Kini sudahlah saatnya dimana Qaseh Nur Wafiyya akan dibawa pergi oleh keluaga Datin Rosmah.
Datin Rosmah kini sedang mencari seorang anak angkat perempuan untuk di jadikan penemannya semasa di rumahnye kelak.Sejak kematian suaminye Tengku Mustafa dia rasa sunyi sangat.Kini dia hanya tinggal bertiga di rumahnye dengan anak kembarnya.Sorang Amirul Irsyad yang abang dan Amirul Irham ialah adik..
Datin Rosmah rasa sunyi sebab itulah dia ingin mencari seorang anak angkat perempuan, sekurang-kurangnya adelah juga tempat untuk dio berborak nanti.
💜💗💜
Pong pong.Bunyi sebuah kereta di luar rumah Puan Zarihah.
Qaseh Nur wafiyya yang terdengar bunyi kenderaan yang datang kerumah mereka terus berlari masuk kedalam rumah.Di tinggalkan semua pakaian yang belum dijemurnya itu di dalam bakul tepi ampaian.
" P-puan ade orang datang", kejut Qaseh Nur Wafiyya dengan takut-takut.Dia sebenarnya takut untuk kejutkan mak saudaranya tu.Sebab suatu hari lepas di telah ditampar oleh mak saudaranya kerana dia mahu mengejutkan mak saudaranya makan malam.
"Kau nak ape hah pemalas" kata puan Zarihah dengan kasar.
"erkk ade orang datang lah puan"balas Qaseh Nur Wafiyya.
"Assalamualaikum" terdengar ade orang memberi salam dari luar rumah.
Terus badan Puan Zarihah berdiri tegak kerana terkejut.Dia lupa sebenarnye dia ade buat perjumpaan dengan Datin Rosmah bagi menyerahkan hak pengjagaan keatas anak saudaranya.Dia pun sudah muak nak hadap muka anak saudaranya itu.
Terus sahaja Puan Zarihah bergegas ke muka pintu bagi menyambut kedatangan Datin Rosmah.
"Waalaikumsalam Datin, masuk lah Datin ",kata Puan Zarihah sambil menjemput tetamunye naik ke atas rumah mereka.
"Terima kasihlah".Balas Datin Rosmah
"Qaseh mari sini nak, ni aunty nak kenalkan kamu dengan kawan aunty ni nak".Panggil Puan Zarihah dengan nada lembut yang di buat-buat.
"ye puan"sahut Qaseh Nur Wafiyya dengan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Puan Zarihah
"Ape puan-puan ni nak tak payah berPuan-puan lah, kan aunty dah cakap panggil aunty
"hmm" jawab Qaseh Nur Wafiyya dengan pelik.
💜💗💜
" Begini Qaseh Nur Wafiyya kan" tanya Datin Rosmah meminta kepastian."Ye Datin Qaseh Nur Wafiyya Binti Azhar",jawab Qaseh Nur Wafiyya dengan perlahan.Ayahnya bernama Azhar manakala ibunya bernama Zamirah.
"Begini Wafiyya Datin Rosmah ingin menjadikan kamu anak angkat dia,kan aritu ade kan aunty bagitau kamu.Ke kamu sudah lupa tak mengapalah pergi lah kamu siapkan barang kamu" kata Puan Zarihah dengan lembut.Tapi sempat memberikan jelingan kepada Qaseh Nur Wafiyya supaya pergi masuk bilik.
"erkk s-saya pergi kemaskan barang dulu yer aunty, Datin" kata Qaseh Nur Wafiyya dengan nada sendu yang cuba di kawal.Di sebenarnye masih terkejut dengan perkhabaran berita yang baru diberitahu oleh mak saudaranya.
"Eh Zarihah betul ker Wafiyya setuju dengan semua ni" .tanya Datin Rosmah dengan tiba-tiba.
"Datin janganlah risau,dia dah setuju. Eh saya nak pergi kedalam kejap yer.Nak tolong Qaseh siapkan barang dia".Kata Puan Zarihah dan berlalu ke bilik Qaseh Nur Wafiyya.
"Hei kau kemas cepat semua barang kau.Aku tak nak tengok walau satu pun barang kau ade dalam rumah aku faham."kata Puan Zarihah dengan nada yang masih cuba di kawal agar tidak didengari oleh Datin Rosmah
"B-baik puan" kata Qaseh Nur Wafiyya dengan tangisan yang masih di tahan.
"Kau tak payah nak drama sangat dekat sini lah.Aku sudah cukup muak nak tengok muka kau.Aku nak kau ikut Datin Rosmah balik ke rumahnya.Kau ni sekarang sudah berada di bawah tanggungannya faham.
"Faham puan"
"Dah bersiap cepat".Sesudah berkata begitu terus Puan Zarihah keluar dari bilik Qaseh Nur Wafiyya.
💜💗💜
"Ingat Qaseh duduk elok-elok dirumah orang nanti jangan nak jadi pemalas."
"ye puan"
"Dah Wafiyya jom balik rumah ummi.Dah yer Zarihah kami balik dulu yer."kata Datin Rosmah sambil bersalam dengan Puan Zarihah.
"Saya bukan tak nak jagakan Qaseh Datin tapi saya takut dia terabai maklumlah sayakan busy dengan butik.
"Oh tak pelah saya akan jaga Qaseh dengan penuh kasih sayang"
Setelah itu Qaseh Nur Wafiyya dengan Datin Rosmah bergerak pulang ke rumah Datin Rosmah.
Sungguh Qaseh tak sangka begini perjalanan hidup dia.Sungguh dia tak sangka yang dia akan.Berada di bawah tanggungan Datin Rosmah yang dia baru kenal.
Tidak di nafikan oleh Qaseh Nur Wafiyya Datin Rosmah cantik dengan mekap nipis di wajahnya.Baju ala mak datin zaman sekarang ni.Memang agak cantik.
Dengan pemakaian dia yang hanya memakai jubah,tudung labuh yang tersarung di kepalanya,juga tidak dilupakannya purdah dipakai olehnya.Kerana Walidnya pernah pesan kepadanya.Kalau dia pakai purdah mungkin hidupnya akan selamat dari nafsu lain yang melihatnya.Lagi pun sejak dia berumur 12 tahun dia di hantar oleh Walid dan mak dia belajar di sekolah agama.
Memang sekolahnya menggalakkan murid-murid agar memakai purdah.#sorry xbest and tertypo#

ANDA SEDANG MEMBACA
Jagakan Sekeping Hati ku
RomanceQaseh Nur Wafiyya dan Tengku Amirul Irsyad disatukan oleh atas permintaan Datin Rosmah. Datin Rosmah ialah merupakan ibu angkat kepada Qaseh Nur Wafiyya . Bagai manakah penerimaan Tengku Amirul Irsyad kepada Qaseh Nur Wafiyya. Bagaimanakah dengan T...