Wiliam duduk seorang diri di dalam biliknya . Dia melihat gambarnya bersama dengan Azrul . Gambar itu diambil semasa umur mereka darjah satu . Rindunya pada zaman kanak - kanak yang telah berlalu . Kini mereka berdua telah menjadi remaja .
Wiliam teringat pula kenangan lamanya bersama Azrul dan kenapa dia dipanggil Wiliam bukan Johan , nama pertamanya .
Flashback , 7 tahun lalu...
"Johan , my dear . Jangan nakal - nakal tau . Dengar cakap cikgu , cari kawan bukan lawan ," pesan Puan Ayu kepada anaknya , Johan Wiliam . Anaknya hanya mengganguk sambil tersenyum mesra . Tangan ibunya disalam .
Puan Ayu ni cina tapi ibubapa dia meninggal masa dia bayi jadi dia dijadikan anak angkat sebuah keluarga muslim melayu . Jadi walaupun cina , dia lebih fasih bertutur bahasa melayu . Dia juga beragama islam sejak kecil .
Wiliam duduk disebelah seorang budak lelaki yang amat comel . Amat comel sehinggakan Wiliam pandangnya tak berkelip .
"Oi mata biru , nama awak apa?,"tanya budak comel itu .
"Nama saya Muhammmad Azrul-,"baru budak comel itu mahu bercakap , Wiliam telah mencubit pipinya .
"Aderol ? Apapun comelnya awak ni!,"Wiliam masih mencubit pipi Azrul . (Wiliam sebenarnya pelat huruf 'z')
"Awak pelat ke ? Kalau macam tu panggil Arul jelah . ,"kata Azrul bila namanya disebut pelik .
"Saya Johan Wiliam . Panggil je Johan sebab Wiliam nama mat salleh ,"Wiliam memperkenalkan diri
"Jowan ,"sebut Azrul .( Pelat Azrul lagi teruk sebab dia pelat 'h')
"Takpe lah kalau macam tu panggil jelah Wiliam ,"kata Wiliam sedih . Kenapa ?! Kenapa Azrul , kawan pertama dia pelat 'h'?!
End of flashback
"Johan ! Turun makan !,"panggil Puan Ayu . Wiliam tersedar dari lamunannya . Bingkai gambar yang dia pegang diletakkan kembali ke tempatnya . Dia terus keluar dari bilik dan turun ke ruang makan .
Kelihatan Encik John juga turut berada di meja makan itu begitu juga kakak - kakaknya . "Hai , walid . Hai , kak Hana , kak Hani ,"tegur Wiliam .
"Kamu buat apa kat atas lama sangat ? Walid risau tau , ingat kamu dah pengsan ,"kata Encik John .
Encik John Wiliam, seorang mualaf yang merantau serata dunia untuk menimba ilmu tentang islam . Sehinggalah dia telah bertemu dengan Ayu di sebuah sekolah pondok di Malaysia kemudian jatuh cinta lalu berkahwin dengan Ayu . Ibu bapa Encik John ialah orang Amerika dan jenis yang bertolak ansur . Mereka tak kisah anak mereka ingin masuk islam dan setiap tahun Encik John dan keluarga akan melawat mereka .
"Adik telefon awek lah tu ,"kata Johana .
"Tak pun pakwe dia , Si Arul tu,"kata Johani pula . Di kata adiknya gay?!
Johana Wiliam dan Johani Wiliam , kakak kembar kepada Johan Wiliam . Kembar seiras , perangai pun serupa dan mereka tak boleh dipisahkan cuma biasalah seorang kasar , seorang lembut . Kedua - dua mereka pelajar tingkatan 5 di sekolah Wiliam .
"Senyaplah kak . Kak Hani ingat adik ni gay ? Tak kuasalah ,"kata Wiliam .
Mereka sekeluarga pun menjamu selera . Tiba - tiba , Wiliam mendapat mesej ,
Arul :Kau tahukan pasal plan tu?
Wiliam : Aku tahu ..
Arul : Good!Aku call kau nanti ..
Selepas makan dan solat isyak , Wiliam berbaring atas katilnya . Tiba - tiba bffnya call ,
"Assalamualaikum ,"Wiliam memberi salam .
"Waalaikumusalam ,"jawab Azrul dari hujung talian .
"Pasal plan ke ?,"tanya Wiliam .
"Ya , aku nak kau ajak dia ke sana ,"kata Azrul serious .
"Yes , boss ! Aku tahu kerja aku , kau buat kerja kau ,"kata Wiliam kepada Azrul .
"Yelah , tapi ingat ! Tugas kau tu penting tau ! Tanpa dia , plan kita gagal sebab dialah watak utama dalam cerita kita , faham ?,"kata Azrul tegas .
"Aku faham . By the way , kau dah hafal lagu tu ?, "tanya Wiliam pula .
"Belum . Kau? ,"tanya Azrul dengan gelisah .
"Aku ? Dahlah bro !,"kata Wiliam dengan ketawa kecil .
YOU ARE READING
Bila Nerd Seorang Jelita (D's #1)
Genç Kurgu(siri 1) Aku seorang nerd. hari ini hari pertama aku di sekolah baharu . masa aku berjalan di koridor semua orang tengok aku . aku pelik sangat ke sampai semua orang tengok aku ? Dian seorang pelajar yang baru berpindah di sekolah menengah itu...