06

2K 295 5
                                    

IM NAHEE

"Oi, Nahee!" Aku tersentak macam mak nenek. Jaemin di sebelah aku jeling maut. "Tu, ada dua orang mamat tak reti nak tidur. Dorang order lapan bungkus teobokki (tibai je lah makanan apa author tak tahu sangat korean food ni lol ). Kau pergi hantar air diorang pesan ni," Jaemin menolak perlahan dua dulang air suam. Hek eleh order air suam je ke.

"Kau je lah pergi... Huwa aku penat!" Aku merengek lalu menguap. "Apa kau tak nampak aku tengah buat closing ni?" Dia menjegilkan mata pada mesin duit di hadapannya. Aku merengus lalu mengangkat dulang tersebut ke meja mereka.

Lelaki yang menghadap ke arah aku berambut coklat gelap manakala yang membelakangi aku berambut hitam pekat. Kedua-duanya bercermin mata gelap. Hairan,malam-malam pun nak bergaya.

"Maaf lambat," aku menunduk separa sambil cuba untuk senyum. Lelaki berambut hitam itu melihat sekeliling lalu menanggalkan cermin matanya. Namun wajahnya masih lagi sukar dilihat kerana keadaan cafe ini yang malap,ditambah lagi cap yang dipakainya menutup separuh dari muka dia.

Dia mengarahkan aku untuk mendekatinya. Bingung,aku menurut sahaja. "Dekat tepi bibir awak ada air liur basi," mata aku membulat kerana suaranya yang agak dikenali. Dalam dan garau. Cepat-cepat aku duduk di kerusi bahagian belakangnya lalu mengelap tepi bibir aku. Cis, tak guna punya Jaemin! Bukan nak tegur aku!

"Apalah hyung ni. Tak baik tipu dia,hahaha" gelak tu- macam gelak Jungkook.

Gulp. Aku membuka Twitter. Serentak dengan itu,satu mesej masuk,Jungkook. Tak dia tak kenal kau Nahee,tak!

igotgoldenjams: oi dah tidur ke?

"Kau mesej siapa malam-malam ni Kookie?" Lelaki berambut hitam itu meneguk air suamnya. Lelaki lagi seorang hanya ketawa. "Kawan Kookie,hehehe" aku menelan air liur. Sah tu Jungkook dengan Taehyung! Omg!!

Aku bingkas bangun dan lihat sekeliling. Nasib baik tinggal mereka berdua je. Jaemin tiba-tiba muncul di sebelah aku. "Na-" aku menutup mulutnya. "Kau kenapa? Ish!" Aku menariknya duduk di sebelah aku. "Jangan sebut nama aku!" Aku separuh berbisik.

"Kenapa pulak? Kau ni ngigau lagi ke?" Aku menggeleng laju. "Nanti aku cerita," Jaemin hanya akur dan berlalu ke pintu. Menterbalikkan papan tanda cafe. Kini ia telah ditutup secara rasmi,untuk hari ini.

"Terima kasih encik! Datang lagi!" Jaemin beramah semasa Jungkook dan Taehyung membayar pesanan mereka dan ambil teobokki. Kami berdua kemudian mula mengelap meja-meja dan membersihkan apa yang patut.

"Ha,apa kau nak cerita? Kau kenal ke mamat dua orang tu?" Jaemin bertanya semasa kami berdua berjalan pulang. Aku menelan air liur. Patut ke aku cerita? Tapi Jaemin bukan nya mulut tempayan. Dia merenung aku. Bibir aku menguntumkan senyuman.

"Aku chat dengan Jungkook- and tadi tu Jungkook and Tae-" "Taehyung. Aku tahu,HAHAHAHA" Aku memandang Jaemin yang menyeringai. "Kau ingat aku tak tahu ke diorang regular customer kita? Aku tahulah customers yang selalu datang lewat malam tu diorang," dia memuncungkan mulut.

"Hek eleh tak payah bajet lah! Aku pun tahu!" Aku menjelirkan lidah padanya. "Hah kau pikir kau lawa? Choi! Cepat cerita macam mana kau dapat nombor Jungkook tu!" Dia mencubit aku. Melampau mak nyah ni-

Aku menceritakan segalanya pada Jaemin. Siap tunjuk lagi mesej-mesej kami di twitter. Jaemin menepuk nampar aku sebab excited sangat. Dia kata Jungkook jodoh aku,choi!!

"Eh nyaj,dah sampai. Jangan tidur lambat. Esok datang awal sikit,bos kata ada benda nak bincang," Jaemin menepuk kepala aku. Aku hanya mengangguk. Dia meneruskan perjalanan ke rumahnya.

Aku menghempaskan badan di atas katil yang tak berapa empuk ini. Mata terpejam. Tak lama lagi,cuti semester berakhir. Argh,malas nak fikir!

Lagu Stigma nyanyian Taehyung dipasangkan. Buat dodoian aku. Aku tiba-tiba teringat kejadian di cafe tadi. Ahhh Taehyung berbisik di telinga aku! Tengah-tengah senyum,secara perlahan aku ditarik ke alam mimpi...

direct mentionWhere stories live. Discover now