Orked masuk ke dalam rumah dengan marah . "Abang!!!,"dipanggil abangnya dengan kuat sekali .
"Kenapa?,"Luqfi tergesa - gesa mendapatkan adiknya .
"Abang cari pasal dengan Azrul lagi ke ?Kenapa? ,"tanya Orked . Lepas sekolah tadi dia ke rumah kawannya untuk belajar bersama tapi selepas mendapat berita yang abangnya bergaduh dengan Azrul , dia terus balik .
"Tak sebenarnya abang suka dekat Si Dian tu jadi abang luahkanlah perasan abang kat dia tapi Si Azrul tu menyibuk . Abang marahlah dia sebab kata abang playboy padahal dia tu siap tampar lagi adik ,"kata Luqfi panjang lebar .
"Abang , kan adik dah cakap jangan ungkit lagi benda tu . Lagipun ia tak elok untuk maruah abang sebagai ketua pengawas ,"kata Orked . Dia takut maruah abangnya tersayang tercemar kerana dirinya .
"Tapi abang betul - betul sukakkan Dian tapi abang tahu dia akan tolak abang sebab dia suka orang lain ,"kata Luqfi , pasrah dengan takdir .
"Mana abang tahu dia suka orang lain? ,"tanya Orked dengan perasaan ingin tahu .
"Sebab itu jawapannya pada abang ..."
-flashback-
"Maaf sebab bertengking dan cakap macam awak perempuan takde maruah . Tapi saya memang sukakan awak Dian ,"kata Luqfi kepada Dian . Tadi dia ternampak Dian seorang diri duduk di tempat menunggu jadi dia mengambil kesempatan untuk meminta maaf dan sekali lagi meluahkan perasaannya kepada Dian .
"Biar saya sambung jawapan saya tadi , sebenarnya saya minat orang lain dan lagi satu saya tak suka bercouple ,"kata Dian dengan lembut menolak perasaan Luqfi .
"Saya tahu awak akan tolak perasaan saya cuma saya ingin luahkan perasaan saya sebab bulan depan saya dah SPM . Saya harap awak boleh tolong doakan kejayaan saya ,"kata Luqfi lalu menaiki keretanya untuk pulang ke rumah .
-end of flashback-
"Kesiannya . Kak Dian minat orang lain , tapi memang betul yang Kak Dian tu baik orangnya . Dia bukan perampas tapi Azrul tu yang bodoh . Kenapalah adik pergi tampar dia kat mall hari tu ? Nasib baik adik dah minta maaf . Adik rasa bersalah sangat dekat dia ,"kata Orked menyesali perbuatannya dahulu .
Orked sebenarnya budak yang baik namun hari tu dia sangat geram apabila lelaki yang dia amat sayang tinggalkan dia . Sangat menyedihkan .
"Takpe . Mesti dia faham perasaan adik masa tu , adik tak boleh mengawal perasaan adik sebab jantan tu . Takpe adik , Abang ada ,"kata Luqfi dengan senyuman .
Di satu kedai coklat
"Selamat datang . Encik nak apa ?,"tanya jurujual di kaunter kepada pemuda yang berusia belasan tahun itu .
"Saya nak beli coklat untuk kekasih saya . Apa yang orang selalu beli , ya ?,"tanya pemuda itu kepada jurujual .
"Selalunya orang beli yang ada hiasan macam ni atau coklat favorite . Jadi encik nak yang mana satu ?,"jurujual itu menunjukkan coklat yang dibalut dengan reben .
Mata pemuda itu jatuh kepada coklat yang diletakkan di dalam bekas berbentuk hati yang dipegang oleh patung beruang berwarna putih .
'Comel macam Dian,'detik hati pemuda itu .
"Bagi saya yang ini satu ,"kata pemuda itu .
YOU ARE READING
Bila Nerd Seorang Jelita (D's #1)
Teen Fiction(siri 1) Aku seorang nerd. hari ini hari pertama aku di sekolah baharu . masa aku berjalan di koridor semua orang tengok aku . aku pelik sangat ke sampai semua orang tengok aku ? Dian seorang pelajar yang baru berpindah di sekolah menengah itu...