Aku fikir

162 20 1
                                    

Aku fikir aku sempurna untuk kau.
Ternyata itu tidak benar.
Kau yang sempurna buat aku.

Aku fikir aku cukup sabar hadapi kau.
Ternyata itu tidak benar.
Aku sabar kerna kau hadapi segalanya bersama aku.

Aku fikir kau lah tapak untuk aku berdiri teguh.
Ternyata itu tidak benar.
Aku berdiri teguh kerana kau lah pendamping aku.

Aku fikir aku lebih menyayangi kau.
Ternyata itu tidak benar.
Aku lebih disayangi oleh kau berbanding aku menyayangi kau.

Aku fikir aku paling kuat hadapi kerenah kau.
Ternyata itu tidak benar.
Kerenah kau yang membuat aku lebih kuat untuk bersama kau.

Aku fikir ini semua tidak cukup.
Ternyata itu tidak benar.
Ini lebih dari cukup kerana aku ada kau.

AkuWhere stories live. Discover now