Hati perempuan ini rapuh.
Rapuh bila kau curangi. Rapuh bila kau duakan. Rapuh bila kau permainkan. Rapuh bila kau khianati.Oleh kau yang bernama lelaki!
Tapi masih mampu memberi peluang. Peluang kedua diberi untuk kau hargai. Bukan seenaknya kau ulangi dan sakiti.
Ada sesetengah perempuan mampu memberi peluang kepada kau. Masih mampu beri ruang untuk kau perbaiki. Tapi kau kene ingat, masih ada perempuan yang kuat mempertahankan hati kering dan ego dengan pendiriannya "once broke don't have another chances."
Setelah peluang kedua diberi dan kau mungkiri apa mampu kau untuk kembali? Apa mampu untuk kau semula disayangi dan dicintai?
Dunia ini sebuah realiti!
Pukulan pada hati perempuan yang rapuh umpama gelas kaca kau pukul dengan kayu hoki. Pecah berderai--
Tidak boleh diperbaiki--
Tidak boleh disambung--Sejenis perempuan, selalunya peluang kedua diberi setelah kau melakukan kesilapan yang besar dan tidak boleh diterima oleh mana mana perempuan pun. Manusia tak sempurna! Begitu juga kau yang bernama lelaki. Banyak kekurangan dan kau diberi ruang untuk dimaafkan dan tunjukkan kesungguhan kau. Jangan kau ulangi.
Kecurangan kau. Kebodohan yang kau lakukan. Pengkhianatan yang kau perlakukan ke atas perempuan. Ketidak kesahan kau keatas kami yang bernama perempuan. Perhatian yang sudah tidak kau berikan. Kesalahan kesalahan kecil yang kau kerap perlakukan. Perbaiki dan jangan kau mensia siakan.
Lagi satu jenis perempuan yang berhati kering. Tekadnya yang sekali kau lukakan tiada ruang lagi buat kau. Tiada peluang kedua. Tidak dipedulikan sayang dan cintanya terhadap kau kerana yang lebih dipedulikan ialah kesakitan dan luka dihatinya. Pengkhianatan yang kau beri pada dirinya. Sekeping hati kacanya yang telah diberi kepada kau telah kau lempar pada lantai dan pecah berderai kerana sikap kau.