Daniel risau . Dia risaukan adik kesayangannya Dian . Di sekolah lamanya , Dian tiada seorang kawan pun kerana dia selalu memarahi rakan - rakan Dian . Dian cantik dan Daniel takut ada yang berkawan dengan Dian hanya kerana paras rupanya sahaja . Dian tidak pernah sedar dengan kecantikan yang dia ada.
Daniel melihat jadual kelas yang dia perlu masuk . Di jadual itu tertulis , Matematik , 2 Amanah . Itu kelas adiknya!Daniel berasa amat teruja apabila dia mendapati dia akan mengajar kelas adiknya .
"Baik aku ke sana sekarang , nanti lambat pula ,"Daniel pun bergerak ke kelas 2 Amanah.Daniel sampai di kelas 2 Amanah . Dia melihat Dian sedang menulis sesuatu di atas kertas . Daniel masuk ke dalam kelas 2 Amanah .
"Semua bangun!Selamat pagi , cikgu !,"kata Aliff , ketua kelas 2 Amanah .
Semua pelajar kelas 2 Amanah bangun dan mengucapkan selamat pagi kepada Daniel . Daniel membenarkan semua pelajar duduk .
"Nama saya Daniel Haziq Bin Ahmad . Kamu boleh panggil saya Cikgu Daniel . Sebelum memulakan kelas saya nak kamu semua perkenalkan diri kamu , boleh?,"tanya Daniel .
Semua pelajar bersetuju dengan Daniel . Dimulakan dengan Aliff yang duduk di bahagian paling hadapan dan paling hujung di dalam kelas .
"Saya Muhammad Aliff Bin Mohd Azmi . Boleh panggil saya Aliff . Saya ketua kelas ini ,"kata Aliff , memperkenalkan diri . Aliff seorang lelaki berkaca mata dengan ketinggian sederhana dan mempunyai kulit kuning langsat . Nampak macam nerd . Rambutnya hitam keperang - perangan dan dipotong gaya fade .
Sampai giliran seorang lelaki berambut light blonde dan dipotong short back and sides , sangat menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya . Matanya berwarna kelabu juga menarik perhatian Daniel . Lelaki itu memperkenalkan dirinya , "Nama saya Michael Lee , boleh panggil saya Michael . Saya half Russian half Chinese ,"menjawab persoalan di minda Daniel .
Tiba giliran Wiliam . "Saya Johan Wiliam Bin John Wiliam . Boleh panggil Wiliam sahaja . Saya half Chinese half American ."
Selepas beberapa pelajar lain , akhirnya sampai giliran Azrul . Azrul berdiri untuk memperkenalkan diri ."Saya Muhammad Azrul Hakim Bin Mohd Firdaus . Panggil saya Arul je ,"kata Azrul .
Akhir sekali giliran Dian . "Sa-saya Di-dian . Se-sela-mat ber-kena-lan ,"Dian berdebar dan suaranya terketar-ketar . Dia takut . Dian duduk secepat mungkin .
Daniel hanya menggelengkan kepala melihat adik kesayangannya .
YOU ARE READING
Bila Nerd Seorang Jelita (D's #1)
Teen Fiction(siri 1) Aku seorang nerd. hari ini hari pertama aku di sekolah baharu . masa aku berjalan di koridor semua orang tengok aku . aku pelik sangat ke sampai semua orang tengok aku ? Dian seorang pelajar yang baru berpindah di sekolah menengah itu...