Kami berbeza

83 11 6
                                    

Kalini hati aku terdetik nak meluahkan rasa hati. Tak nak berdendam. Huhh aku belum pernah tegar untuk membenci dan berdendam. Nauzubillah. Semoga Allah jauhkan kita semua dari sikap ini.

Aku cuma kecewa. Marah juga hati aku. Terluka ya juga. Semua perasaan yang buruk buruk aku rasa kecuali rasa mahu  berdendam.

Ye sikap manusia. Suka membanding bandingkan. Aku tak faham kenapa ada sesetengah manusia suka membanding bandingkan. Aku tak kesah jika membandingkan dua helai baju mana yang paling cantik dan selesa untuk kau beli dan pakai. Sama sekali tidak menjejaskan hati dan perasaan seseorang. Tapi mengapa kau perlu membandingkan manusia? Sedangkan tahu bahawa dimuka bumi ini setiap orang berlainan dan berbeza.

Sama tapi tak serupa. Darah daging, datang dari tempat yang sama tapi tetap berlainan rupa dan sikap. Ini kan pula saudara mara. Apa kau sukar untuk berfikir?

Kami dan mereka berbeza. Persekitaran tempat tinggal yang berbeza. Asuhan yang berbeza. Mengapa manusia masih tegar untuk membandingkan dua perkara yang berbeza?

Fitrah--

Lumrah--

Kerana ini sikap manusia. Tapi bagaimana hati manusia yang sedang merasa ini?

Kehidupan di kampung dan pekan atau taman perumahan adalah berbeza. Jika mereka dapat merasa. Aku mahu jugak merasa tinggal di kampung. Tapi style aku dan mereka berbeza. Kehidupan kita tak sama. Bosan tahu tinggal di taman. Tiada apa.

****

Satu kotak bercantum dengan kotak kotak yang lain. Kotak kotak yang berwarna warni dan berbeza warnanya. Tiada lapangan disekitarnya. Hanya selembar konkrit dihadapan dan dibelakang. Malah, hanya mampu memiliki satu genggaman tanah hitam bagi setiap satu kotak.

Berbeza....

Satu kotak ditengah. Lalu, dikerumun oleh lambakan warna indah sekitarnya. Hijau yang mendamaikan, tenang buat sepasang mata dan sejuk angin kencangnya. Itu belum lagi lautan selat melaka yang terbentang luas dan indah. Cukup indah.

Apa itu sama antara keduanya?

****

Persekitaran manusia yang terlalu sibuk dengan perihal diri sendiri. Tidak menoleh ke kanan ke kiri. Pegangan manusia sekelilingnya, hal kau hal kau hal aku hal aku. Tiada percampuran yang terlampau aktif. Tidak datang ke majlis, tiada umpatan melampau yang kau dihidangkan. Disini tempatnya generasi muda.

Berbeza....

Jaga kain kanan kiri depan belakang kalau boleh mahu satu kampung. Percampuran antara mereka. Siapa yang mengamalkan sikap katak bawah tempurung matilah kau dengan pekak dan buta isu semasa ketika itu. Diumpat jika enggan bercampur dan bersosial di kenduri kendara dan rewang.

Apa itu sama antara keduanya?

****

Ahhh makin muak aku semakin meluah!

Aku bukan tidak rajin. Mungkin ya, sedikit malas berbanding mereka. Tapi aku bukan malas. Aku tidak reti. Bagaimana aku hendak mengungkapkan kata?

Aku tidak betah menggeledah dapur orang. Hei, aku pandai lah buat air teh! Ingat aku perempuan yang buta tentang ilmu sebegini? Aku cuma tidak pandai! Tidak pandai hendak mencari teko di dalam almari dapur orang. Tidak pandai hendak mencari uncang teh di dalam almari orang. Tidak pandai hendak mencari gula di dalam almari orang.

Aku pandai. Tapi aku seakan bodoh kaku ketika berada di dapur orang. Tidak kah mereka memahami aku? Memang seakan aku tidak mengetahui apa apa. Pada aku, lain orang lain cara. Pikiran aku, apa aku patut bawa budaya aku di kawasan orang? Apa yang orang akan fikirkan?

Jangan bandingkan kami dengan mereka!
Mereka berbeza dengan kami.

Rasa terluka kerana mereka pikir kami serba serbi tidak mengerti. Entahlah! Yang penting kami cukup berbeza.

Mengapa manusia suka membezakan membandingkan anak mereka dengan anak orang lain? Apa anak mereka cukup baik berbanding anak orang lain? Apa anak mereka sok sok malaikat? Tidak bolehkah simpan saja?

Tidakkah mereka tahu bahawa anak mereka seperti perumpamaan, dibelakang pijak semut pun tak mati? Dihadapan seperti malaikat.

Mujur ibu bukan sebegitu. Tidak pernah membandingkan anaknya dengan anak rakan rakannya. Ibu cukup memahami. Bagi ibu, anaknya ini sudah terbaik. Tidak perlu diheboh kebaikan anaknya dan juga tidak perlu diheboh dan diperkata keburukan anaknya. Simpan didalam poket magisnya.

Tidak perlu diheboh keputusan peperiksaan anaknya. Tidak juga perlu ditanya keputusan peperiksaan anak orang lain.

Sudah terlalu jauh aku berkata...

****

Berbeza kerana ibu mempunyai anak perempuan lebih ramai berbanding mereka. Mereka hanya ada seorang dalam kalangan empat orang lelaki. Mereka hanya ada seorang yang cukup dewasa dalam kalangan kanak kanak.

Nampak mereka lebih bijak berbanding kami. Kami hanya pandai. Gahahahha!

Pantasnya mereka lebih terror! Mereka rajin bergerak kesana kesini. Bijak berborak sakan. Ketawa bagai nak gila. Kami? Kami cukup sopan dan pemalu KAHKAHKAHKAH.

Tidak pandai mahu bertanya. Tidak pandai berborak. Berborak gurauan, hanya mampu tersenyum. Ahhh! Aku cukup membosankan! Tidak sama seperti aku didalam ini. Berbeza kan itu? Mengapa mesti membandingkan?

Makin dewasa aku makin jauh dari mereka. Aku sedar itu. Tapi entahlah!

Apa kalian faham apa aku rasa juga?

Ahhh cukup lah sampai sini.
Makin membuak rasa ini. Biar aku simpan kemas dan kunci serapinya. Biarlah rasa terkilan ini tersimpan di lubuk hati yang paling dalam. Air mata sudah aku siakan. Rasa bagai tidak mahu bertemu lagi. Tapi siapalah kita tanpa kaum kerabat, bukan?

Kelak, ibu bapa sudah tiada akan menjadi tanggungjawab untuk kita mengeratkan lagi hubungan sebegini. Sedangkan, hubungan buruk antara ibu bapa dengan orang luar ketika hidup juga perlu kita eratkan ketika pemergian mereka.

Sekian.

AkuWhere stories live. Discover now