Pengorbanan Saudah

68 6 0
                                    

Wahai Saudah,
Kau utamakan yang lebih utama di hati baginda.
Walau dirimu berendam air mata.

Saudah binti Zam'ah berasal dari keluarga yang kaya raya. Sifat muliamu yang suka berbuat baik dan selalu berkata benar. Seorang yang sederhana tetapi wajahmu dihiasi dengan keperibadian yang tinggi. Layak lah dirimu bergandingan dengan baginda yang mulia.

Ketika dirimu bergelar janda, Rasulullah SAW juga kehilangan Khadijahnya yang sentiasa ada bersama baginda. Rasa kasihan para sahabat terhadap Rasulullah SAW kian mendalam tapi tiada sesiapa pun berani memperkatakan kepada baginda agar mencari pengganti Khadijah r.a.

Akhirnya seorang sahabat Rasulullah SAW mencadangkan dirimu dan baginda bersetuju lalu mengizinkan peminangan terhadap dirimu.

Ramai orang tidak percaya akan hal ini kerana dirimu seorang janda tua yang tidak rupawan dan sudah mempunyai beberapa orang anak. Namun, Rasulullah SAW mengahwinimu bukanlah kerana pangkat atau rupa. Baginda memperisterikan dirimu untuk menghapuskan kesunyian yang selama ini dirasai oleh dirimu setelah kehilangan suami.

Kemuliaan hati Rasulullah SAW mengahwinimu yang dianggap telah lanjut usia menyebabkan ramai kaum mu yang memeluk Islam.

Disini bermulanya pengorbanan seorang isteri. Disini bermulanya pengorbanan dirimu. Pengorbanan dirimu terhadap Rasulullah SAW. Siapa saja mampu setabah dirimu wahai Saudah? Disini Allah menunjukkan kuatnya hati seorang wanita yang bergelar isteri.

"Disini juga aku sedar betapa kuatnya hati ibu mengharungi satu ikatan perkahwinan bersama ayah, malah membesarkan anak anaknya, iaitu diri aku sendiri yang banyak kerenah dan ragam. Ya Allah, kuatnya dan tabahnya hati seorang wanita yang bergelar isteri. Semoga ibu aku dan ibu ibu kalian ditabahkan hatinya serta pengorbanannya selama ini dibalas dengan syurga-Nya. InshaAllah, Ameen"

Selepas dirimu bergelar isteri kepada baginda, dirimu merasakan seolah olah ada benteng yang sukar ditembusi di antara hati Rasulullah SAW dan dirimu. Dirimu sedar dirimu tidak sehebat Khadijah r.a dan Rasulullah SAW mengahwini dirimu atas rasa kasihan terhadapmu. Hatimu terguris! Tapi dirimu tetap menerima hakikat ini. Bagi dirimu, menjadi isteri seorang Rasul sudah memadai bagimu kerana kedudukan itu sudah cukup mulia berbanding kedudukan sebagai janda.

Oleh kerana itu, pabila Rasulullah SAW berhasrat ingin mengahwini Aisyah, dirimu menerima dengan hati terbuka dan penuh kerelaan. Dirimu memberi sepenuh keutamaan kepada Aisyah r.a dan menyediakan segala keperluannya dengan penuh kasih dan sayang. Dirimu ingin mewujudkan kemesraan antara dirimu dan Aisyah r.a supaya Aisyah r.a menerimamu walaupun sesudah itu rumahtangga Rasulullah SAW didatangi isteri isteri baginda yang lain, dirimu tetap memberi keutamaan kepada Aisyah dengan penuh kasih sayang. Besarnya pengorbanan dirimu sebagai seorang isteri.

Dirimu suci dan jiwamu murni. Bukan dirimu baik dengan madu madu mu malah melayan dan menjaga semua puteri puteri Rasulullah SAW dengan sopan dan mesra. Rasulullah SAW senang dengan dirimu. Rasulullah SAW berusaha membuka hatinya buat dirimu namun baginda tidak berjaya. Rasulullah merasa amat sukar. Ini kerana di dalam soal hati, manusia tidak punya kuasa untuk mengendalinya, hanya Allah yang berkuasa. Subhanallah!

Dalam masa yang sama baginda kasihan dengan dirimu. Baginda mahu dirimu merdeka dan bebas dari perasaan yang menyeksa batinmu selama ini.

Ketika giliran baginda di rumahmu, baginda menyatakan hasrat untuk mentalakkanmu dan melepaskan dirimu dari kesengsaraan ini.

Dirimu sebagai seorang isteri merasa sedih. Hatimu hancur dan pedih. Dirimu jadi sedar dengan keadaan dirimu. Dalam keadaan diri yang sudah tua dan lemah ini kau menyedari tiada lagi yang dapat kau berikan kepada Rasulullah SAW. Dirimu merasa ada baiknya jika giliranmu diberikan kepada isteri isteri yang lain yang lebih memerlukan perhatian dan kasih sayang baginda. Kuatnya dirimu sebagai seorang isteri, wahai Saudah!

Namun setelah dirimu tenang dan tenteram, dirimu telah berkata kepada Rasulullah "Wahai Rasulullah SAW, biarkanlah aku terus menjadi isterimu. Aku tidak lagi mempunyai keinginan sepertimana wanita wanita lain. Biarkanlah aku berikan giliranku kepada Aisyah." Ikhlasnya dan redhanya hatimu, wahai Saudah.

Besarnya pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan sumber kekuatan buat aku, kepada kau yang perempuan malah kepada kau lelaki. Biar kau sedar betapa besarnya pengorbanan wanita wanita yang bergelar isteri, kelak yang menjadi isteri dan suri buat dirimu.





Sumber bacaan:
Riwayat Bidadari Syurga
Munif Ahmad

AkuWhere stories live. Discover now