BAB 12

2.3K 57 18
                                    

"Kita kat mana pula ni?" Syazrina memandang sekeliling tempat mereka berada sekarang.

"Okey. Sekarang kita kat Lotte World Theme Park. Sebuah taman tema terkemuka kat Seoul. Kat sini ada macam-macam game. Outdoor, indoor. Kau boleh main apa sahaja kau nak," terang Syakeef.

Kali ini lebih terperinci daripada semalam. Sebabnya dia sudah mencari maklumat tentang Lotte World Theme Park semalaman.

"Main tu? Benda-benda mengerikan tu? Memang taklah." Syazrina telan air liur melihat permainan-permainan yang padanya sangat mengerikan. Daripada roller-coaster yang berselirat ke buaian yang memeningkan. Buat kepala Syazrina berpusing 360º.

"Kau takut ke?" ejek Syakeef, sengaja.

"Ha'ah, aku takut. Tak nak main," akui Syazrina tak termakan ejekan tersebut.

"Roller-coaster, jom?" Syakeef memang tak kenal putus asa.

Syazrina menjegil mata. "Tak nak!"

"Jomlah. Kau nak takut apa? Aku kan ada kat sebelah kau." Syakeef angkat kening. Sambil-sambil lirik matanya menunjuk ke arah permainan roller-coaster tersebut.

"Kau ni memang tak faham er? Tak nak! Tak nak!" bentak Syazrina dengan suara yang meninggi.

"Okey. Sekarang macam ni. Kita bertaruh. Kalau kau kalah kita naik. Kalau kau menang, aku sanggup buat apa sahaja untuk kau. Macam mana?" Syakeef masih memancing Syazrina.

Syazrina gigit bibir. Hati mula dicuit teringin nak kenakan Syakeef. Tapi, naik roller-coaster? Tidak!

"Tak nak ke? Ke takut kalah?" Syakeef makin menjadi-jadi mengumpan Syazrina.

"Takut kalah dengan kau? Memang taklah. Nak bertaruh permainan apa?" Akhirnya, jerat mengena.

"Singkong. Boleh? Tiga kali main." Syakeef angkat kening.

"Okey. Keluarkan syiling. Ingat aku takut."

# # # # #

Kepala Syazrina terasa berpinar. Ni baru duduk kat atas tempat daftar, belum masuk roller-coaster. Ah! Bebal! Bebal! Kenapa boleh kalah dengan mamat poyo ni? Syazrina menjeling Syakeef yang dah terkinja-kinja tak sabar nak masuk.

"Jomlah," ajak Syakeef dengan senyuman yang mak oi, melebar sampai ke telinga.

Dengan langkah berat, Syazrina ikut. Dia menurut sahaja bila petugas keselamatan memakaikan tali keselamatan untuknya.

Perlahan-lahan roller-coaster itu bergerak. Makin lama makin tinggi, makin tinggi dan tinggi.

"Good luck, Syaz!" Dan roller-coaster itu terus menjunam jatuh ke bawah.

"Arghhh!" Syazrina menjerit kuat.

Terasa melayang-layang tubuh dengan kelajuan roller-coaster tersebut. Tinggi, kemudian menjunam. Menjunam lagi. Laju. Mak. Takut!

# # # # #

Dengan muka masam mencuka Syazrina menggosok-gosok tangan yang terasa sudah membeku, biarpun sudah berbalut sarung tangan tebal. Sejuknya suhu di Seoul ketika ini hampir mencecah 3º selsius. Hampir-hampir dia membeku jadi orang salji menunggu Syakeef di bangku ini.

"Hei," tegur Syakeef bersama secawan kopi di tangan.

Syazrina memalingkan wajah. Tak kuasa nak melayan 'kebaikan' Syakeef yang tiba-tiba. Bengangnya masih terasa. Ada ke patut ajak dia main roller-coaster. Syakeef tahu kan dia takut tinggi. Saja nak cari pasal.

Isteri Mr. TroublemakerWhere stories live. Discover now