Hampir menitis air mata aku.
Rasa risau kian bermaharaja lela dalam benak ini.
Aku toleh ke kanan ke kiri. Muka muka itu aku cuba untuk renungi. Mata mata itu aku cuba selami.
Aku pandang kehadapan semula merenung air muka para ilmu.Satu hari suntuk.
Telinga kami dibasuh dengan kata kata para ilmu.
Masuk telinga kanan tetapi hingga kini tidak keluar ditelinga kiri.
Betapa besarnya cabaran dunia hingga tabiat seperti selalunya tidak berlaku pada saat itu.
Malah roma roma aku tanpa segan silu berdiri.
Kolam mata kian panas dan hampir banjir tapi lekas aku seka.Kata para ilmu,
"Saya tak tahu bagaimana kamu mahu meneruskan hidup pada masa akan datang dengan situasi sebegini."Luruh jantung ini.
Takut rasanya mahu menghadapi kelak.Kata para ilmu lagi,
"Kamu yang harus mengubah segalanya."Apa yang kami mampu lakukan?
Otak kami kosong saat itu.
Sunyi sepi saat itu.
Emosi mengatasi segalanya.
Riak wajah risau terbias pada wajah kami.
Begitu juga para ilmu.Apa yang mampu aku lakukan?
Bisu mulut ini.