Semalam, viral kat twitter mengenai seorang suami yang kehilangan isterinya yang menderita sakit kanser stage 4 tapi tak tahu kanser apa. That was breaking all heart, included me.Innalillahiwainnailahirrojiun, daripadaNya kita datang kepadaNya juga kita pergi. Semoga isterinya tergolong dalam golongan orang orang yang beriman.
Aku stalk dan aku screen shot jugak, sebab aku sendiri tertanya after viral kat twitter (biasalah manusia nak jugak siasat apa yang terjadi - diri sendiri)
Sedih sangat bila scroll tengok semua gambar kamaleffendi ni post. Semua caption memang sangat menyentuh hati.
Aku rasa, semalam hari kematian isterinya dan semalam juga merupakan anniversary segenap setahun perkahwinan dorang. Semalamnya, birthday kamaleffendi ni.
****
Kanser memang penyakit yang boleh membawa maut. Sedih bila tengok insan yang diuji Allah dengan penyakit kanser. Aku lebih terasa sedihnya sebab dalam family aku juga ada yang diuji dengan penyakit kanser. Kalau mengikut sejarah keluarga aku, dalam family aku ada 4 orang yang menderita sakit kanser. 2 orang dari belah ibu dan lagi 2 orang dari belah ayah. Semuanya ahli terdekat dengan aku. Allah je tahu betapa berkecainya hati orang sekeliling bila dapat berita ni.
Tapi, semua redha dan kuatkan hati. Memang, air mata tak akan berhenti. Tapi kita sendiri kene kuat untuk beri semangat dekat ahli keluarga kita yang diuji penyakit kanser.
Mereka akan jadi pendiam. Tak nak bergaul. Sebab mereka sendiri rasa merendah diri dan sedih dengan kenyataan tu. Dengan rambut semua gugur, bertambah sedih dan kecewa nya mereka kita sendiri tak dapat gambarkan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
****
Makcik aku iaitu kakak kepada ibu aku, menderita kanser payudara. Aku waktu tu kecik lagi. Aku tak faham apa apa pun. Bila aku meningkat besar aku tengok kelainan pada makcik aku, waktu tu aku tertanya sangat. Biasalah zaman kanak kanak apa yang terlintas itu yang akan terus aku tanya pada ibu.