Satu sengihan sinis dihadiahkan buat Syakeef yang sedang berjalan masuk ke dalam kelas melalui pintu belakang selepas menghilang beberapa lama bersama pelajar lelaki yang lain. Memang sengaja pun dia menunggu lelaki itu di pintu belakang kelas. Ada 'hajat' yang hendak dia sampaikan.
"Apa hal?" soal Syakeef apabila dia terpandangkan Syazrina.
"Kau pergi minta maaf kat Cikgu Saleha ya?" tebak Syazrina. Lelaki itu dipadang atas dan bawah.
"Aku pergi jumpa Cikgu Saleha? Buat apa?" Syakeef buat muka selamba badak.
Huh! Syazrina berdengus.
"Tak nak mengaku konon. Tadi, aku dah sekodeng kau dengan yang lain-lain merayu-rayu dengan cikgu Saleha, takut tak ada zuriat." Terus terhambur tawa Syazrina di akhir ejekannya.
"Kau kurang ajar, kan? Kau nak makan penumbuk aku ke?" Penumbuknya didekatkan ke muka Syazrina.
Syazrina berhenti ketawa. Cepat-cepat dia menjauhkan muka daripada penumbuk Syakeef. Besar tu. Kalau kena, memang lebam biji mata.
Lelaki itu malas hendak melayan Syazrina lagi. Baru hendak melangkah masuk ke dalam kelas...
"Wei, Syak," panggil Syazrina.
"Apa hal?" sahut Syakeef, kasar.
"Aku rasalah, lebih baik tau kalau kau tak ada zuriat. Aku takut, nanti keluar semua perangai macam kau. Boleh huru-hara dunia, tahu?" Tawanya terhambur lagi.
Nak tahan, tapi tak boleh. Maco-maco lelaki itu, boleh pula pergi minta maaf kat Cikgu Saleha pasal takut tak dapat zuriat. Ini kelakar. Adeh.
"Memang makan penampar juga kau ni, kang!" Syakeef mula mendekatkan diri ke arah Syazrina yang sudah agak menjauh. Memang dia geram gila dengan usikan perempuan itu.
Syazrina makin melebar langkah, cepat-cepat menjauh daripada lelaki itu. Sambil-sambil menjelir lidah, dia buat muka jelik. Biar lelaki itu makin sakit hati. Padan muka kau! Puas hati aku. Hahaha.
# # # # # #
"Hei, khusyuk nampak?" tegur Nora apabila melihat kawan baiknya itu sedari tadi asyik menghadap komputer. Asyik sungguh sampai tak perasan orang di sebelah kiri dan kanan.
Syazrina sekadar tersengih.
"Kau chat dengan siapa? Macam best aje," soal Nora ingin tahu.
Syazrina mengarahkan perhatian kepada Nora, bersedia untik menceritakan sesuatu kepada sahabatnya itu. "Sebenarnya, ada seorang mamat ni..."
"Mamat? Fuyoo," pintas Syazrina, teruja sungguh kelihatannya.
"Nama dia, jejaka jerung," beritahu Syazrina, sambil tersengih malu.
"Woo. Jejaka jerung pula. Macam mana orangnya? Handsome ke?" Nora yang bukan main teruja terus menjengul kepala ke skrin komputer Syazrina.
Cepat-cepat Syazrina menutup skrin komputer dengan kedua-dua tangan. "Jangan kacaulah."
"Yalah, yalah. Mentang-mentang dah chat dengan jejaka jerung. Terus lupa kawan. Tak apa." Nora buat-buat merajuk.
"Cis! Bila pula aku lupa kau," sangkal Syazrina.
Kini, fokusnya kembali kepada skrin komputer. Ligat tangannya menaip di papan kekunci sambil bibirnya tersengih sendiri.
Nora mencebik. Dia kembali menghadap komputer sendiri, membiarkan Syazrina dengan dunia mayanya. Kerana dia juga ada 'mamat' yang hendak dilayan.
bawang_merah: Eh. Tak adalah sibuk. Ada hal tadi.
YOU ARE READING
Isteri Mr. Troublemaker
RomanceTAJUK: ISTERI MR. TROUBLEMAKER PENULIS: ZANY EZATIE ISBN: 978-967-365-270-9 HARGA: RM27.00 / RM30.00 UNTUK MELANGGAN WHATSAPP 0196128069 (PENERBITAN FAJAR PAKEER) Kisah dua hati yang pada awalnya saling membenci. Syakeef si Troublemaker yang asyik m...