Bab 1

18.7K 795 4
                                    


Aku berjalan di koridor sekolah , mencari kelas yang telah ditetapkan kepadaku . Sekolah ini besar dan aku berada di aras 3 , blok pantai . Itu apa yang cikgu cakap . Kelas aku , kelas 2 Amanah , aras 3 , blok pantai dan aku di blok yang betul dan aras yang betul .

Aku malu nak bertanya . Dahlah aku ni jenis pendiam dan tak suka bercakap , tapi bak kata perpatah malu bertanya , sesat jalan . Tiba - tiba , seorang lelaki berbual bersama - sama rakan - rakannya di tepi koridor .

"Awak , tumpang tanya , kelas 2 Amanah kat mana ?, " aku bertanya kepada budak lelaki yang aku fikir mungkin sebaya denganku .

Dia memandangku tidak berkelip . Bagaikan sedang melihat sesuatu benda asing . Aku tak tahu nak buat apa . Tanganku dilambai di hadapan mata lelaki itu .

"Awak , saya tanya ni,"bagai tersedar dari lamunan , lelaki itu segera mengosok matanya . Mungkin agak sakit kerana terbuka terlalu lama .

"Kelas 2 Amanah? Itu yang kat hujung koridor itu ,"lelaki itu menunjukkan aku Kelas 2 Amanah.

"Terima kasih ," aku mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu .

"Kasih diterima ,"lelaki itu mengenyitkan matanya kepadaku . What the?Lelaki gatal !Kepada hari pertama sekolah aku dah berjumpa dengan orang macam tu . Whatever.

Aku masuk ke kelas . Masa aku masuk ke kelas , semua orang tengok aku macam nak telan aku. Kenapa pelik sangat ke cara aku pakai tudung ? Ke cermin mata aku terbalik ? Semuanya tak .

"Assalammualaikum ," aku memberi salam kepada semua penghuni kelas itu . Tiba - tiba bunyi bisik - berbisik kedengaran . Kadang - kadang mereka menjeling ke arah ku . Aku takut .

Tiba - tiba lelaki yang aku tanya tadi datang . Dia senyum ke arah ku . "Budak baru , jomlah masuk . duduk terjegak kat pintu itu buat apa ,"dia menarik beg sandangku . Aku cuma mengikut sahaja langkahnya sehingga ke hujung kelas .

"Tempat sebelah aku ni kosong . Duduklah ,"dia menunjukkan meja di sebelah tingkap , bersebelah mejanya . Jarak antara meja dengan meja yang lain hanya sehasta , taklah jauh mana.

Aku duduk di kerusi yang disediakan . Tempatku betul - betul bersebelahan lelaki tak apa nama ntah . Depan aku pun lelaki . Hish ,tak senang duduk pula rasanya .

"Hei , kau! Nama kau apa ?,"lelaki sebelah aku itu tanya nama aku dengan nada yang kasar. Alah biasalah , lelaki memang macam itu .

"Dian ,"aku membalas sepatah.

"Hai , aku Azrul ,"dia memberi tahu namanya kepadaku .Azrul ? boleh tahan kacak jugak lah . Dialah orang pertama yang aku kenal ...

Bila Nerd Seorang Jelita (D's #1)Where stories live. Discover now