Beberapa tahun kemudian
Alhamdulillah kata di dalam hatinya Qaseh Nur Wafiyya akhirnya sampai juga dia di tanah airnya.
(malaysialah lah jangan pikir negara lain pulak)"Terima kasih lah Pak Mat kerana sudi menjemput saya di lapangan terbang "
"Ehh tak mengapa Wafiyya memang ini pesan Datin pun.Lagi pun Datin tak dapat nak datang untuk sambut kepulangan kamu ke Malaysia kembali."
"Ehh tak payah nak susahkan ummi lah.Kesian ummi lagi pula ummi tengah sakit tu kan.Biar lah dia rehat dekat rumah."
"Pak Mat risau juga lah dengan kesihatan Datin tu.Nampak semakin teruk.Kesian Datin."kata Pak Mat sayu.
Sebenarnya Qaseh Nur Wafiyya baru pulang dari Mesir.Dia baru sahaja menamatkan pelajarannya di Mesir.Alhamdulillah dia rasa bersyukur sekali kerana dia hadiahkan seorang ibu angkat yang penyayang seperti Datin Rosmah.Sungguh mulia hati Datin Rosmah kerana sanggup menghabiskan duit untuk dirinya melanjutkan pembelajaran di Mesir.
Dulu sebaik Si Kembar tu pergi ke UK dia terus dah tak jumpa dengan Si Kembar itu.Umminya cakap Si Kembar tu bekerja di sana membantu kakak sulung diorang yang berada di sana.Mereka bekerja di syarikat arwah Tengku Mustafa yang berada di sana.
Walau pun kadang-kadang Qaseh Nur Wafiyya ade juga mendapat berita tentang kepulangan Si Kembar tu di Malaysia tapi hanya setahun sekali.Tapi ketika Si Kembar tu berada di Malaysia Qaseh Nur Wafiyya tidak akan balik ke Malaysia.
Itu lah sebabnya Datin Rosmah mengambil dia sebagai anak angkat.Sebab apabila Si Kembar tu sudah pergi ke UK adelah tempat untuk Datin Rosmah mencurahkan kasih sayangnya kepada seseorang.
💜💗💜
Di rumah Datin Rosmah
"Assalamualaikum ummi"
"Ummi"
tok tok
"Ummi"
"Ye masuklah ummi ade kat dalam bilik ni"terus saja dia melangkah masuk ke dalam bilik Datin Rosmah.
"Ya Allah rindunya dekat anak ummi.Terus tubuh kecil Qaseh Nur Wafiyya di peluk oleh Datin Rosmah.
"Wafiyya pun rindu juga dekat ummi.Ummi apa khabar sihat"
"Ummi macam ni lah sakit sikit-sikit"
"Ummi dah makan"tanya Qaseh Nur Wafiyya prihatin.Walau pun dirinya penat baru pulang ke Malaysia.Tapi dia tetap pentingkan diri umminya dari dirinya.
"Kalau belum meh Wafiyya suapkan"terus di capai makanan yang berada di atas meja bilik Datin Rosmah.Di perhati makanan itu bru sedikit yang di jamahnya.
"Ummi dah makan dah kamukan penat baru pulang.Pergilah rehat, lagi pun Ummi masih kenyang lagi ni"
"Ala penat sikit jer ummi.Tapi lepas tengok muka ummi terus letih tu hilang"
"Macam-macam lah kamu ni"
"hehehe ketawa Qaseh Nur Wafiyya perlahan.Ala Wafiyya baru ingat nak barmanja dengan ummi"Kata Qaseh Nur Wafiyya sambil kepala ditundukkan ala merajuk lah katakan.
"Dah tak payah nak merajuk.Pergi mandi solat dah ker ni"kata Datin Rosmah lembut.
"Astaufirullah, nasib baik ummi ingatkan Wafiyya betul-betul lupa".

YOU ARE READING
Jagakan Sekeping Hati ku
RomanceQaseh Nur Wafiyya dan Tengku Amirul Irsyad disatukan oleh atas permintaan Datin Rosmah. Datin Rosmah ialah merupakan ibu angkat kepada Qaseh Nur Wafiyya . Bagai manakah penerimaan Tengku Amirul Irsyad kepada Qaseh Nur Wafiyya. Bagaimanakah dengan T...