jungkook
aku meniarap di atas katil aku, membaca semula mesej-mesej aku dan Nahee. Senyuman aku semakin melebar tatkala teringat saat-saat semasa kami di sekolah dulu.
Tak sangka yang dia lah Nahee yang aku cari selama ni. Mungkinkah ini jodoh? ahaks-
aku duduk dengan segera,memandang dinding. Muka aku ditampar-tampar dengan laju.
"Yah!! Jeon Jungkook!! Kau ni gila ke? Kau dah la lusa ada konsert! Kau lupa ke kau tak boleh bercinta? Bahaya lah bongok!!" aku menceramah diri sendiri.
Haish. Kau ingat senang ke jadi artis yang popular ni? Kau ingat kau ada private life? Privacy semua tu? ada memanglah ada. Tapi suatu hari nanti akan ada orang ceroboh jugak weyh.
aku kembali merebahkan badan ke atas katil. Siling yang kosong aku tenung lama. Tapi, orang kata kalau jodoh, tak ke mana.
Wajah Nahee melintas di fikiran aku,membuatkan aku tersenyum.
"Nahee, saranghaeyo..." bisik aku perlahan sebelum tidur.
XxXxXxXxXxX
"Jeon Jungkook!! Bangun!!" mata aku terbuntang luas setelah Namjoon hyung menggoncang badan aku dengan kuat. Wajahnya terpampang riak kerisauan.
aku mengalih pandangan ke arah jam di dinding, 7.07 pagi. awal lagi, ada lagi dua jam sebelum rehearsal.
"Waeyo? awal lagi lah-" aku cuba untuk menarik selimut,nak sambung tidur tapi Namjoon hyung menarik aku keluar bilik dan mengheret aku ke ruang tamu. Kelihatan manager dan Bang Sihyuk PD-nim sedang merenung aku dengan riak wajah yang marah.
"Jeon Jungkook, apa ni?" manager kami menuding jari ke arah telefon bimbitnya di atas meja. aku berjalan ke arah mereka dan mengambil telefon bimbitnya.
Mata aku terus segar bugar melihat gambar di skrin telefonnya; gambar aku dan Nahee di pintu rumah mereka malam tadi. Shit. Siapa punya kerja??
"Jawab Jeon Jungkook!" aku menelan air liur. aku... tak tahu macam mana nak jawab.
"Itu kawan lama Jungkook-" Taehyung muncul memberi penjelasan. aku memandangnya. "Saya pun ada masa tu, diorang tak ada buat apa-apa pun. Cuma jumpa dan sembang-sembang je-"
"Betul ke?" BangSihyuk bersuara. Kami berdua mengangguk.
"Jadi apa kita nak jawab dengan pihak media ni?" Namjoon mencelah.
"Macam ni lah..." Mereka sambung berbincang namun aku langsung tak dapat fokus dengan perbincangan tu. apa yang aku fikir sekarang, macam mana dengan Nahee? Dia selamat ke? I mean, sasaeng fans akan cari dia ke?
aku merenung semula gambar tersebut. Nasib baik, tak nampak muka dia. aku rasa, buat masa ni, dia selamat? Harap-harap.
XxXxXxXxX
nahee
aku memeluk tubuh di sudut katil. air mata terus mengalir saat notifications muncul di skrin telefon aku. Semuanya jelas kelihatan, komen-komen mereka di akaun instagram aku. aku tak tahu macam mana diorang tahu.
mntzksana: ei dah la gemuk,hodoh, tak sedar diri!
bo0mb2yh: berani kau goda jungkook ya!!! bij!!
kngslgi: breakup je la weyh sebelum kau kena kecam ngan netizen.
bonamana: dia ni lah Nahee yang gemuk dulu tu. rupanya ada hati lagi dengan jungkook hahahaha aduh lawak
aku dah tak tahan. aku tak ada apa-apa hubungan pun dengan jungkook korang tu lah!!
hodoh sangat ke aku ni? tak layak ke aku untuk disayangi?
"Nahee... Dah la tu,bak sini telefon kau tu!" Jeongha merampas telefon aku lalu membuat keputusan untuk deactivate akaun instagram aku. aku terkedu.
"Enough lah, kau buat apa layan diorang tu? Diorang tak kenal pun kau!" Jeongha menyeka air mata aku perlahan-lahan.
"Betul ke aku ni hodoh? Betul ke aku ni gemuk?" aku memeluk Jeongha dengan erat. Jeongha meletakkan jarinya di bibir aku lalu menggeleng perlahan.
"No babygirl, you are not. Kau cantik, lagi cantik daripada aku, faham?" dia menepuk belakang badan aku cuba untuk memujuk mungkin. Maafkan aku Jeongha, tapi aku tak percaya.
Ya, aku memang gemuk. aku memang hodoh. Betul apa yang diorang cakap tu. aku tak layak untuk bersama Jungkook. Never.
XxXxXxXxXxXx
#authornakpesan
guys, If you can't save someone from suicide, don't be the reason for them to kill themself.
Tolong fikir sebelum tulis,sebelum cakap. Kita tak tahu otak orang tu translate macam mana, maybe kita fikir gurau. Tapi orang tu? We never know. #stopsuicide #endviolence #loveyourself #neverstopfighting
YOU ARE READING
direct mention
Fanfiction"kenapa BTS follow account makhluk ni?" adakah mikrofon dan teleskop dapat bersatu? #onhold