16

1.6K 250 8
                                    

Flashbacks | author's pov |

Nahee mengelap peluhnya dengan kasar lalu menjeling ke arah dua orang budak lelaki yang sedang memegang perut mereka. Mereka baru sahaja dikerjakan oleh Nahee.

"Dah la,jom kita pergi Mingyu! Biarkan je si gemuk ni!" Wonwoo menarik tangan Mingyu.

"Gemuk!! Muka berjerawat!! Puih!!" Mingyu menolak Nahee sebelum berlalu pergi dengan sahabatnya,Wonwoo.

Nahee menoleh ke arah Jungkook yang sedang cuba untuk bangun. Dia tersenyum.

"Thanks, Nahee." Mata Nahee membulat. Terkejut kerana class presiden yang kacak itu mengetahui namanya. Pipinya mula kemerahan.

"Sama-sama..." Dia menarik sedikit skirt sekolahnya ke bawah untuk menutup pahanya. Dia malu dengan pahanya yang agak besar itu. Ah, siapalah yang nak kan aku ni.

"Eh,pipi awak berdarah!" Nahee terus mengeluarkan sapu tangannya yang berwarna putih dengan sulaman namanya yang tidak berapa kemas. Kalau tak tengok betul-betul yang betul-betul-betul, memang tak faham apa maksud sulaman tu.

Jungkook terkedu tatkala Nahee mengelap pipinya perlahan. Dia memerhatikan Nahee secara diam.

Walaupun wajah gadis ini tidak se-flawless wajah gadis di sekolahnya yang lain,namun masih lagi cantik di mata Jungkook. Mungkin hati budinya yang membuatkan dia nampak cantik? Mungkin.

"Thank,Nahee...." Jungkook tersenyum manis dengan hatinya yang berdegup kencang. Nahee hanya memandang tanah sahaja.

Semenjak hari itu, mereka berdua menjadi kawan rapat. Malah,hampir lebih daripada kawan.

Sejak dari itu juga,orang tidak lagi mahu membuli Nahee dengan teruk. Jika ada yang mengejeknya, Nahee buat tidak tahu sahaja kerana kelak,Jungkook akan membuatnya tersenyum semula.

Namun,manusia. Biasalah,ada je yang nak di dengki kan. Walhal, Nahee tak kacau langsung hidup malaun semua tu.

Gadis-gadis makin cemburu setelah mengetahui bahawa Jungkook terpilih untuk menjadi trainee disebuah syarikat pengurusan kpop.

Nahee lah antara orang yang paling gembira pada waktu itu. Sampai berat badannya semakin bertambah.

Semuanya berjalan lancar, sehingga satu hari, malang menimpa Nahee semula.

"Hoi,gemuk!" Nahee menoleh ke arah suara itu.

Whooshh!!  Serentak dengan itu muka Nahee dipenuhi dengan tepung. Rakan-rakan disekeliling semuanya ketawakan Nahee. Nahee tersentak dan mencari kelibat Jungkook.

Tiada.

"Kau cari siapa? Jungkook?? Ahahaha,dia dah tinggalkan kau," seorang gadis yang namanya tidak diketahui Nahee menolak bahunya.

"Ani,Jungkook janji dengan aku yang dia akan tolong bila aku susah. Bila aku perlukan dia,dia takkan tinggalkan a-"

Prakk!! Prakk!!! Dua biji telur dipecahkan di atas kepala Nahee. Matanya membulat.

"Haaa,kau kan suka makan kek... Nah aku bagi,free je! " gadis yang lain pula datang menambah seksa Nahee.

Pintu kelas dibuka dan Jungkook melangkah masuk ke dalam tanoa sebarang perasaan. Nahee memandang Jungkook dengan senyuman pahit. Matanya sudah berair.

Semuanya akan berakhir tak lama lagi. Ya,dia percayakan Jungkook. Dia tahu Jungkook akan membelanya.

Namun,hatinya berkecai setelah Jungkook langsung tidak mempedulikannya dan yang lain di belakang kelas ini. Dia terus duduk di tempatnya di hadapan, membuang pandang ke luar tingkap.

"See,dia tak kesah la dengan kau ni. Kau ni, potato je. Paham? Bish." Gadis yang menuang tepung tadi tersenyum sinis.

Air mata Nahee mengalir deras. Dia terus berlari keluar kelas,meninggalkan gelak tawa rakan sekelasnya.

"Eih,tak sedar diri betul... Dia ingat dia lawa sampai Jungkook nak betul-betul suka kat dia?"

"Perasan betul,"

"Impian sama besar macam perut dia,"

Ketawa mereka semua pecah dengan ayat tersebut.

Jungkook mengepal penumbuknya. Mejanya di tolak sehingga terbalik. Seisi kelas terdiam,membisu. Hanya bunyi kipas yang kedengaran.

"Yahh!! Even dia tu gemuk,berjerawat dan apa je yang korang dah hina dia, dia ada hati yang murni! Bukan macam korang yang harap make up je tebal ni!" Jungkook menendang kerusi entah siapa ke arah pembuli-pembuli tersebut lalu berlari keluar untuk memujuk Nahee.

"Weyh,nanti kau kena pergi US kan? Untuk practice yang lebih straight. Kau dah ready? Tapi, jagalah reputasi kau tu"

"I mean,kawan gemuk kau tu,"

"Dia akan rosakkan karier kau di awal debut nanti,"

"Dia akan rosakkan karier kau"

"Rosakkan karier kau"

Kata-kata abangnya terngiang-ngiang di dalam kepalanya. Langkahnya terhenti sebaik sahaja sampai di taman seni di belakang sekolah mereka.

Dia serabut. Persahabatan... Atau kariernya?

Akhirnya,Jungkook memilih kariernya. Dia berpatah balik dan masuk ke kelas. Disebabkan guru telah mula mengajar,semuanya seperti tiada apa yang berlaku.

Jungkook berjalan ke tempat duduknya. Tempat duduk Nahee dikerling. Kosong. Dia balik ke?

Jungkook berasa lega yang Nahee dapat pulang dan berehat. Mungkin Sabtu,dia akan ke rumah Nahee dan memujuknya dengan coklat, teddy bear, dan mungkin sejambak bunga?

Tapi,Jungkook tidak tahu. Di saat dia sedang menuju ke rumah Nahee, Nahee dan keluarganya juga sedang menuju ke tempat tinggal baru mereka. Dari Busan, ke Seoul.

XxXxXxXxXxXxX
Double update sebab nanti busy krohhh
Lagipun taley tidurr,yut titew kit TT

180117: edited

direct mentionWhere stories live. Discover now