You comforts me but it doesn't mean I like you, I falls over you and I love you
Dulu aku fikir bila kita selesa dengan seseorang kita akan mudah untuk suka dan sayang dia. Mungkin juga cinta kemudiannya. Tapi rupanya tak.
Betul lah. Pengalaman mendewasakan dan mematangkan kita semua. Tanpa pengalaman kita tak akan serik. Tanpa pengalaman kita akan terus mengikuti perasaan dan nafsu semata. Kita tak akan cuba untuk jadi yang terbaik untuk orang yang kita sayang, orang yang penting dalam hidup kita dan orang disekeliling kita.
****
Dulu, waktu aku kecewa aku jauh dari keluarga dan berada di negeri lain. Walaupun hanya seberang negeri tapi jauh tetap jauh.
Tiada adik, kakak atau ibu yang ada disamping aku. Hanya ada kawan kawan yang pastinya tidak cukup memahami aku seperti mana mereka memahami aku. Selama ni aku luahkan pada mereka. Tapi saat itu? Siapa yang aku ada? Hanya kawan kawan.
Perasaan terluka makin terluka.
Aku terluka dan ingin melupakan orang yang aku sayang saat itu.
Walaupun aku tahu aku tak mampu!
Waktu itu hampir 4 tahun bersama dan takkan semudah itu.
Saat itu, Allah hadirkan sesorang untuk aku lupakan kesedihan itu.Dia,
Melakukan apa saja untuk menarik minat aku pada dia.
Mulai rapat dengan rakan rakan aku.
Membawa kami keluar makan.
Menghabiskan duitnya untuk aku.
Keluar dengannya tanpa aku langsung mengeluarkan sekeping wang ringgit.
Malah katanya, dia mahu rapat dengan rakan rakanku. Kerana mahu masuk dalam hidupku, hati rakan rakan ku perlu ditakluknya juga.
Paling tak terduga, dia serve satu meja untuk aku dan rakan rakan aku yang seramai 6 orang termasuklah aku untuk menjamu selera selepas pulang. Makanan yang disediakan ketika itu, aku tahu cukup mahal disitu. Lagu dimainkan ketika itu dituju khas buat diriku. Waktu itu, banyak mata mata memandang.Perempuan mana yang tidak menginginkan ini semua? Siapa pun merasai nya pasti berasa beruntung. Sangat! Seperti didalam novel? Ya hahaha. Dihadapan banyak banyak mata aku seperti seorang perempuan yang sangat beruntung!
Siangnya aku tersenyum gembira bagai tiada apa.
Malamnya, hanya kedukaan yang melanda jiwa.
Siapalah aku mempersoalkan kehadiran kedukaan seperti ini yang kunjung tiba tanpa permintaan diri aku sendiri.Sangat perit.
Makin lama aku makin selesa. Bagiku, layak lah dia sebagai seorang abang kepada aku kerana aku sendiri tiada abang atau adik lelaki. Sangat selesa! Layak dibuat kawan dan abang serta pendengar yang setia.
Dalam aku gembira, teringatkan orang yang aku sayang membuatkan aku makin lemah.
Whatsapp orang yang aku sayang aku block. Agar perlahan orang yang aku sayang itu pergi dari hidup aku. Walaupun aku tak mampu!Cara yang aku lakukan adalah dengan mula rapat padanya supaya yang lepas aku dapat lupakan. Tapi aku silap! Aku seperti menjadikan dia tempat aku melepaskan sakit hati dan kelukaan. Persinggahan sebentar untuk merawat luka dan kekosongan. Aku ternyata berdosa!
Tidak adil buat dirinya!Pada satu saat aku sedar.
Aku seperti celik dari buta.Aku tidak suka padanya.
Sayang juga tidak.
Cinta terlalu jauh sekali.
Aku hanya selesa padanya.
Ku lafazkan kata maaf padanya kerna hati aku tak mampu.
Mengapa ku biar dia berlegar dalam ruang hidupku sedangkan aku tak mampu untuk biar dia masuk dalam hidupku?
Aku sedari awal aku tak pernah menerima dirinya.
Jauh sekali mempermainkan dirinya.
Jauh sekali memberi janji palsu.
Tidak pernah kuberi harapan yang omong kosong.Tetapi,
Kata maaf dari bibirku tidak cukup sebenarnya buat dirinya memaafkan aku.
Wang, masa dan segalanya yang dia beri padaku tak mampu aku balas kembali.Akhirnya,
Kemaafan dia beri sepenuh hati.
Tanpa dendam.
Cukup lah dia hanya sebagai rakan.
Tidak perlu sebagai abang dan adik.
Keselasaan itu cukup sebagai rakan.
Rakan yang aku tegur hanya dia laman sosial.
Tidak perlu berjumpa dan berkongsi masalah.
Agar harapan palsu tidak kuberi padanya lagi.****
Banyak pengajaran kuperoleh dari pengalaman.
Hanya satu ingin kukata, selesa tidak bermakna kau suka, sayang dan cinta.
Ukur lah hati sedalamnya sebelum memberi peluang kepada orang lain.Kalau diikutkan aku tidak suka sesiapa pun membuka cerita ini semula.
Kerana aku benci perkara ini.
Benci diriku
Serta dirinya.Tapi perkara yang lalu ataupun sejarah tidak mudah dilupakan dan ditinggalkan begitu saja. Yang pastinya, jangan biarkan sejarah berulang semula. Lupakan buat kebahagiaan diriku.