Selepas kejadian di hadapan pintu tadi.Mereka terus tidak bertegur sapa.Malu yang sangat menebal mula menguasai diri masing-masing.
Kalau Tengku Amirul Irsyad berada di dapur Qaseh Nur Wafiyya akan pergi kebiliknya.Dia sangat malu nak bertemu dengan Tengku Amirul Irsyad.
Sejak dari tadi lagi dia berfikir kenapa dia tidak menolak semasa Tengku Amirul Irsyad mencubui dirinya.
Sedang Qaseh Nur Wafiyya termenung tiba-tiba Tengku Amirul Irsyad masuk ke dalam bilik dan duduk di sebelah Qaseh Nur Wafiyya.
Qaseh Nur Wafiyya yang terkejut terus dia bangun dan berdiri tegak.
"Sa...saya nak keluar kejap awak rehatlah"belum sempat Qaseh Nur Wafiyya nak melangkah keluar dari bilik.Terlebih dahulu Tengku Amirul Irsyad memegang lengannya.
"Kenapa ni awak macam mengelak jer dari saya.Ke awak malu tentang kejadian tadi"Tengku Amirul Irsyad sengih nakal.
'Hiss dia nih memang saje je kan nak timbulkan isu tu.Aku dah lah tengah tahan malu ni'
"Ma...mana ade, pe...pendai jer awak ni"Dalih Qaseh Nur Wafiyya.
"Dah tu kenapa gagap"Tanya Tengku Amirul Irsyad yang cuba nak memerangkap isterinya itu.
Qaseh Nur Wafiyya hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.'haduh macam mana nak jawab ni'guman Qaseh Nur Wafiyya di dalam hatinya.
"Dah-dah saya gurau jer meh duduk sini.Saya ade benda nak bagitau awak ni"Kesian pula dia melihat keadaan isterinya itu.Dan membuat keputusan untuk tidak meneruskan niatnya yang ingin mengusik isterinya itu.
Perlahan-lahan Qaseh Nur Wafiyya melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya tapi dalam jarak yang agak jauh.
"Jauhnya duduk, kalau macam tu baik awak duduk dapur saya duduk dalam bilik...kita bincang jauh-jauh gitu...pasti best "sengaja dia memerli isterinya.
"Erkk nak ker, saya bolih jer"Kata Qaseh Nur Wafiyya yang hanya mengikut rentak suaminya itu.
"Hiss dia ni kang cubitkan". Aku main-main dia bersungguh pula. "Mehlah dekat sikit "kata Tengku Amirul Irsyad sambil menepuk-nepuk sebelahnya.
Akhirnya Qaseh Nur Wafiyya mengalah dan duduk di tepi suaminya tapi masih ade jarak.
Tengku Amirul Irsyad pun mengalah."Macam ni lusa hari jadi Tengku Hana sepupu saya.Dia ade buat sambutan di rumahnya dan dia menjemput saya.Jadi saya nak bawa awak pergi sekali ke majlis tu.Awak setuju ke tak "
"Erkk yang mana yer saya tak ingat"
"Ala yang tinggi putih-putih.Rasanye dia ade datang masa masa majlis kawin kita.Dia pakai....baju warna pink.Dan yang penting dia ade dua lubang hidung dan dua biji mata"
Qaseh Nur Wafiyya menjeling suaminya apabila mendengar ayat terakhir suaminya itu."Memanglah ade dua lubang hidung."kata dia geram.
Tengku Amirul Irsyad hanya sengih menayangkan giginya yang putih dan tersusun rapi.
"Tapi saya rasa saya ingat dia".Tapi Qaseh Nur Wafiyya berasa tidak selesa dengan Tengku Hana kerana masa majlis kawin tu.Dia sempat memandang Tengku Hana tapi di dengan balas jelingan oleh Tengku Hana."Saya rasa saya tak pergi kut.Malu lah saya tak biasa lagi dengan dia"Sengaja Qaseh Nur Wafiyya memberi alasan begitu.Takkan nak kutuk sepupu suaminya itu.Buat suaminya mengamuk dia yang nahas.
"Ah awak kena pergi juga tak kira.Dah lah saya nak keluar beli hadiah."Terus kakinya tengku Amirul Irsyad keluar dari bilik tersebut.
'Aiss kalau macam tu baik tak payah tanya'.Guman Qaseh Nur Wafiyya yang geram dengan suaminya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jagakan Sekeping Hati ku
RomantikQaseh Nur Wafiyya dan Tengku Amirul Irsyad disatukan oleh atas permintaan Datin Rosmah. Datin Rosmah ialah merupakan ibu angkat kepada Qaseh Nur Wafiyya . Bagai manakah penerimaan Tengku Amirul Irsyad kepada Qaseh Nur Wafiyya. Bagaimanakah dengan T...