Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Melepaskan seseorang bukan kerana sudah tidak sayang lagi. Kerana sayanglah, kita perlu melepaskan. Alasan ini mungkin akan buat semua yang membaca jadi sebal dan terbitlah cebikan dibibir.
Kita perlu sayangkan diri sendiri dahulu. Selama ini kita tak sedar. Terlampau menyayangi orang lain tapi diri sendiri tak disayangi. Perasaan dan hati sering kita ketepikan. Keinginan hati sentiasa ditahan. Makan hati berulamkan jantung sering kita santapi.
Ketika sedih dan terluka, ramai orang akan lupa hikmah yang akan menyusul, kelak. Kita lupa diri dan tak mampu mengawal perasaan. Manusia dijadikan oleh Allah dengan akal tetapi tetap akan mengikuti perasaan tatkala tidak mampu bertindak dengan akal yang waras.
Semua akan berkata, bicara tentangnya mudah tapi ketika menjalankannya, ia amat payah! Itu benar.
Ketika kita kecewa, itulah masanya untuk kita kembali kepada Dia yang satu. Saat kita kecewa, kita akan ingat padaNya. Baru saat itu lemah kepala lutut dan terus bersujud kepadaNya. Kita perlu fikirkan yang baik baik dan hikmahnya. Kelak akan terbentang indah dan kita akan bersyukur padaNya.
Sayangi diri sendiri dan perbetulkan kekurangan diri. Nasihat kepada diri ini yang terlalu khilaf dan buta #Notetomyself
Tika kau sedih dan kecewa, bacalah;
⬅️مافيقلبيغيرالله Tiada tuhan dihatiku melainkan Allah.