Respect

147 15 5
                                    

Respect people, people will respect you back.

Dari zaman tadika lagi cikgu ajar agar kita yang muda atau budak budak lagi ni hormat orang, terutama orang tua. Bila masuk belajar sekolah rendah, pun sama cikgu suruh hormat orang lebih tua terutama ibu bapa dan guru guru. Pergi sekolah KAFA belah sesi petang pun sama ustazah dan ustaz ajar agar kita hormat orang tua. Belajar Akhlak dan Adab untuk peperiksaan UPKK dan PSRA pun tajuk Hormat Kepada Orang Tua masuk dalam kertas peperiksaan. Sekolah menengah pun belajar jugak topik yang sama.

Nampak tak? Nampak tak?
Allah suruh kita hormat orang tua.
Jangan kurang ajar pada mereka yang lebih tua. Kita yang muda ni perlu hormat orang tua.

Yang tua kita hormati, yang muda kita sayangi.

Kata kata ni aku tak pernah lupa. Dulu waktu kecik lagi, keluar iklan petronas pasal kata kata ni. Korang ingat tak?

Dari situ kita belajar jugak secara tak rasmi yang hidup ni kita kena hormat orang sekeliling. Tak kesah tua atau muda. Tu dia kata, yang tua dihormati dan muda disayangi.

****

Tapi cerita yang aku nak bagitau sekarang ni pasal kenapa orang muda sekarang susah nak hormati orang lebih tua. Kadang kadang kita hormat orang tua tapi orang tua tak pernah nak hormat juga generasi muda macam kita ni. Senang cakap, ada segelintir orang tua yang tak reti nak hormat orang muda macam kita.

Aku tak pernah mempersoalkan persoalan ni pada diri aku sebelum ni sebab bagi aku orang tua semua baik, cakap elok elok dan hormat kita. Lagipun mereka lebih makan garam berbanding kita ini tapi apa yang aku alami sendiri menyebabkan tanggapan aku terhadap semua orang tua akan hormat orang muda seperti kita ini ternyata silap. Kerana ada segelintir orang tua yang tak hormat orang muda seperti kita ini serta agak kurang ajar (maaf sedikit kasar)

Ada 2 kejadian dalam hidup aku yang aku nampak dan alami sendiri. Membuatkan diri aku berpendapat sebegini.

****

Mac 2016
11:35 am

Berlaku pada awal tahun ini. Aku dengan lima lagi kawan aku dari hostel pergi ke bus stop Ayer Keroh untuk naik bas pergi ke Terminal Bas Melaka. Waktu tu panas walaupun baru hampir pukul 12 tengah hari. Pulak pulak kawasan tu sangat sesak dengan kenderaan dan pembinaan. Sangatlah berhabuk dan panas terik. Allah je tahu, bagaimana kami menghadapinya hampir 3 bulan disitu dan setiap hari.

Kami duduk disitu hampir 20minit untuk menunggu bas. Satu bas pun tak ada. Bus stop tu juga kosong, hanya ada kami berenam. Bosan sungguh waktu tu dengan panasnya. Tapi hati tetap sabar menunggu.

Dari jauh aku nampak seorang mak cik yang mungkin pada pandangan aku umurnya dalam lingkungan 56 tahun sedang melintas jalan. Aku perhati saja waktu tu. Kaki makcik tersebut laju melangkah ke arah kami. Makin lama makin dekat. Dalam hati aku berkata mungkin mak cik ni mahu naik bas. Makin lama makin dekat, aku pun ukirkan senyuman buatnya. Ya lah, orang tua kan perlulah aku hormati dan lemparkan senyuman.

Mak cik tersebut datang hampiri kami. Datang datang saja dia terus bercakap dengan perasaan marah, dapat aku rasakan ketika itu dari nadanya berkata.

"Kurang ajar budak lelaki tu! Tumpangkan aku hantar aku kat lain tempat. Kalau tak ikhlas tak payah tumpangkan aku!" Kami sedikit tercengang dan saling berpandangan sesama sendiri. Yelah wey, datang datang marah macam tu, kau rasa? Walaupun bukan kami yang dimaki.

AkuWhere stories live. Discover now