Kempen

60 9 3
                                    

Last week merupakan hari berkempen untuk calon calon mpp.

Alhamdulillah aku tak tercalon.

😂😂

Tak nak pun dicalonkan.

Ibu cakap "nak jadi mpp tu untuk orang yang pandai membahagikan masa"

Okey awal awal lagi dah failed.

Aku ni jenis tak berapa pandai nak urus masa. Alahai kelaut mati cerita dia.

Kalau ikutkan nak aje pegang jawatan. Markah pun tinggi untuk koko. Tapi tulah..

Nak uruskan student 6 bawah masuk bulan 5 nanti.

Student dari Surabaya, Indonesia nak datang  buat lawatan ke sekolah next week.

Menunaikan manifesto manifesto supaya tidak menjadi janji palsu.

Dengan kerja kursus semester 2 yang terlampau banyak (4 subjek woiii) hanya dalam masa 2 bulan.

Syariah dengan perlu ke Mahkamah Syariah.
Bahasa Melayu dengan 8 karangan yang belum tentu lulus.
Sejarah dan Pengajian Am.

No wonder lah cikgu awal awal dah halau kitorang yang nak stay stp untuk blah ke UiTM dan politeknik.

"Perempuan ni kalau dah gagal kerja kursus nanti berhenti je lepastu kahwin." Alahai....

Nampak kesibukan semester 2 aje menyebabkan aku menyepikan diri dari mencalonkan diri sendiri hahaha lol!

Tapi bila tengok kawan kawan aku yang berjawatan mpp memang kesian lah. Kene cat tiang gajah menyusur dan mengecat sekolah. Alahai aku seronok seronok hari sabtu berjimba dorang boleh pergi sekolah mengecat sekolah 😂

Cerita kempen dia macam ni;

Calon mpp semua kene berkempen.

Satu hari ni, aku dan kawan kawan aku pun makan lah di kantin sekolah semasa waktu rehat.

Aku punyalah sedap makan yie mee...

Sebelah aku ni aku taktau lah budak kelas mana. Aku khusyuk tau makan. Tak pandang orang pun pandang pinggan je 😂

Dia dok lah bercakap pasal manifesto dia..

Kawan aku depan aku pun calon mpp tapi tak ada lah dok berkempen. Dia mengamalkan sikap redha.. tanpa apa apa usaha kalau rezeki, rezeki lah. Hahh gitu gaya dia. Pulak pulak dia duduk asrama.

Budak yang dok berkempen cakap, dengan cakap pineng nye..

"Hang ni budak asrama ka?" Kawan aku pun menjawab lah aah kan.

"Duduk asrama nanti kalau nak print kerja kursus ke camne nanti macam mana?" Kawan aku cakap hahh tu lah taktau.

Aku tak ada lah pandang dia. Sebab aku tengah makan kot! Please lah jangan ganggu aku. Dah lah rehat 20 minit je dan aku rasa pun aku macam tak ada kaitan dengan persoalan dia 😑

"Hahh apa kata kita jadikan bilik komputer sebagai cyber cafe?"

Semua hanya terpaku.

Krik... krik...

Aku malas nak fikir masa tu (bila pikir balik memang biadap pun ada la aku ni masa tu) aku just malas nak fikir benda yang payah macam tu. Benda yang logik tetapi payah untuk dilaksanakan. Lagipun aku tengah makan kot wey! Aku pandang je lah bawah. Aku rasa dengan dunia aku dan rasa seperti dia tak tanya pun pendapat aku lol!

Tapi hanya krik krik... aku rasa aku dengan dunia aku.

Dan...

Tiada siapa memberi respond kepada dia alahai.

Kawan aku yang lain semua borak je.

Dibiar aku terkontang kanting 😂

Malangnya saat itu!

Aku menoleh pandang dia..
Dia juga menoleh pandang aku..

Dia berkata;

"Memang tak nak bagi respond ke?" Alahai apa dosa aku saat itu?!

Terpaku punya pasal "hahh" bodo itu je aku jawab.

Dan dia terus menanti jawapan.
Dan semua tak memberi respond.
Dia seperti patung panda disitu.
Dan aku sedang sedaya upaya menghabiskan makanan aku.
Silap jilat pinggan (oke ni tipu je!)

Lastly, dia angkat pinggan dan berkata,

"Lain kali bagi la respond"

Alahai apa ini silap aku?????? Kwajooo budak ni. Tak pepasal aku kene. Siot betol!

Waktu balik;

Sebab baru minggu first so, ada gotong royong dan menghias kelas (ketua keceriaan ni cewahhhhh) sebab tu stay menunjukkan kewibawaan cettttttttt!

Waktu balik dah time tu.
Aku dok call ibu guna public phone.

Jangan tanya mana telefon!

Sekolah aku tu sekolah bestari. Acahh selagi sekali dengan budak arus perdana tak boleh bawak phone. Menyampah!

Padahal sekolah lain area Banting jugak ni boleh je bawak!

(Ni datang mood sedih. Sekolah aku best gila sekali masuk sekolah ni semua ketat menyampah)

Lama aku dok call ibu. Tak berangkat. Lebih 10 kali tau! 😭😭😭😭

Nak call phone sendiri dok bengap airplane mode sakai!

Dah lah sekolah tepi jalan besar. Panas terik. Habuk. Ya Allah berilah aku kesabaran.. asal balik sekolah mesti pening kepala haihhh.

Aku duduk la situ menunggu...

Tengah tunggu tetiba...

Budak berkempen lalu woiii!

Dia pandang atas bawah kat aku.
Pastu duduk kat tempat menunggu tu dia duduk sebelah aku plak adomak!

Tetiba...

Wei dia berkempen dengan budak kat situ.

Alaaa aku tak kesah pun. Sukati ko la.

Yang awkward nye budak tu pandang muka dia. Siap focus.

Kalau boleh muka nya tu nak lagi rapat weyyyyy!

KAU RASA????????
AKU TETIBA AWKWARD NAK MATEYYYY DUDUK SITU!!!!!!!

Nak tak nak...
Aku bangunlah.......
Pindah tempat lain yang lagi jauh.

Aku redha....

Sekarang ni budak tu jadi TIMBALAN YANG DI PERTUA YANG KEDUA.

Hmmmm maleh aku nak cakap.

Aku nak tengok je lah dia tunaikan ke idak manifesto dia tu.

AkuWhere stories live. Discover now