Aku melihat Michael . Rambutnya sangat menarik perhatianku . Tiba - tiba Michael berpaling ke arahku . Dia mengenyitkan matanya kepada aku secara tiba - tiba . Aku terkejut . Apa maksud dia ? Dia kenyit mata kat aku ke ?
Aku berpaling ke belakang , aku nampak Azrul merenung aku . Tanpa aku sedari aku merenung mata coklat miliknya . Ah , kenapalah kau ni comel sangat Azrul ! Aku melarikan pandangan mataku ke hadapan dan terpandang Wiliam .
Wiliam memandangku tidak berkelip . Apa aku nak buat ? Aku bangun dari tempat dudukku dan terlihat Aliff yang sedang berada di meja guru . Dia sedang cuba mengangkat buku log yang sangat banyak , sebanyak 30 biji sama jumlah dengan pelajar kelas ini .
"Boleh Dian tolong ?,"aku bertanya . Aliff yang dari tadi cuba mengangkat buku - buku log itu hanya mengangguk sahaja . Dia memang tak mampu angkat buku log itu seorang diri . Aliff ini budak baik dan bijak namun dia mempunyai badan yang sederhana dan tidak sekuat Azrul dan kawan - kawan lelakinya yang besar dan tinggi macam galah itu . Dahlah tinggi , kuat pula itu .
Aku mengambil sebahagian daripada timbunan buku log itu . Aku berjalan beriringan dengan Aliff . Aliff menyusun buku log di tangannya dan menyuruh aku berjalan ke bilik guru dahulu .
Aku meneruskan perjalanan aku ke bilik guru . Aliff sekarang sudah berada di belakang ku . Aku berjalan di koridor . Semua orang memandangku tidak berkelip . Kenapa ? Aku ini pelik sangat ke ? Ke cermin mata aku nak tercabut ? Atau sebab apa ?
Aku memusingkan kepalaku menghadap Aliff untuk bertanya kepada dia tentang orang yang melihat aku macam nak terkam aku . "Aliff...,"percakapan aku terhenti apabila Aliff turut memandangku tidak berkelip .
"Aliff!Aliff!Kenapa dengan Aliff ni ? Kenapa Alif tengok Dian macam itu?Kenapa semua orang tengok Dian macam itu ?,"tanyaku kehairanan dengan perlakuan mereka disekelilingku .
"Aliff minta maaf, Dian . Jom , kita pergi hantar buku ini ke bilik guru ,"Aliff berjalan laju meninggalkan aku kehairanan .
Kenapa?Aku bingung . Cepat - cepat aku menyusuri koridor dan menyamakan langkahku dengan langkah Aliff .
YOU ARE READING
Bila Nerd Seorang Jelita (D's #1)
Roman pour Adolescents(siri 1) Aku seorang nerd. hari ini hari pertama aku di sekolah baharu . masa aku berjalan di koridor semua orang tengok aku . aku pelik sangat ke sampai semua orang tengok aku ? Dian seorang pelajar yang baru berpindah di sekolah menengah itu...