part15

4.3K 92 14
                                        

Di sebabkan ummi nak datang sini hari ni.Qaseh Nur Wafiyya terpaksa pindah bilik duduk sebilik dengan suaminya.Ni nak buat plan ni ceh.

ting tong .

Bunyi loceng kedengaran bergegas Qaseh Nur Wafiyya membuka pintu pagar dengan menggunakan remote automatik.Alhamdulillah sejak kitorang nikah keadaan kesihatan ummi semakin baik.

"Assalamualaikum Wafiyya rindunye ummi dekat kamu" Datin Rosmah meluru kearah Qaseh Nur Wafiyya dan memeluk dengan erat.

"Eh kak Iman pun ade" di salam dan di peluk cium kakak iparnya itu.

"Mestilah ade, tak kan nak suruh ummi drive sorang-sorang pulak ,kamu ni." seloroh Tengku Amani Iman.

Tiba-tiba keluar seorang budak perempuan yang dalam lingkungan 4 tahun dari belakang kereta ummi.Dia berjalan dengan cepat sekali dan menyorok di belakang Tengku Amani Iman.

"Eh Ros  kenapa ni" tanya Tengku Amani Iman kepada anak kawan nya yang merangkap BFF dia.

"Anak sape ni kak comelnye" Qaseh Nur Wafiyya cuba bergerak lebih rapat dengan Rosmaisarah.

"Anak kawan akak dia kena pergi oversea jadi dia minta tolong supaya akak jagakan anaknya." di heret Rosmaisarah yang berada di belakangnya.
"Salam akak cepat " budak kecil lagi comel itu menurut arahan yang di berikan oleh Tengku Amani Iman.

"Alolo comelnye dia geram pulak Wafiyya tengok dia kak" Di cubit perlahan pipi gebu Rosmaisarah

"Kalau comel, cepat-cepat bagi ummi cucu" sampuk ummi tiba-tiba apabila dia dari tadi sekadar memerhati.

"Eh mari lah masuk ummi akak borak di dalamlah penat berdiri pula" cepat-cepat dia tukar topik, mati kata dia apabila umminya sebut pasal cucu.

"Dah nak masuk waktu makan tengah hari dah ni Irsyad tak balik ke Wafiyya" tanya Tengku Amani Iman kepada adik iparnya itu.

"Dia balik, mungkin sekejap lagi kut"

Selepas beberapa jam menunggu ternyata suaminya tidak pulang untuk makan tengah hari di rumah.

"Mummy nak eyyak" kata Rosmaisarah tiba-tiba kepada Tengku Amani Iman

"La nak eyyak eh meh ikut akak kita pergi eyyak" kata Qaseh Nur Wafiyya lembut dan terus di dukung budak kecil tu.

"Tak pe ke Wafiyya? tak menyusahkan kamu ker?" kata Tengku Amani Iman.

"Tak lah , akak dengan ummi pergi naik atas dulu lah...bilik sebelah kiri tu bilik akak dan sebelah bilik akak bilik ummi" dia di khabarkan umminya akan menetap selama 2 hari di rumah mereka.Jadi sempatlah dia membuat persediaan awal.

"Jom Ros sayang " di bawa Rosmaisarah menuju ke tandas.

"Ok dah siap, meh akak bawa Ros naik atas tukar pakaian nak "  Hanya anggukan di berikan oleh budak kecil lagi comel itu kepada Qaseh Nur Wafiyya.

Sesampai di bilik Tengku Amani Iman di lihat Kakaknya itu sedang tidur.Tak sampai pulak hatinya nak kejutkan kakaknya itu.

"Meh kita ambil pakaian dan kita tukar dekat bilik akak nak sayang "

"Ok kak "kali pertama Rosmaisarah mengeluarkan suaranya.Tersenyum Qaseh Nur Wafiyya.

Terus dia membawa Rosmaisarah ke bilik dia dan suaminya.Selesai membuka pakaiannya Rosmaisarah dia membawa anak kecil ini dalam bilik air untuk di mandikan.

"Akak jom lah mandi sekali dengan Ros " ajak Rosmaisarah.

"Erk bolih jugak jom, jap akak nak tukar pakaian dulu " selesai menukar pakaian mereka berdua terus masuk ke dalam bilik mandi untuk mandi.

Jagakan Sekeping Hati kuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang