Aku tak nak mati. Bukan dekat sini, bukan dekat tangan diorang.
"Hey-hey, chill k. Aku ada." Mata Niq tak beralih dari aku. Aku rasa selamat dalam pandangan mata dia.
Aku angguk. Niq keluar, tinggal aku sorang. Lama dia dekat luar, aku dengar suara Niq makin kuat. Apa jadi dekat luar, aku nak tolong tapi dia suruh aku tunggu. Tapi-
"Kau nak apa? Aku boleh bagi tapi janji jangan sampai pihak atasan tahu." Aku dengar suara Niq.
So orang atas tak tahu lagi, mungkin aku boleh selamat. Niq kenapa kau baik sangat ni.
Niq masuk, dengan dua orang lelaki. Salah seorang dari diorang datang ke arah aku. Aku terkejut bila dia pegang lenggan aku. Bukan Niq dah buat deal ke, apa ni. Diorang nak bunuh aku ke?
"Jum" lelaki tadi heret aku. Aku pandang Niq. Tapi dia langsung tak pandang aku. Apa dah jadi ni. Kaki aku kaku aku tak boleh nak gerak. Niq buat tak tahu je.
"Niq-t"
"Kau janji tak apa-apa kan dia kan?" Aku dengar, tapi Niq cakap dengan seorang lagi lelaki tadi. Lelaki tadi angguk."Janji kau buat apa kitaorang suruh"
Niq pandang aku, dia pandang dengan pandangan kosong. Aku tak tahu apa maksud pandangan dia. Niq kena buat apa?"Bawak dia pegi" arah lelaki tadi.
"Pe-pegi mana?" Aku still tak dapat nak control perasaan takut aku.
"Ikut je diorang, kau tak kan apa-apa" Niq, aku pandang dia. Tapi dia langsung tak toleh ke arah aku.
Lelaki tadi bawak aku masuk ke dalam jeep diorang. Tempat ni besar, cuma Niq je yang jalan kaki. Orang lain semua naik kenderaan. Mungkin sebab Niq tahu jalan pintas.
Aku tak pernah lalu jalan lelaki ni bawak. Ada satu gudang usang. Apa yang dia nak buat ni. Kalau lah aku tak buat tindakkan bodoh nak tembak Vina, mungkin ni tak berlaku. Tapi salah Niq jugak sape suruh pecahkan pintu tu, mungkin aku tak tertembak. Semua dah jadi, aku kena terima apa yang dah berlaku. Ni semua takdir, semua berlaku sebab takdir. Suara hati aku cuba untuk menenangkan jantung yang dah nak luluh ni.
"Keluar." Arah lelaki tadi, sepanjang perjalanan dia diam je.
Aku ikut, tak nak banyak cakap. Aku percaya cakap Niq kalau aku ikut cakap diorang, semua akan okay.
"Jalan." Aku ikut lelaki yang sederhana besar ni kedalam gudang yang kosong tak de apa-apa. Nak buat apa dalam ni.
Lelaki tadi bukak pintu terakhir betul-betul dekat hujung gudang ni.
"Masuk." Aku masuk, tiba-tiba pintu tertutup. Kejap, tak kan dia nak tinggal kan aku dekat sini.
"Hey-bukak lah. Hey tolonggggg lahhh." Aku jerit sekuat hati aku. Tolonglah jangan tinggal kan aku dekat tempat macam ni.
Aku sandar ke pintu. Bilik ni kecik, tak ada apa-apa kosong. Tingkap pun tak da. Cuma ada lubang-lubang kecik. Siapa-siapa tolong lah aku.
Hari dah makin gelap. Aku duduk, berpeluk tubuh. Masih bersandar dekat pintu. Bilik ni jadi makin gelap, aku takut. Kenapa semua benda ni jadi dekat aku? Apa salah aku dekat dunia ni, semua persoalan dalam diri ni keluar. Tak sangka wujud tempat sekejam ni.
Mungkin kita ingat kita tinggal dekat dalam dunia yang aman, bahagia tiada masalah, kita tak akan sedar sampailah suatu perkara buruk berlaku, macam aku sekarang. Baru aku rasa betapa penting, betapa perlu nya aku nak tatap muka mama dengan Abah. Dulu masa ada depan mata, tak heran pun diorang ada tak de. Aku rindu kawan-kawan aku, sekolah yang aku benci. Dah lebih semingu aku hilang, diorang masih risaukan aku ke? Ingat aku ke? Mama dengan abah masih berusaha cari aku ke? Mimpi aku hari tu betul ke? Mama abah happy aku tak de.
Air mata yang mengalir dari tadi, dah berhenti sebab dah tak de apa lagi yang aku boleh tangiskan. Bunyi suasana malam buat aku terlena. Sejuk.
*
Aku tak tahu, dah berapa hari aku dekat dalam ni, sekejap malam sekejap siang. Aku haus , lapar. Penat.Aku rasa, diorang tak kan apa-apa kan aku. Tapi diorang kurung aku sampai aku mati kehausan atau kelaparan. Memang ni takdir aku, mati sorang-sorang.
Mama, Sarah mintak maaf. Sarah bukan anak yang baik. Maaf buat mama dengan abah risau. Sarah sayang mama dengan abah.
Berdarah kuku aku, bila aku berusah payah tulis apa yang aku nak mama dengan abah tahu dekat lantai. Mata aku berat. Aku tak larat dah. Cahaya matahari tembus ke dalam lubang-lubang dekat dinding. Ni cahaya matahari yang terakhir yang aku rasa. Mata aku dah tak mampu nak celik, kepala aku berat.
*
"Kau dah janji tak kan apa-apa kan dia, kan Vina hidup. Dia dah elok dah pun. Dah 5 hari dia dalam tu. Kau nak dia mati ke " aku tak boleh tahan kemarahan aku, aku dah janji buat apa yang diorang suruh. Sekarang ni diorang kurung Sarah entah dekat mana. Aku tak pasti dia masih hidup atau pun tak.
"Ye, Vina hidup. Tapi dia tak discharge lagi. Deal kita selagi Vina tak balik sini, selagi tu perempuan tu kena kurung" babi.
"Okay, fine. Bagi aku jumpa dia. Aku nak tahu dia hidup lagi ke tak?" Sarah aku mintak maaf.
"Kau nak tengok dia buat apa, plus yang kau nak care sangat dekat dia kenapa ? Kau dah jatuh hati ke apa? Kau jangan main-main Niq kau tu masih berhutang lagi." Si gila ni kan, aku tahu lah pasal hutang aku. Dia sibuk kenapa! Aku jatuh hati dekat Sarah? Lawak apa yang dia buat. Tapi-
"Kau jangan pandai-pandai buat cerita, aku ada deal dengan bapak dia. That's why aku nak dia hidup." Maaf Sarah ni semua salah ayah kau, aku tak sampai hati nak bagitahu kau.
"Okay-okay, Zack kau pergi jenguk dia bawak makanan dengan air. Pastu cakap kekasih hati dia kirim salam" gelak lelaki hodoh ni, annoying gila.
Sarah, aku janji lepas semua ni berakhir. Aku akan bawak kau keluar dari sini. Aku janji Sarah.
A/n : i will setiap hari sabtu, selasa dan khamis. Jangan lupa comment and vote. Thanks for all comments and vote on previously episode, i love to know apa yang korang fikir, pendapat or anything. Love ya ;)
YOU ARE READING
Play House
Mystery / Thriller"This is the reason of this place, this place is where you will meet your fears and deal with it." // kidnapped, violence, shooting, cursing, blood, etc.// Jangan baca if you can't handle it. Start- 10/11/16 End- 21/04/17