BAB 5

1.6K 44 0
                                    

Nora dan Syazrina berjalan beriringan menuju ke kafeteria.

"Wei, macam mana dengan mamat jerung tu? Okey ke?" Nora cuba korek rahsia.

Syazrina angkat kening.

"Okey. Aku rasa aku dah syoklah kat dia," akui Syazrina sambil merenyeh nampak gigi.

"Serius?" Nora macam biasa terlebih teruja.

Syazrina tertawa kecil. Kelakar tengok riak muka Nora. "Entahlah. Kawan kat alam maya ni bukan boleh percaya sangat. Aku pun banyak tipu dia. Entah-entah dia pun penipu juga. Tapi, bestlah kawan dengan dia. Nampak macam matang, sweet, comel dan sebagainya."

"Fuyoo. Sweet. Tak apa, teruskan. Hei, dia tak ajak jumpa ke?" Nora angkat kening.

"Ada. Tapi, tak naklah aku jumpa. Entah-entah gemuk, buncit. Pastu gengster pula. Eee, takutnya." Tubuh Syazrina menggeletik ketakutan.

"Amboi, memilih betul kau ya. Ke, kau tak boleh lupa dengan si Syakeef tu lagi?" usik Nora sambil menyiku lengan Syazrina.

Syazrina buat muka loya. "Syakeef? Eee. Blahlah."

"Hoi, mengumpat aku ke?"

Sergahan dari belakang menyebabkan mereka berkalih ke belakang.

Syakeef merenyeh lebar.

"Hai," sapanya mesra, siap mengangkat tangan.

Syazrina mencebik meluat. Ada sahaja dia ni kat mana-mana. Menyampah betul, gerutunya dalam hati.

"Minah, sinilah," panggil Syakeef dengan muka baik gila-gila.

"Siapa Minah?" Syazrina angkat kepala. Riak wajahnya garang tak kira.

Syakeef pegang belakang kepala. Garang betul minah senget ni. "Syaz, sini kejap."

"Ooo. Kau tahu nama aku? Aku ingat selama ni kau tak tahu nama aku siapa. Sebab tu kau asyik panggil aku Minah," sembur Syazrina masih tak menghiraukan panggilan lelaki itu.

"Wei, wei. Kau orang nak gaduh, gaduhlah ya. Aku lapar ni, nak makan. Bye." Nora terus angkat kaki. Tak kuasa nak melayan pergaduhan anjing dan kucing ini.

Syazrina juga hendak membuntuti langkah Nora tetapi Syakeef lebih pantas bertindak. Lengan baju sekolah Syazrina ditarik.

Syazrina terkejut dengan tindakan Syakeef. "Apa pegang-pegang? Repot cikgu kang."

Syazrina menarik tangannya semula. Mukanya merah menyala menahan bengang di hati.

"Suka hati tok nek kau nak pegang-pegang orang," bentak Syazrina sambil mengibas-ngibas lengan baju sekolah.

Syakeef mengangkat kedua-dua tangan tanda memohon maaf atas keterlanjuran tindakannya. "Sorrylah, Syaz. Aku tak sengaja."

"Jomlah pergi depan tu kejap. Aku ada hal nak cakap," ajak Syakeef buat sekian kalinya.

# # # # # #

"Nak apa?" soal Syazrina acuh tak acuh sambil fokusnya tertala pada pokok-pokok bunga di taman sains sekolah.

Eh, marah, tapi sempat pula ajak dating kat taman bunga. Aduh, apa nak jadi dengan kau ni Syaz?

"Kau lupa janji er? Hari ni kan kau janji nak bagi aku nombor telefon Nora," ungkit Syakeef.

"Ingat. Saja buat tak ingat," respons Syazrina tanpa perasaan.

Syakeef menghela nafas panjang. Kalau ikutkan hati, memang lunyai mulut minah ni aku kerjakan. Nasib baik aku nak sesuatu daripada dia. Sabar Syakeef, sabar.

Isteri Mr. TroublemakerWhere stories live. Discover now