BAB 9

1.6K 46 0
                                    

Syazrina termangu macam orang bodoh. Dia melihat sekeliling Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon yang baru dijejak kaki buat kali pertama. Besarnya. Mana arah nak pergi ni? Nak ke kiri terasa salah jalan. Nak ke depan, takut sesat. Ah, pusing!

"Cik Seo Yeon? Mana nak cari ni?" Keningnya berkerut seribu. Mata melingas macam rusa masuk kampung. Di tempat asing ini satu apa pun dia tidak tahu. Kenal orang pun tidak.

Sambil-sambil Syazrina terjenguk-jenguk melihat gelagat daripada pelbagai jenis orang di situ. Ada yang sedang memeluk pasangan apabila bertemu. Ada yang bercium... Cium? Eeukkk. Macamlah tak boleh nak bercium kat tempat lain. Kepala digeleng jelik.

Syazrina mencari-cari orang yang boleh dijadikan mangsa untuk dijadikan kaunter pertanyaan, sekali gus membantunya mencari Cik Seo Yeon, pemandu pelancongnya sepanjang berada di sini. Sambil-sambil dia berdoa, ada orang Malaysia yang tersesat di sini macam dia. Seorang pun tak apa. Please!

"Aisy. Tak ada pula orang Malaysia. Muka mat salih aje semua." Syazrina menggigit bibir. Dia makin tak betah berdiri.

Fon di tangan dihentak ke kepala. "Ouch. Sakitlah. Buat perangai betullah kau ni."

Amarah dilepaskan pada telefon pintar yang entah kenapa hari ini nak buat perangai. Nak on tak boleh. Eee. Geramnya. Kalau tak boleh on, macam mana nak telefon Cik Seo Yeon tu? Pihak agensi pelancongan pun tak boleh nak berhubung. Sekarang macam mana?

Bersama helaan nafas yang berbaur penat dan lapar, Syazrina mendekati kerusi panjang di hujung tiang berdepan dengannya. Bagasi diletak ke tepi lalu dia melabuhkan punggung.

Tak tahu nak buat apa, Syazrina ternganga melihat sekeliling lapangan terbang entah ke berapa kali. Tiba-tiba dia sebik. Sedih sendiri dengan keadaan diri di tempat orang. Tak ada sesiapa nak bergantung harap. Air mata yang mengalir disapu dengan hujung tudung bawal warna ungu muda.

"Kenapa awak menangis?"

Sapaan daripada bahasa yang dapat dikenal pasti menyentakkan kesedihan Syazrina. Dia menoleh memandang seseorang di sebelah. Seorang lelaki. Syazrina mengesat sisa air mata yang mengalir di pipi.

"Awak orang Malaysia?" Teragak-agak dia bertanya.

"Ya. Saya orang Malaysia," akui lelaki itu sambil menjenguk kepala ke wajah sugul Syazrina.

Syazrina cepat-cepat memeluk erat beg sandang. Bagasi di sebelah ditarik ke tepi paha. Dia rasa ada yang tak kena sahaja dengan lelaki ni. Tiba-tiba tegur aku. Kenapa?

"Awak bukan penculik, kan? Awak bukan sindiket pemerdagangan orang, kan?" soal Syazrina berbaur curiga.

Lelaki itu tergelak kecil. Dia melibas tangan kanannya. "Mana ada. Saya bukan penculik. Apa lagi sindiket pemerdagangan orang. Saya nampak awak kat sini dari tadi. Menangis. Jadi, saya terasa nak tegur. Salah ke?"

Syazrina mengecilkan anak mata memandang lelaki itu atas dan bawah. Masih ada bibit-bibit rasa curiga terhadap lelaki itu.

"Betul. Saya orang baik-baik. Jangan risau." Lelaki itu menghulur senyum lebar. "Saya Farizuan. Awak boleh panggil saya Ari. Awak?"

"Saya... Syazrina." Teragak-agak, Syazrina masih memperkenalkan diri.

"Ah. Syazrina. Saya Ari, awak Arina. Ari, Arina." Lelaki itu ketawa lagi, menonjolkan lesung pipit di kedua-dua pipi.

Syazrina mencebik pelik. Dia ni macam orang kenal dia lama pula nak gurau macam tu. Psiko apa mamat ni?

"Awak tak jawab soalan saya lagi. Kenapa awak menangis?" soal Farizuan.

Isteri Mr. TroublemakerWhere stories live. Discover now