"Nahee?" Aku menyoal gadis di kaunter itu. Jaemin hanya mendiamkan diri. Kelihatan beberapa butir peluh di dahinya.
"Er, sorry? " Gadis tersebut mengangkat kening. Aku menanggalkan cermin mata aku dan dia menjerit. "Ommo! Jungkook! "
Tak- dia ni tak macam Nahee. "Hey, kita ada chat kat twitter, ingat tak? " Jaemin menepuk dahinya. 'Nahee' pula mendiamkan diri. "Sebenarnya- saya bukan Nahee, "
XxXxXxXxXxXxX
Kenapa dia kena tipu aku? Apa masalah perempuan tu? Like seriously, apa yang kau nak sembunyikan sangat?
"Jungkook? " Taehyung menepuk perlahan paha aku lalu mengambil tempat di sebelah. Aku hanya memandangnya kosong. "Kalau kau penat kau rehat lah dulu. Dah makan? Hyung rasa dari semalam kau tak makan. Pagi tadi pun kau tak breakfast, kenapa ni? "
Aku mendiamkan diri. Aku tak tahu apa nak cakap. Perlu ke aku ceritakan pada dia? Aku taknak bebankan diorang.
Kalau aku bagitahu Taehyung nanti mesti Namjoon dan yang lain pun akan tahu. Comeback dah dekat. Tak lebih dari seminggu pun.
"Tak ada apa lah, hyung. Jungkook nak keluar sekejap, " aku menepuk bahunya lalu keluar dari bilik.
Jaket dan kasut Jordan aku disarung. Langkah aku diatur ke satu tempat yang semestinya tak ramai orang datang tengah hari rembang ni, perpustakaan.
Sampai sahaja di perpustakaan aku tengok kebanyakan tempat duduk masih kosong. Hanya tiga atau empat orang sahaja di dalamnya. Logiknya perpustakaan ni kecil, tak seperti perpustakaan lagi satu, yang baru dibuka. Mesti orang ramai pergi sana. Bagus.
"Bangunlah IM NAHEE! " aku memandang ke arah suara itu dan kelihatan seorang gadis sedang bercekak pinggang dan seorang lagi sedang mengangkat mukanya dengan rambut yang serabai... "Budak air liur meleleh? "
XxXxXxXxXxXxX
Im Nahee
Aku meramas rambut aku. Ugh! Penat aku study daripada tadi tak masuk-masuk! Mungkin aku perlu tidur sekejap.
"Oit, Nahee, "
"Lima minitlah Seohyun... "
"Bangun lah IM NAHEE! " aku mengangkat muka dengan malas. Aku dapat rasa yang orang lain di perpustakaan ni sedang memerhatikan kami. Ah, lantak!
"Fine, aku bangun!" Aku duduk tegak sambil tangan aku dilipatkan di hadapan flat chest aku. Untung flat. Takde lah lelaki kejar sana sini- kno.
Aku bangun dari tempat duduk yang sempit ni. mana tak nya, perpustakaan ni kecil je. Jadi tempat duduk pun sempit, sebab banyak ruang untuk rak buku je.
Sebaik sahaja aku ingin melangkah ke rak buku, aku nampak Jungkook sedang menyelak beberapa helai buku di rak berdekatan. Oh no.
Tak, kalau aku senyap je mesti dia tak perasan. Apa dia buat kat sini wei? Dia kan dah nak comeback minggu depan? Aahhhhh help!!
Relax, Nahee. Relax. RELAX! Dia bukan bodoh nak main serang kau ke apa, nanti kantoi lah dia. Kan kankan? Muahahaha!
Aku tersengih seorang diri di sebalik rak sambil menepuk nampar dinding. Kau terselamat punyalah, Nahee. Takut jugak sebab- Jeongha kata, dah kantoi pasal aku tipu dia dekat twitter pasal gambar tu,ahaha-
"Hoi, kau" aku tersentak apabila bahu aku dipegang oleh seseorang- aku bukan nak kata itu suara Jungkook, tapi ya memang Jungkook pun!
XxXxXxXxXxXxX
Hwarang dah nak habis guys-
BTS dah nak comeback guys-
Aku busy guys- sori susah nak update sekarang ni. Thanks sudi baca sampai dah 2K views dah ni, and thanks vote. Saranghaaeeess~ 😘
YOU ARE READING
direct mention
Fanfiction"kenapa BTS follow account makhluk ni?" adakah mikrofon dan teleskop dapat bersatu? #onhold