Bab 34

8.4K 385 17
                                    

Dian dan Azrul telah turun dari pelamin dan menegur tetamu - tetamu yang ada . Usai melayan beberapa orang tetamu dan kawan - kawan universiti mereka yang lain , Dian dan Azrul berjalan menuju ke satu meja di mana rakan - rakan sekolah menengah mereka sedang duduk . Dian dan Azrul pun menyapa mereka , "Hai , korang".

"Wow , Azrul ! Aku tak sangka akhirnya salah seorang dari kita berjaya tawan hati Dian ,"kata Micheal dengan senyuman .

"Untunglah dia dapat Dian , gadis paling jelita , ayu dan nerd dalam batch kita . Tak sangka dalam ramai - ramai lelaki , dia pilih kau ," kata Aliff walaupun tersenyum namun kekecewaan jelas terlihat di wajahnya .

"Aku gembira yang kawan baik aku ni akhirnya bersama orang yang dia digilakan . Dian , tahu tak yang Azrul ni gilakan awak dari dulu sampai sekarang . Dia ni stalker , harap bff je ,"kata Wiliam .

Dian memandang kawan - kawannya dengan senyuman . Sekarang semua dah ada hala tuju masing - masing . Wiliam telah mengambil kursus kedoktoran di MSU (Management and Science University). Orang kaya , bolehlah . Wiliam memang minat nak jadi doktor sejak kecil .

Micheal pula telah mengambil bidang perakaunan di UUM (Universiti Utara Malaysia) di Kedah. Dia kata nak jadi akauntan . Entahlah , biar dialah . Tapi yang mengejutkan , Micheal nak masuk islam . Alhamdulillah , syukur kepada Yang Esa , Micheal nak masuk islam pada awal bulan depan .

Aliff ? Dia mengambil kursus pergigian di UPM(Universiti Putra Malaysia) . Nak jadi doktor gigilah , kalau tak kenapa nak ambil kursus tu ? Ye tak ? Aliff dah berubah . Dari kurus keding jadi terlebih sado . Dari pendek jadi tinggi macam tiang lampu . Dari nerd jadi hot . Cuma satu je tak berubah lagi , perasaan dia . Dia masih menaruh hati kat Dian tapi mestilah tak diterima . Jelas - jelas Dian cintakan Azrul .

Azrul ? Semakin handsome ! Tinggi dah macam zirafah , 185 cm . Nasiblah Dian tu tinggi , 169 cm . Tapi Azrul tetap macam dulu , perangai tak berubah , prihatin dan baik cuma bukan lagi buaya darat . Azrul mengambil kursus bisnes di MSU (Management and Science University) sama dengan Wiliam cuma kursus yang berbeza . Selepas gradute , dia akan mengambil alih syarikat papanya iaitu M.A.H's Company . Muhammad Azrul Hakim 's Company . Ayah dia guna nama dia untuk buka syarikat tu dulu .

Amalia mengambil bidang yang sama dengan Azrul . Macam Azrul , Amalia ialah anak tunggal yang bakal meneruskan empayar besar milik keluarganya . Adira , ambil bidang kedoktoran sama seperti Wiliam dan untuk pengetahuan korang , mereka bercinta . Walaupun cuba dinafikan , kawan - kawan mereka tahu hubungan mereka berdua . Hahaha . Laura pula ambil law , nak jadi penguam .

Dian pula mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah abang dan kakak iparnya yang turut menjadi guru sekolah menengah . Sebenarnya , ibu bapa Dian juga merupakan guru jadi anak - anak mereka mengikut jejak langkah ibu bapa mereka .

Akhirnya , majlis malam itu tamat . Dian dan Azrul naik ke biliknya di hotel itu . Dalam lif , Dian pun menanyakan satu soalan ,"Kenapa awak jadi Mr . H ?"

"Sebab saya cintakan awak dan ingin bersama awak walaupun apa terjadi ,"Dian terkedu . Akhirnya , Azrul telah meluahkan perasaannya yang tersorok selama enam tahun .

Dian tersenyum . Dia pun berbisik di telinga Azrul .

"I love you , Mr . H ,"kata Dian lalu memakai kaca matanya yang disimpan di dalam bekas .

"I love you too , Miss Nerd yang jelita ,"kata Azrul . Mereka pun tersenyum .

- bila nerd seorang jelita , inilah jadinya -

-tamat-

Bila Nerd Seorang Jelita (D's #1)Where stories live. Discover now